Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel.
sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...
Zariel terbangun dari tidurnya sebaik saja terdengar bunyi bilik rawatan dibuka oleh seseorang. Dia hanya memandang orang itu.
"Apa yang awak buat di sini, Leon?"tanya Zariel.
"Diam jelah. Aku datang ke sini sebab nak tanyakan kau sesuatu. Apa maksud kau yang aku tak faham erti kemanusiaan?"tanya Leon.
"Leon, macam ni lah. Apa kata awak ambil kerusi, duduk & cuba tenangkan diri awak dulu. Lepas tu, saya akan cakap,"kata Zariel.
"Huh, baiklah,"kata Leon lalu terus saja melakukan apa yang dikatakan oleh Zariel.
Sang remaja itu hanya tersenyum sambil memandang Leon. Sang putera itu hanya duduk diatas kerusi yang berhadapan dengan katil Zariel.
"Saya nak bagi awak beberapa syarat,"kata Zariel.
"Syarat apa pulak ni?"tanya Leon.
"Pertama, awak jangan lawan atau marah masa saya tengah bercakap selagi saya tak benarkan awak kata apa-apa. Ke-2, saya nak awak belajar cara untuk tenangkan diri & kurangkan stres awak & yang ke-3, cubalah jadi lebih ramah & berhenti menindas orang lain termasuklah golongan bawahan yang lemah. Berjanjilah dengan saya,"kata Zariel.
"Urghh, baiklah! Aku akan cuba,"kata Leon.
"Bagus, sekarang saya akan cakap. Awak tak faham erti kemanusiaan sebab awak suka menindas orang lain, sombong, pemarah & bertindak dengan cara yang keterlaluan. Awak juga selalu lukakan hati orang lain dengan kata-kata atau dengan tindakan awak & itu telah membuktikan yang awak tidak ada belas kasihan pada mereka. Awak juga selalu buat benda yang merbahaya sepertimana yang awak lakukan ketika pertarungan tu diadakan. Awak juga kurang bersabar dalam melakukan apa-apa,"kata Zariel.
Leon terdiam seketika. Pada mulanya dia mahu memarahi Zariel tetapi dia hanya membatalkan niatnya saja sebaik saja mendengar kata-kata sang remaja itu.
"Sekarang ni, Leon, saya nak tanya awak. Kenapa awak buat semua ni? Jawab dengan jujur"tanya Zariel.
"Cukuplah, aku nak pergi dari sini,"kata Leon yang mahu bangun tetapi dihalang oleh Zariel.
Zariel hanya memegang tangan Leon agar dia tidak pergi meninggalkannya sehingga hal itu diselesaikan dengan baik. Leon yang hilang sabar terus saja menepis tangan Zariel.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Lepaskan akulah! Kau takkan faham!! Aku buat ni sebab semua orang paksa aku! Mereka hanya tahu mengarahkan aku & paksa aku buat yang terbaik dalam apa cara sekalipun! Tapi, aku tak nak semua tu! Aku tak nak!! Apa yang mereka masih nak dari diri aku ni?!!"jerit Leon sambil memandang Zariel.
"Leon, b.. bertenang lah. Semua ni takkan dapat diselesaikan kalau awak terlalu terikut-ikut dengan emosi awak,"kata Zariel yang cuba menenangkan sang remaja itu.
"Tak! Kau tak faham!! Ayahanda aku paksa aku!! Dia langsung tak pandang aku setiap kali aku gagal buat apa yang dia nak! Dia selalu saja pukul aku! Aku tak faham! Aku tak faham kenapa dia buat aku macam tu!!"jerit Leon sambil air matanya mulai berlinangan & terus saja berpaling ke arah lain.
Zariel tidak menyangka yang Leon menjadi sebegitu kerana tekanan perasaan yang terlalu melampau akibat penderaan & paksaan daripada keluarganya itu.
Dia juga tidak menyangka yang Leon telah menghadapi hal yang seperti itu walaupun dia seorang putera yang kelihatan hebat dihadapan orang lain.
Zariel terus saja memaksa dirinya untuk bangun & berjalan perlahan-lahan mendekati sang remaja itu. Leon yang sedang berpaling ke arah lain itu terus saja terkaku sebaik saja merasai kepalanya diusap lembut oleh seseorang.
Dia hanya memandang Zariel yang sedang mengusap kepalanya itu dengan lemah lembut. Dia hanya memandang sang remaja itu tanpa berkata apa-apa.
"Dengar sini, Leon. Walaupun ayahanda awak tak suka lihat awak gagal, awak kena terima kenyataan tu & tingkatkan usaha awak dengan cara yang lebih baik seperti cuba memenangi sesuatu pertandingan dengan adil tanpa menipu. Perlahan-lahan, ayahanda awak akan terima awak. Saya pasti ia akan menjadi kalau awak teruskan mencuba,"kata Zariel sambil tersenyum.
"Tapi, m..macam mana kalau dia terus pukul aku lagi?"tanya Leon.
"Dengar sini, Leon. Bukan awak saja yang menderita di sini. Saya pasti ada sebab kenapa ayahanda awak jadi macam tu. Awak mesti tahu bukan?"tanya Zariel.
Beberapa minit kemudian....
Zariel hanya duduk di atas katil & hanya terdiam sebaik saja dia telah mendengar cerita Leon. Sang putera itu hanya menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.
"Saya tak sangka sampai macam tu sekali ya. Jadi, bonda awak ada masalah yang macam tu ya? Saya kasihan pada awak, Leon. Adakah awak biasanya akan luahkan perasaan awak ni kepada sesiapa?"tanya Zariel.
"Sebenarnya, walaupun bonda aku sakit, dia tetap sudi menjadi tempat luahan aku walaupun dia tak dapat buat apa-apa. Aku sebenarnya gembira & senang setiap kali berada di sisi dia tapi aku cuma tak faham kenapa ayahanda aku benar-benar benci pada bonda aku walaupun dia tak pernah cuba nak lepaskan dia pergi,"kata Leon sambil menundukkan kepalanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Leon, saya tahu ia kedengaran macam bukan masalah yang kecil tapi jangan risau, kalau kau cuba bertindak baik dengan orang lain, saya pasti yang perlahan-lahan, ramai orang yang mula bantu & sayangkan awak. Sama saja seperti seorang sahabat tahu. Saya senang setiap kali Yuma & Hiro ada di sisi saya. Jadi, Leon, apa kata kita jadi kawan nak?"tanya Zariel sambil tersenyum.
"Kawan? Tapi lepas apa yang aku buat pada kau, kenapa kau masih sudi nak bantu aku?"tanya Leon.
"Sebab saya nak awak jadi kawan saya, Leon. Sebab saya tahu awak dalam kesusahan & bersendirian. Saya juga tahu yang awak ni bukanlah budak yang jahat & hanya memaksa diri saja demi kemahuan orang lain,"kata Zariel sambil memandang Leon.
"Yelah, dah lah pandang aku macam tu. Rimas je aku tengok tahu,"rungut Leon sambil memandang ke arah Lain.
"Jadi, itu bermaksud ya ke?"tanya Zariel.
"Ya, apa-apa jelah. Asalkan kau faham & gembira je,"kata Leon dengan penuh dinginnya.
Zariel hanya tersenyum sambil memandang Leon. Sekurang-kurangnya, dia telah mengetahui akan diri Leon yang sebenarnya.
Hal itu juga telah membuktikan bahawa yang Leon ini cumalah seorang remaja yang dipaksa secara fizikal & mental untuk melakukan apa saja demi kemahuan orang lain & hal itu sebenarnya agak merisaukan Zariel.
"Nampaknya, Leon perlukan banyak perhatian. Kasihan sang putera itu. Dia cumalah seorang putera yang malang & perlukan banyak perhatian kasih sayang,"kata hati kecil Zariel.