Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel.
sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zariel hanya termenung sambil menundukkan kepalanya ke bawah di bawah sepohon pokok. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku pada hari kelmarin nya.
Yuma & Hiro hanya merisaukan diri Zariel yang kelihatan terganggu itu. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan agar berasa lebih baik. Tiba-tiba, Yuma mulai mengingati sesuatu lalu bergegas pulang ke dorm mereka.
"Apa yang Yuma nak buat tu?"tanya Hiro pada diri sendiri.
Pada masa yang sama, di rumah Haise..
Haise hanya duduk di ruang tamu sambil menghirup teh. Sunyi rasanya sejak Zariel pergi meninggalkan dirinya untuk pergi ke akademi. Itulah kehidupannya sebelum bertemu Zariel.
"Haih, rindu pulak aku kat dia,"kata Haise sambil menghirup teh
Dia hanya tersenyum sebuah saja memandang salah satu daripada gambar Zariel ketika dia masih kecil.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Haha, budak ni memang tak pernah berubah. Comel je,"kata Haise sambil memandang sekeping gambar itu.
Dia juga mulai mengingati pelbagai memori sejak dia mengambil Zariel & menjadi penjaganya. Banyak kenangan pahit & manis yang dia takkan lupakan sebaik saja sang remaja itu mulai muncul di dalam kehidupannya yang suram & kesunyian itu.
Imbas kembali....
Haise mengambil keputusan untuk membesarkan & menjaga bayi itu. Dia pasti yang bayi itu takkan membawa sebarang ancaman kerana bayi itu sebenarnya manusia cuma dilahirkan dengan sebuah kelainan yang tiada pada manusia biasa.
Sebaik saja tiba di rumah, dia terus saja meletakkan senapangnya ke tepi laku berjalan menuju ke ruang tamu lalu menghamparkan sebuah tilam & meletakkan bayi yang sudah tertidur itu. Dia terus saja duduk di sisi bayi itu lalu memeriksa keadaan bayi itu agar dia berada didalam keadaan yang baik & sihat. Dia pada mulanya berada agak pelik sebaik saja melihat keadaan fizikal sang bayi itu kerana hampir menyerupai raksasa.
"Hmmm, ni bayi raksasa ke?"tanya Haise pada dirinya sendiri.
Tiba-tiba, bentuk fizikal bayi itu terus saja berubah kepada bentuk seorang bayi manusia yang normal. Tanpa sedar, bayi itu mulai terbangun lalu memandang Haise sambil ketawa kecil.