Bab 24

16.4K 511 2
                                        

"Ikut saya kejap"

"Nak pergi mana ?"

"Mana mana jelah"

"Taknak lah saya . Buatnya encik nak bawa saya jumpa tauke funfair ke pergi Thailand ke . Habis saya kena jual"

"Apa awak merepek ni Araina ? Kalau saya nak jual awak Dari dulu saya dah buat . If saya jual awak saya yang rugi" Jawab zariel

"Merepek apa nya ? Dahtu saya Tanya nak pergi mana , encik tak jawab . Memang tak lah saya nak ikut . Orang macam encik ini dangerous "

"Boleh tak ikut je ? Tak payah lah banyak Tanya ! Saya Ada meeting so awak teman lah saya . Apa gunanya Ada P.A tapi langsung tak berfungsi . Dulu kata dedicate dengan kerja so sekarang buktikan betapa dedikasinya awak ye Araina Afisya"

"Ehh ! Sekejap ! Tapi saya tak dapat maklumat apa apa pun yang menyatakan hari ini encik ada meeting . Segala maklumat tentang kerja kerja atau meeting , saya kena tahu dan Setahu saya hari ini tiada apa apa information pun . Encik jangan macam macam . Encik ingat saya bodoh ke nak ikut ? Encik tipu kan ? Baik jujur jelah . "

Zariel terdiam

Sebenarnye Zariel cuma mahu keluar lunch bersama Araina . Dia tidak bersikap jujur kerana takut Araina menolak permintaannya . Jadi , Zariel mengambil langkah untuk membohongi Araina Dan dalam masa yang sama berniat untuk mengenakan Araina .

"Haaa kenapa diam ? Haaa see ? Saya dah agak dah . "

"Sekarang ni siapa bos ? Awak ke saya ? "

"Dah tentu tentu lah Encik bos ."

"Dahtu ikut jelah . Meeting yang ini hanya saya dengan partner saya je jadi kami straight to the point jelah . Tak payah nak buat temu janji. Faham ? "

"Iyeke ni ??!" Tanya Araina until memastikan sekali lagi

"Okay fine , gaji awak bulan ni saya potong setengah ? Deal ? "

"Eh!! Melampau nya. Saya baru masuk kerja harini Encik dah nak potong gaji saya ? Okay ! fine !! fine !! saya ikut ."

"Kann bagus macam ni. senangkan ? Bukan susah mana pun. Bila saya ajak pergi mana mana jangan banyak cakap jangan banyak tanya. Ikut jeee!"

Araina mengeluh

****
"Mana partner project Encik ? Kata nak sampai dah "

"Sekejap lah . Boleh bawa bersabar tak?"

5 minit kemudian ...

"Dah lama kita tunggu ni , mana dia ni bos ?"

"Saya rasa dia tak jadi datang lah"

Zariel tersenyum keseorangan

"Haa kalau macamtu kita balik office jelah"

"Ehh , dah alang alang Kat sini lunch jelah dengan saya. Apa Susah ? Sekarang waktu lunch kan ? Jadi , kalau awak balik office pun buat apa ?"

Araina memandang Zariel dengan pandangan yang agak tajam . Marah barangkali

"Aku dah agakkkkk sangat dah . Dia ni menipu ! Takdenye nak meeting . Hiysh !!! Kalau nak ajak lunch tu cakap je lah tak payah lah menipu . Penuh dengan agenda mamat ni !" Marah Araina dalam hati

Zariel mampu ketawa kecil

"Fikir lawak sangat ke Encik ?"

"Sikit . Dah lah tayah nak marah marah saya nak ajak makan pun salah ke ? Saya nak belanja ? Takkan nak tolak ? Order please"

"Dengan Cara menipu?"

"Sorryyyyy!!!"

Zariel muncungkan sedikit bibirnya

"Ya tuhaannnn !!! Dia ni kenapa ? Pandai nak buat orang sejuk hati . Hohemjii I cannot cairrr weyh!!" Kata Araina dalam hati

"Cairlah tu" Kata Zariel sedikit berbisik

What ?! I'm Your Babysitter?Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang