Setelah Dato Zainal membuat laporan polis tempoh hari , sekarang pihak polis Sudah mula beroperasi untuk mencari Isya . Sudah 2 hari Isya hilang , 2 hari juga Zariel terlantang dihospital . Keadaannya masih perlu dipantau oleh pihak hospital atas sebab sebab kesihatannya yang tidak stabil .
" Sayanggg ... " Panggil Zariel manja . Araina memegang tangan suaminya erat sambil mencium tangan suaminya .
Zariel memandang Araina sayu . Redup pandangan yang dilontarkan . Sukar untuk Araina melihat keadaan suaminya sekarang . Sebak didada sentiasa menguasai diri .
" Iya abang ? Abang lapar ke ? Nak makan ? Nak minum ? " Tanya Araina prihatin
" shh .. Tak tak . Abang tak lapar pun . Tapi abang dahaga . " Jawab Zariel Cuba untuk tersenyum walaupun hati perit memikirkan soal anaknya .
Araina pantas mengambil satu botol air mineral dan membuka penutup botol tersebut lalu disuakan kepada Zariel .
" Apani ? " Tanya Zariel Sudah senyum meleret
" lahhh ! Air lah . Tadi abang cakap abang dahaga . " Kata Araina
" Abang bukan dahagakan air lah sayang .. Tapi abang dahagakan Cinta sayang ! " Kata Zariel kemudian ketawa . Iya , sungguh berat untuk Zariel melalui hari harinya . meskipun dia berasa sedih tetapi dia harus tunjukkan bahawa dia kuat dihadapan Araina . Dia tak nak nampak lemah dimata Araina .
" eee ! Mengada tau . " Araina juga turut ketawa .
****
Zariel kini Sudah keluar dari hospital. Misi dia sekarang hanya mahu mencari anaknya .
Zariel mengatur langkah ke biliknya . Badan Sudah penat . Berlengih , mahu mandi . Tiba tiba telefon Zariel berbunyi ' pop ' menandakan Satu mesej masuk . Zariel membaca mesej diskrin telefonnya . Terbuntang Mata Zariel melihat isi kandungan mesej itu .
From : Tiara
Zariel . I dah tak tahan hidup macam ni lagi ! I nak you kahwin dengan I . Please ! You pilih sama Ada nak tengok anak you dalam keadaan tak selamat ataupun kahwin dengan I . pilih Zariel . I bagi you 24 hours untuk you berfikir. Kalau you nak anak you dalam keadaan selamat , you datang bukit jelutong esok pagi dan kahwin dengan I tapi kalau esok pagi you tak datang , I'm sorry . Nyawa anak you akan melayang !
Selepas membaca mesej itu , Zariel meraup mukanya . Hatinya menjerit kuat. Perasaan amarahnya membuak buak . Rupa rupanya ini semua angkara Tiara ! Tak guna punya perempuan ! Tiba tiba Satu mesej masuk lagi .
From : Tiara
Oh ! I lupa nak bagitahu . Pastikan you datang seorang esok pagi ? I ulang YOU SEORANG ! faham ? Jelas ?!
ANDA SEDANG MEMBACA
What ?! I'm Your Babysitter?
RomanceAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...
