Di Akademi Demora's Shield....
Kelihatan sebuah pintu telepotasi mulai muncul di sebuah kawasan yang ada di situ. Pada waktu itu, kelihatan Zariel & sahabat-sahabatnya mulai berjalan keluar dari pintu telepotasi itu.
"Kita dah sampai. Selamat datang ke Akademi Demora's Shield,"kata Noboru sambil tersenyum.
(Akademi Demora's Shield)
Mereka semua hanya terpegun sebaik saja melihat rupa & suasana sebenar akademi yang dikatakan sangat luar biasa itu. Mereka bagaikan tidak mempercayai apa yang dilihat oleh diri mereka pada saat itu.
"Besarnya akademi ni! Aku tak sangka yang akademi ni jauh lebih besar & cantik dari apa yang aku bayangkan!"kata Hiro yang sangat kagum akan hal itu.
"Memang tak hairanlah kalau orang cakap yang akademi ni ialah akademi yang sangat luar biasa,"kata Leon.
"Mari ikut sini, semua. Pelajar baru yang ingin masuk ke akademi perlu berdaftar & mengikuti program dulu. Kita akan pergi ke dewan utama akademi,"kata Noboru sambil berjalan menuju ke arah dewan utama akademi & diikuti oleh yang lain.
Ketika dalam perjalanan ke sana, Zariel dapat melihat para pelajar yang menuntut di akademi itu sedang melakukan kerja masing-masing. Ada yang belajar secara berkumpulan, berjalan bersama, bersukan di padang & lain-lain lagi.
Di dewan utama...
Mereka semua terus saja memberhentikan langkah sebaik saja tiba dihadapan dewan utama. Pada masa yang sama, kelihatan beberapa pelajar baru yang lain sedang berjalan masuk ke dalam dewan utama itu.
"Baiklah, saya hanya boleh bawa kamu semua di sini saja. Saya harap kamu semua akan jadi pelajar yang cemerlang & terbaik. Semoga berseronok selama berada di sini ya. Bye, semua,"kata Noboru lalu berjalan pergi meninggalkan mereka sambil melambaikan tangannya.
"Bye, abang Noboru!!"kata Yuma sambil membalas lambaian tangannya ke arah Noboru.
"Bye-Bye, Noboru! Terima kasih sebab hantarkan kami ke sini!!"kata Hiro yang turut melambaikan tangannya ke arah sang remaja itu.
Zariel hanya melambaikan tangannya sambil memandang Noboru yang semakin jauh meninggalkan mereka. Tanpa melengahkan masa, mereka semua terus saja berjalan masuk ke dalam dewan utama itu.
Di dalam dewan utama....
Zariel hanya memerhatikan keadaan disekeliling kawasan dewan utama itu. Ia jauh lebih luas daripada dewan di akademi nya yang dulu. Dia juga berasa kagum dengan seni bina dewan yang sangat cantik & menarik perhatian ramai orang itu.
Para pelajar yang berada di dalam dewan itu mulai mencari tempat & terus saja mulai duduk kerana program mereka bakal saja bermula tidak lama lagi.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AdventureKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...