Setelah cukup berehat , Zariel keluar dari bilik dan mengetuk pintu bilik Araina .
Tok ! Tok !
Araina yang baru sahaja selesai membersihkan diri , terus mencapai tuala menuju ke pintu apabila mendengar pintunya diketuk . Lantas dia menutup kepalanya . Apabila Araina membuka pintu ternyata Zariel yang berada di luar .
" Hye ! " Sapa Zariel setelah Araina membuka pintu .
" Hye ! " Jawab Araina
" Isya mana Isya ? Tidur lagi ke ? " Tanya Zariel sambil menjenguh anaknya di dalam . Melihat ke arah Katil , benar tekaannya tepat ! Anaknya masih tertidur .
" Saya nak ajak you guys keluar . Bersiap lah . Bosan lah duduk dalam bilik tu . Kita datang sini pun memang tujuan untuk bercuti , bersiar siar kan ? Jom lah . Saya tunggu . " Kata Zariel
" Okay ! Tapi saya nak kejutkan Isya dulu . Lepastu saya siapkan dia . Okay ? " Kata Araina pula sambil menutup pintu biliknya .
" Okay ! "
****
Datin Zurina membawa secawan kopi ke halaman rumah . Melihat suaminya yang kusyuk membaca akhbar di gazebo , Datin Zurina menyapa suaminya .
" Hai abang ! Tak pergi main golf pulak harini ? " Tegur Datin Zurina
" Hai awak ni , bila saya pergi main golf awak cakap saya tak spent time masa dengan awak lah apa lah tapi bila saya duduk rumah , tak pergi mana mana pun awak masih lagi nak perli saya ? " Kata Dato Zainal sambil menutup surat khabarnya lalu diletakkan di atas meja kecil .
" Tak Ada lah . Saya tak perli pun . Saja Tanya . Nah air kopi untuk abang. " Kata Datin Zurina seraya menghulurkan secawan kopi yang dibawanya tadi kepada suaminya .
" Terima kasih . Tahu tahu sahaja saya tengah dahaga . Ini yang bertambah sayang ni . "
" Sunyi rumah ni takde Isya abang kan ? " Kata Datin Zurina
" Budak tu pergi bercuti dengan papa dia . Bukannya tak balik terus . Ish awak ni . " Kata Dato Zainal pula sambil meletakkan kembali air kopi di atas meja kecil .
" Saya pun nak bercuti bang ! "
" Ish awak ni . Semua tempat kita pernah pergi . Awak nak pergi mana lagi ? " Kata Dato Zainal sambil mengulum senyum
" Bosan asyik terperap dalam rumah ni . " Omel Datin Zurina Persis anak kecil
" A'haa ! Kalau bosan esok kita pergi rumah Arul dengan Ina nak ? Saya dah minta alamat dekat Zariel sebelum dia berangkat pergi Terengganu haritu . " Cadang Dato Zainal
" Good idea ! Saya okay bang ! Esok kita pergi ye ! " Jawab Datin Zurina sungguh teruja
*****
Setelah menyiapkan Isya , Araina dan Isya pun keluar dari bilik . Zariel yang melihat tubuh anaknya itu terus diangkatnya . Digomol gomolnya . Araina hanya mengulum senyum melihat gelagat anak beranak ni . Haih memang betul lah Zariel seorang yang penyayang !
" So ! Let's go ! " Kata Zariel sambil mendukung anaknya itu .
Mereka pergi bersiar siar mencari pakaian Araina , setelah itu mereka menjamu selera , kemudian mereka singgah di spa , tak cukup itu mereka bermandi Manda dan setelah puas meronda satu bandar terengganu , mereka pulang ke bilik masing masing bagi membersihkan diri dan berehat .
Pada keesokannya mereka membuat aktiviti lebih menyeronokkan seperti snorkeling , menaiki banana boat dan membuat aktiviti extreme . Kelihatan Araina berasa sangat teruja , bukan sahaja Araina malahan Isya juga tidak berhenti bersorak keriangan . Happy sungguh dia !
ANDA SEDANG MEMBACA
What ?! I'm Your Babysitter?
DragosteAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...
