🌿61: Masalah Yang Terpendam (Part 2)

1K 155 4
                                    

Pada satu malam, di dalam bilik...

Kelihatan Yuma sedang menulis laporan tentang kerja assignment nya di meja belajarnya. Pada masa yang sama, Yuma terus saja berpaling sebaik saja terdengar bunyi pintunya mulai dibuka oleh seseorang.

"M..Maaf menganggu awak, Yuma. Boleh saya masuk?"tanya Zariel yang sedang berdiri dihadapan pintu bilik sang remaja itu.

"Takpe, masuklah,"kata Yuma lalu terus saja menutup bukunya.

"Baiklah, terima kasih,"kata Zariel lalu terus saja berjalan masuk sambil membawa sebuah dulang berisi secawan teh & semangkuk snek.

Sebaik saja, Zariel meletakkan dulang itu di atas meja, dia hanya memandang sahabatnya itu. Yuma yang kurang senang dengan pandangan Zariel itu mulai berpaling ke arah lain.

"Kenapa ni, Yuma? Awak ada masalah ke?"tanya Zariel yang risau.

"Takde apa-apa, aku ok je. Aku cuma penat sikit. Maklumlah banyak kerja yang aku buat tadi,"kata Yuma.

"Umm, baiklah. Kalau macam tu, minumlah teh ni. Harap awak akan suka teh ni & jangan paksa diri sangat ya,"kata Zariel lalu terus saja berjalan keluar.

Yuma hanya terdiam sambil memerhatikan Zariel yang sudah keluar daripada biliknya itu. Dia hanya memandang secawan teh yang sudah terhidang di atas mejanya itu lalu terus saja mengambilnya & meminumnya.

"Hmm, aku memang lembap sebab buat macam ni. Aku tak sepatutnya layan mereka semua macam tu. Tapi apa aku boleh buat. Aku cuma belum cukup kuat untuk hadapi semua ni seorang diri. Lagipun, aku dah penat dengan semua ni, Hasabe tak guna. Sampai bila kau nak tindas aku? Dia fikir dia seronok sangat ke nak tindas aku selama kami berlatih dengan dia hah? Apa yang patut aku buat sekarang ni?"kata Yuma yang pasrah.

Pada saat yang sama, kelihatan Zariel sedang memerhatikan Yuma disebalik celahan pintu bilik Yuma yang masih tidak tertutup dengan kemas itu. Dia hanya terdiam sebaik saja terdengar kata-kata Yuma & terus saja berjalan pergi dari situ.

Keesokannya, di padang latihan...

Kelihatan Zariel & ahli kumpulannya yang lain sedang berlatih di situ seperti sediakala setelah beberapa hari melakukan latihan di situ. Walaupun begitu, suasana kelihatan sedikit berbeza kerana diri Yuma yang kelihatan seperti tidak bersemangat pada hari itu.

"Cepat semua! Teruskan usaha & jangan lengahkan masa yang kita ada!"kata Hasabe.

"Huh, takkan ke pertandingan tu lambat lagi? Tak boleh ke kalau kami rehat sekejap?"rungut Yuma yang sudah keletihan.

"Tak boleh! Berlatih lagi 5 minit baru boleh berehat!"kata Hasabe dengan serius.

"Huh, teruk betul lah,"rungut Dyana yang turut keletihan.

"Huh, penatnya,"kata Silvia sambil melepaskan lelahnya.

"Ya!!! Kuat lagi, Zariel & Yuma!! Korang boleh lakukannya!!"kata Hiro yang sedang memberikan semangat kepada Zariel & Yuma.

"167..168..169,"kata Zariel sambil mengira tekan tubi yang dilakukan olehnya.

"Errghh, s..sikit je lagi.. 61..62..6..63..64...huh, aku mengalah,"kata Yuma setelah melakukan tekan tubi sebanyak 64 kali.

"Cepat Yuma! Aku tahu kau boleh buat lagi! Teruskan usaha!"kata Hiro yang masih memberikan usaha.

"Cepat bangun! Kenapa lemah sangat kamu ni hah? Cuba tengok yang lain tu! Lagi kuat dari kamu tahu tak?"kata Hasabe sambil merenung Yuma.

"M..Maaf, saya dah tak mampu lagi,"kata Yuma sambil melepaskan lelahnya.

Disaat yang lain sedang berehat setelah selesai melakukan latihan, Yuma hanya terdiam & hanya melepaskan lelahnya sehingga lah sampai disatu saat, kelihatan Hasabe yang hanya berdiri berdekatan dengan dirinya & mulai merenung ke arahnya.

"Menyedihkan betul, kau jauh lebih lemah daripada sebelum ni. Langsung tak pernah berubah sama macam dulu. Memang menyedihkan sekali kan bila ibubapa kau lihat semua ni sendiri,"kata Hasabe separa berbisik.

Yuma yang sudah tidak tahan lagi disindir, dipandang rendah malah dibuli oleh Hasabe tanpa pengetahuan orang lain sejak mulai dilatih oleh sang lelaki itu, mulai berasa geram & terus saja bangun malah merenung Hasabe dengan renungan yang kurang berpuas hati.

"Diamlah! Kau fikir kau siapa nak cakap macam tu pada aku hah?! Apa yang kau tak puas hati dengan aku sangat hah?!! Semua benda kau rasa tak kena!! Apa salah aku pada kau hah?!"jerit Yuma yang tidak tahan lagi.

"Berani betul kau jerit & cakap benda yang macam tu pada aku ya? Kau nak melawan aku ke apa?"kata Hasabe.

"Aku tak tahan lagi!! Kenapa kau layan aku macam sampah sedangkan kau layan yang dengan baik hah?!"marah Yuma.

"Aku layan kau macam sampah? Heh, jangan nak merepek lah,"kata Hasabe.

"Grr, berani betul kau tak nak mengaku! Kau selalu cakap macam tu, sedangkan kau layan aku dengan teruk!!! Kau fikir aku takde perasaan ke?!!"marah Yuma.

Yang lain hanya terkaku dengan perubahan Yuma yang berlaku secara tiba-tiba itu termasuk Zariel & Hiro sendiri. Mereka juga tidak menyangka hal itu telah berlaku sehinggalah Yuma mulai mengatakan hal itu sendiri.

"Heh, kau suka sangat cakap benda yang merepek kan? Mengaku sajalah yang kau cuma tak berpuas hati. Macam lah ada orang yang percayakan hal tu,"kata Hasabe sambil berpeluk tubuh.

"Semua, tolonglah percaya kan aku. Aku cakap benda yang betul. Dia layan aku dengan teruk. Dia hina, sindir & buli aku tanpa pengetahuan sesiapa. Tolonglah percaya. Korang semua percayakan aku kan?"tanya Yuma sambil memandang mereka dengan penuh harapan agar mereka mempercayai dirinya.

"Haih, Yuma, kalau kau dah tahu kau lemah, kenapa kau tak mengaku je? Tak payahlah marah-marah sampai macam ni,"kata Leon.

"Yelah, kau ni dah kenapa tiba-tiba tunjuk perangai macam ni?"tanya Dyana sambil berpeluk tubuh.

"Ermm, Yuma, kalau awak penat, apa kata kita berehat dulu ya? Saya rasa awak mesti stres sebab penat ni,"kata Silvia.

Yuma hanya terkaku sebaik saja mendengar jawapan daripada sahabat-sahabatnya itu & hanya memandang Zariel & Hiro yang masih belum mengatakan apa-apa.

"K..Korang berdua percaya kan aku kan? Tolonglah cakap sesuatu. Hiro? Zariel?"kata Yuma sambil memandang mereka.

"Hmm, Yuma, mungkin kau patut berhenti salahkan orang lain kerana kelemahan diri kau. Lagipun, kau sepatutnya menjadi lebih bersemangat & berusaha untuk jadi lebih baik kalau kau nak jadi pahlawan yang hebat. Aku pasti yang kau boleh buat apa-apa je kalau kau terus macam tu,"kata Hiro sambil tersenyum kelat.

Yuma yang mendengar kata-kata Hiro hanya terdiam & memandang ke arah Zariel yang sama sekali tidak mengatakan apa-apa itu malah dirinya hanya menundukkan kepalanya tanpa mengatakan apa-apa sehingga membuatkan Yuma mulai merasakan Sebauh perasaan yang sama sekali dia tidak pernah rasai.

"Lihatlah, siapa cakap yang kau tu betul sekarang. Jadi, lebih baik kau jangan nak cakap benda yang merepek lagi atau aku akan keluarkan kau daripada pasukan ni,"kata Hasabe dengan serius.

Yuma yang hanya terdiam itu terus saja menggenggam tangannya & berlari pergi dari situ tanpa mengatakan apa-apa.

"Yuma! Mana kau nak pergi tu?!"tanya Hiro.

"Eh?! Mana awak  nak pergi tu?"tanya Silvia yang risau.

Tiba-tiba, Zariel terus saja berlari  pergi dengan pantas agar dapat mengejar Yuma tanpa mengatakan apa-apa sehingga membuatkan yang lain turut terkejut.

"Zariel! Nanti! Tunggu aku!"kata Hiro yang turut mengejar mereka.

"Zariel?! Hiro?! Mana korang berdua nak pergi tu?! Nanti! Ish, diorang ni!"kata Leon sambil mengejar mereka.

Yang lain hanya pergi meninggalkan Hasabe, Silvia & Dyana yang berada di situ tanpa mengisahkan apa-apa setelah apa yang terjadi.

"Nanti!! Mana kamu semua nak pergi hah?! Datang ke sini balik?! Berani betul mereka pergi macam tu je!"marah Hasabe sebaik saja dia ditinggalkan di situ bersama kedua orang pelajar perempuannya itu.

Bersambung....

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now