Bab 6

22.9K 689 1
                                        

"Sayanggg !! , anak papa , papa dah balik ." Panggil Zariel sambil melangkah masuk ke rumahnya .

"Eh , Zariel awal kamu balik , apa hajat kamu balik awal ni? selalunya tak pun " Tanya ibu Zariel , Datin Zurina

"Tak de apa apa , saja je balik awal , lagipun kerja tak banyak . Meeting semua dah settle , tinggal kerja kerja memgemas je lah Zariel tinggalkan kat P.A Zariel , biar dia buat ."

"Aishh , kamu ni ! tak baik lah buat dia camtu , kalau itu kerja yang kamu sepahkan , maknanya kamu kena kemaskan . Bukan P.A kamu . Mama tahu kamu ni sengaja je sepah sepahkan bilik tu kan? Tak payah tengok jauh jauh lah , dekat pun dah ada , tu bilik kamu tu , kata CEO Syarikat , tapi bilik tidur pun bersepah . Lepas dah siapkan kerja kerja kamu , kan senang kalau kamu terus bersihkan ? tak payah nak menyusahkan Si Mak Yam tu .Mak Yam tu nak kemas ruang tamu lagi , nak masak lagi , nak buat itu , nak buat ini . " Bebel Zurina

"Alaaa , mama . Bukan Zariel yang suruh dia buat . Tapi dia yang nak buat kerja kerja tu semua . " Tipu Zariel

"Ye ke ni?" Tanya Zurina kepada anaknya .

"Ye mama !"

"Okay , tapi kalau mama dapat tahu yang kamu buli budak baru tu , kena kamu mama kerjakan !"

"Baik lah mama" Jawab Zariel

*******

"Ishhh , Dia ni senang lenang je balik rumah , aku pulak yang nak kena kemaskan ! Tak guna betul lah . Ni kerja kerja ni , dia yang buat ! dia yang sepahkan ! Pastu suruh aku buat ! Dah lah Arragont ! plus poyo ! plus tak gentle ! plus kedekut ! plus pesemua lah ..." Bebel Araina yang masih di office Untuk mengemas kerja kerja yang sengaja disepahkan Zariel .

"Melampau sangat mamat ni !" Sambung Araina Sambil mencapai kertas di atas meja tersebut .

Setelah selesai dia memgemas bilik Zariel , Dia terus pulang .

******

"Mana Isya mama?" Tanya Zariel kepada mamanya .

"Ada je kat atas , tengah tidur " Jawab Zurina

"Oh okay . Takpe lah mama masak apa?" Tanya Zariel

"Mama tak masak lagi , tak tahu lah pulak , kalau kalau Mak Yam dah masak , Takpe , kamu naik ke atas mandi semua , pastu nanti dah siap , kamu turun ataupun kalau kamu nak rest , kamu rest jelah . Nanti kalau makanan dah siap , mama panggil kamu ." Arah Datin Zurina

"Baik lah mama , Zariel naik dulu ye"

"Okay"

What ?! I'm Your Babysitter?Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang