Di sebuah ruangan, di pejabat Saniwa...
Kelihatan Haise & Saniwa sedang duduk di sofa sambil menikmati secawan teh. Sang lelaki itu hanya memandang Saniwa yang sedang duduk di sofa yang berhadapan dengannya itu.
"Lama betul kita tak bertemu kan, Haise? Aku rasa macam cepat je masa berlalu kan?"kata Saniwa sambil memandang Haise.
"Nampaknya, macam tulah. Lagipun, aku berterima kasih pada kau kerana sudi menerima Zariel untuk masuk ke akademi ni. Aku harap kau boleh tolong jagakan dia selama dia berada di sini,"kata Haise sambil tersenyum.
"Huh, nampaknya kau memang dah banyak berubah ya sekarang, Haise,"kata Saniwa sambil tersenyum kekok.
"Berubah? Apa maksud kau tu?"tanya Haise.
"Yelah, kau dulu takde pun macam ni kalau seingat aku sehingga kau jumpa dengan Zariel,"kata Saniwa sambil tersenyum.
"Huh, yelah, aku pun dah hampir lupa yang kau pernah jumpa Zariel masa dia masih kecil, Saniwa. Yang aku ingat pun, masa kali terakhir kita bertemu pada 90 tahun yang lepas je. Walaupun aku tak suka dia dulu, aku rasa inilah pilihan terbaik yang aku pernah buat dalam hidup aku untuk menjaga dia dulu,"kata Haise sambil tersenyum.
"Jadi, apa hubungan kau dengan Zariel sebenarnya? Dia pelajar kesayangan kau ke?"tanya Saniwa yang ingin tahu.
"Dia anak angkat aku sebenarnya,"kata Haise.
"A..Anak angkat? Patutlah nama belakang dia sama macam kau ya. Aku fikir yang keluarga angkat dia yang secara kebetulan ada nama yang sama macam kau je pada mulanya. Maklumlah, masa kali terakhir aku bertemu dengan kau tu, kau kata nak tinggalkan dia di pusat asuhan,"kata Saniwa yang sedikit terkejut.
"Ya, aku tahu. Aku sebenarnya rasa bersalah bila nak buat macam tu pada dia apatahlagi sebab aku rasa dah makin rapat dengan dia masa tu. Apa-apapun, kau sebenarnya nak bincangkan apa dengan guru tua kau ni, Saniwa? Aku dapat rasakan yang kau mungkin tahu akan sesuatu,"kata Haise yang mulai serius.
"Nampak seperti kau dah tahu akan hal tu, betul tak, Haise?"tanya Saniwa.
"Nampaknya, seperti itulah, Saniwa. Aku cuma lakukan apa yang aku telah janjikan,"kata Haise.
Di bilik rawatan....
Kelihatan Yagen sedang sibuk menyiap penawar-penawar yang diperlukan untuk merawat pelajar yang mengalami keracunan sambil dibantu oleh Zariel.
Kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai, penghasilan penawar itu serba sedikit turut mengambil masa yang lama apatahlagi kerana proses penghasilan penawar itu juga.
"Tak sangka yang kita perlu ambil masa yang sangat lama untuk hasilkan penawar Racun Green Ozran ni. Bukan lama je tapi susah jugak ya cara ia dihasilkan,"kata Yagen sambil menghelakan nafasnya & mengesat peluh nya setelah melakukan banyak kerja.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AventuraKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...