🌿62: Masalah Yang Terpendam (Part 3)

1K 172 20
                                    

Di sebuah kawasan di akademi...

Kelihatan Amane sedang sedang berjalan dikawasan itu setelah selesai membantu seorang guru menguruskan sesuatu di pejabat. Pada saat itu, dia tanpa sengaja telah bertemu dengan Hiro yang kelihatan seperti sedang mencari sesuatu.

"Hiro, apa kau buat kat sini? Takkan kau ada latihan kat padang dengan yang lain ke?"tanya Amane.

"Aku sebenarnya tengah kejar Yuma. Dia tiba-tiba je larikan diri daripada padang tadi,"kata Hiro yang mulai memberhentikan langkahnya & memandang Amane.

"Yuma lari daripada padang?! Apa dah jadi?!"tanya Amane yang risau.

Pada masa yang sama, di kawasan lain di akademi itu...

Kelihatan Yuma mulai memberhentikan lariannya & hanya melepaskan lelahnya setelah berlari jauh daripada yang lain. Walaupun begitu, ia tidak cukup pantas untuk meninggalkan Zariel yang mengejar dirinya itu.

"Yuma,"panggil Zariel yang kini mulai berdiri di belakang Yuma.

"Z..Zariel, m..macam mana kau boleh kejar aku sampai sini?!"tanya Yuma yang terkejut dengan kehadiran Zariel.

"Saya takkan lepaskan awak macam tu je,"kata Zariel.

"Tolonglah jangan bawa aku ke sana balik! Aku tak sanggup nak berhadapan dengan mereka lagi!"kata Yuma sambil berpaling ke arah lain.

"Jangan risau, saya takkan bawa awak ke sana pun. Saya cuma risau kan awak,"kata Zariel.

"Kau risaukan aku? T..Tapi, kenapa kau tak cakap apa-apa masa kat padang tadi? Kau tak percayakan aku ke?"tanya Yuma sambil menggenggam tangan.

"Mestilah saya percayakan awak, Yuma. Lagipun, awak takkan menipu sampai macam tu sekali. Lagipun, saya pernah nampak sendiri benda tu berlaku,"kata Zariel.

Yuma yang mendengar kata-kata Zariel hanya terdiam sehingga tanpa sedar air matanya mulai berlinangan. Perasaannya yang terasa seperti disakiti itu mulai berasa sedikit baik setelah mendengar kata-kata Zariel lalu dia terus saja memeluk sahabatnya itu.

"Ma..Maaf sebab layan kau dengan teruk, Zariel. Aku memang pentingkan diri,"kata Yuma sambil memeluk Zariel.

"Tolonglah jangan cakap macam tu. Saya faham. Lagipun, semua orang kadangkala akan alami masalah mereka sendiri,"kata Zariel sambil mengusap kepala Yuma.

Beberapa minit kemudian...

Mereka berdua masih lagi berada di situ. Zariel yang berada di situ hanya duduk sambil mendengar luahan & masalah Yuma yang telah lama dirahsiakan oleh sang remaja itu. Walaupun begitu, dia berasa sangat kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu membantu Yuma.

"Saya tak sangka dia layan awak sampai macam tu sekali, Yuma. Maaf sebab tak dapat membantu,"kata Zariel yang sedikit kecewa.

"Takpe, lagipun salah aku sebab tak bagitau sesiapa. Apa-apapun, terima kasih sebab percayakan aku,"kata Yuma sambil tersenyum kelat.

"Nah, makanlah ni,"kata Zariel sambil menghulurkan sebiji buah limau.

"Buah limau? Mana kau dapat ni?"tanya Yuma.

"Saya bawanya sekali masa latihan. Manalah tahu kalau awak nak makan sekali,"kata Zariel sambil tersenyum.

Pada masa yang sama, mereka berdua terus saja terkaku sebaik saja terdengar suara Hiro & Amane yang sedang memanggil nama Yuma malah mencarinya di kawasan yang berdekatan dengan mereka.

"Yuma! Kamu kat mana?!"panggil Amane sambil mencari adiknya itu.

"Alamak, habislah. Aku kena pergi,"kata Yuma yang mahu melarikan diri tetapi dihalang oleh Zariel.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now