Di ruang tamu...
Yuma, Hiro malah Leon hanya duduk di situ sambil memerhati Haise yang ingin menceritakan sesuatu berkaitan dengan hidup Zariel yang sebenar & sama sekali tidak diketahui oleh mereka bertiga.
"Kalau Encik Haise tak jumpa Zariel kat rumah anak yatim, habis tu mana Encik jumpa dia?"tanya Yuma.
"Saya temuinya di dalam hutan di bawah sebatang pokok ketika memburu pada musim sejuk di saat itu. Sehingga sekarang, saya masih tidak dapat lupakan hal itu,"kata Haise sambil memandang mereka.
"Jadi, dia ditinggalkan bersendirian di situ?"tanya Hiro.
"Ya, saya rasa macam tu sebab yang saya temui pada saat itu cumalah Zariel yang dibaluti oleh kain pada malam yang sejuk itu,"kata Haise.
Imbas kembali....
Seperti yang semua tahu, Haise telah menemui Zariel yang masih bayi yang telah ditinggalkan bersendirian dibawah sebarang pokok & hanya dibaluti oleh kain hood putih kesayangannya malah sebuah bakul yang berisi barangan-barangan juga turut ditemui di sisinya.
Haise tetap saja mengambil Zariel untuk menjaga sang remaja itu ketika dia masih bayi walaupun rupanya tidak sama seperti manusia biasa pada mulanya. Walaupun begitu, membesarkan seorang bayi bukan lah mudah apatahlagi dengan kawasan di persekitaran situ.
Dari tahun ke tahun, Haise membesarkan Zariel yang masih bayi disaat itu sehinggalah umurnya 5 tahun. Di saat itulah, dia mulai bergiat aktif untuk belajar banyak perkara baru & ingin tahu tentang banyak perkara.
Tambahan pula, itu sudah menjadi kebiasaan kepada para kanak-kanak muda untuk memiliki hal yang seperti itu. Itulah yang menjadikan punca yang menjaga kanak-kanak ni bukannya mudah.
"Tuan Haise, tuan nak pergi mana?"tanya Zariel sambil memandang Haise yang sedang mengisi peluru ke dalam senapangnya.
"Tuan Haise nak pergi memburu untuk masak makan malam. Zariel duduk kat rumah je ya,"kata Haise.
"Tapi, Zariel nak ikut. Boleh kan?"kata Zariel sambil memandang Haise.
Akibat pandangan yang comel itu, Haise secara automatik mengalah tanpa berkata apa-apa. Satu-satunya senjata yang selalu berjaya mengalahkan dirinya.
Di kawasan hutan yang penuh dengan salji...
Kelihatan Haise & Zariel sedang memerhatikan seekor rusa disebalik semak. Haise yang melihat peluang keemasan itu terus saja menyasarkan senapang miliknya ke arah rusa itu lalu menembaknya.
Sebaik saja rusa itu jatuh, Haise dengan cepat terus saja mencapai sebilah pisau & terus saja menyembelih haiwan itu. Zariel yang melihat hal itu hanya terdiam.
"Nampaknya, kita dapat hasil yang agak besar hari ni. Kalau ada kesempatan, tuan Haise buatkan sup cendawan ya?"kata Haise sambil tersenyum.
Walaupun begitu, kata-katanya tidak dijawab oleh Zariel & apa yang lebih merisaukan, sang kanak-kanak itu tiba-tiba saja terjatuh di hadapannya.
"Zariel! Kamu tak apa-apa ke?!"tanya Haise lalu terus saja bergegas mendapatkan sang kanak-kanak itu & memangkunya.
Di rumah...
Haise hanya menghelakan nafas sebaik saja memandang Zariel yang sedang terbaring di atas tilam di dalam biliknya itu. Dia hanya mengusap-usap kepala Zariel yang sedang demam pada saat itu.
"Aku tak patut bawa dia sekali. Mungkin dia masih belum tahan dengan suasana yang terlalu sejuk pada hari ni,"kata Haise pada dirinya.
Haise hanya memandang Zariel dengan perasaan yang sangat risau kerana pada saat itu, Zariel seringkali jatuh sakit akibat perubahan suhu yang kadangkala boleh berubah secara tiba-tiba terutamanya pada musim sejuk pada saat itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/259348453-288-k82563.jpg)
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AventuraKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...