Mereka semua mulai berjalan keluar dari kawasan hutan itu & hanya meninggalkan sebahagian guru untuk menguruskan Dark yang menceroboh kawasan akademi mereka.
Hiro hanya mengendong Zariel yang berada dalam cedera di belakangnya sambil berjalan pulang ke pusat asuhan. Yuma hanya memandang Zariel. Dia berasa sedikit lega sebaik saja melihat sahabatnya itu selamat & hanya mengalami kecederaan ringan.
Para kanak-kanak hanya melihat sang remaja itu dengan penuh rasa bersalah kerana melibatkan Zariel dalam hal yang merbahaya itu.
Di pusat asuhan....
Mereka akhirnya telah tiba di pusat asuhan. Tiba-tiba, kelihatan seorang kanak-kanak datang ke arah mereka.
"Cikgu Ichi, ada tetamu datang,"kata kanak-kanak itu.
"Betul ke? Dia kat mana sekarang?"tanya Ichigo.
"Dia kat sini,"kata kanak itu sambil menunjuk jalan menuju ke tempat orang yang dikatakan oleh kanak-kanak itu.
Ichigo terus saja mengikuti kanak-kanak itu & meninggalkan yang lain.
Di sebuah tempat di sekitar pusat asuhan...
Hiro meletakkan Zariel di atas sebuah kerusi yang ada di situ sementara Yuma mencari peti rawatan. Zariel hanya mendiamkan dirinya sambil memegang pedang Katana miliknya itu. Leon hanya memerhatikan sang remaja itu.
Pada masa yang sama, Ichigo kelihatan terkaku sebaik saja melihat tetamu yang dikatakan oleh kanak-kanak tadi. Dia hanya meneguk air liurnya kerana sedikit gementar.
"Hai, Ichi. Awak dah balik ya? Ke mana yang lain dah pergi?"tanya Haise yang sedang memeluk anak-anak harimau Shihiro.
"H.. Haise?! Apa kau buat kat sini?!"jerit Ichigo yang sedikit terkejut dengan kedatangan Haise yang datang secara mengejut itu.
"Aku cuma datang nak melawat kawan lama je,"kata Haise sambil tersenyum.
Akibat jeritan Ichigo, semua kanak-kanak yang ada di sekitar situ mulai bergegas menuju ke arah Ken. Mereka hairan dengan apa yang terjadi & ingin melihat hal itu.
"Maafkan saya, Encik sekiranya harimau saya ada ganggu encik,"kata Shihiro sambil memandang Haise.
"Takpe, ambil lah harimau kamu ni. Mereka sangat baik. Apa-apapun kamu semua boleh panggil saya Haise,"kata Haise sambil tersenyum.
"Sebenarnya, apa yang Encik Haise buat kat sini"tanya Akita.
"Saya datang ke sini nak melawat seseorang,"kata Haise.
Mereka semua hanya memandang Haise. Mereka mulai tertanya-tanya & ingin tahu akan siapakah orang yang dimaksudkan oleh Haise itu.Di tempat Zariel berada..
Yuma terus saja melakukan bantu mula dengan membersihkan luka-luka yang ada pada badan Zariel sebelum meletakkan sedikit ubatan & membalut nya. Setelah selesai, Yuma terus saja menutup peti rawatan itu & menghulurkan sebotol air pada Zariel.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AventuraKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...