Setelah beberapa jam didalam flight dengan hati yang tak tenteram , fikiran kusut memikirkan soal di Malaysia , kini Zariel dan Araina pun tiba dengan selamatnya dirumah.
Zariel terus mengatur langkah ke dalam rumah dengan perasaan yang bercelaru . Araina cuma mengekori suaminya dari belakang . Pak Abu membuka bonet kereta terkial kial sambil mengeluarkan segala bagasi dan dibawa bersama ke dalam rumah .
Melihat Datin Zurina yang masih menangis di sofa yang berada di ruang tamu , lantas itu Zariel terus menuju ke arah mamanya . Tangan lembut Datin Zurina disalam dan dikucup lama oleh zariel dan diikuti dengan Araina . Sejurus itu , Datin Zurina terus memeluk erat tubuh anak dan menantunya .
" Kenapa ni mama ? Why ? Tell me why ? Apa yang dah jadi ? Kenapa ni ? " Tanya Zariel risau sambil tangan ligat mengelap airmata mamanya yang jatuh dari kelopak Mata . Araina yang tadinya berdiri terus mengambil tempat duduk disebelah mama mertuanya .
" I'm sorry Zariel . Papa minta maaf !" ucap Dato Zainal yang baru sahaja turun dari tangga . Serentak itu , Zariel dan Araina bingkas bangun dan menyalam tangan Dato Zainal pula.
" why ? What do you mean papa ? " Riak wajah Zariel kini semakin cemas
" Anak kamu Zariel . Anak kamu ! " Kata Datin Zurina diselangi dengan suara serak dek kerana menangis
" yes ! Mana Isya ? Kenapa dengan Isya ? Kenapa dengan anak Zariel mama ? Haa papa ? " Tanya Zariel sambil melihat wajah papanya kemudian beralih melihat wajah mamanya pula
" Isya hilang ! Pagi tadi kami bangun nak ajak dia sarapan . Tapi semua dalam rumah ni tak nampak dia . Isya dah hilang Zariel . Hilang ! " Kata Dato Zainal penuh sayu .
Zariel dan Araina yang mendengar khabar yang tak seberapa nak baik itu terduduk . Mulut terkunci tidak mampu mengungkap kata kata . Kelopak Mata Sudah berkaca . Perlahan lahan airmata lelaki Zariel Lufias jatuh .
Dato Zainal terus memeluk anaknya erat dan mengurut belakang anaknya supaya rasa lebih tenang dengan khabar buruk ini .
" Macam mana boleh hilang ? Ma .. Pa.. " Kata Zariel sayu .
" Dah buat police report ? " Tanya Zariel lagi. Airmatanya dilap . Dia harus kuat ! Ini dugaan ! Sesungguhnya Allah menguji hambanya yang kuat . Yang mampu menanggung . Zariel percaya ini dugaan . Dia harus bersabar . Tetapi perasaannya sekarang tidak tenang . Bermacam macam perkara berlegar legar dimindanya . Dia risau ! Ya ! Zariel cuma riasau sekarang !
" belum sampai 24 jam lagi " Kata Dato Zainal
" Papa ! Kenapa nak kena tunggu 24 jam baru boleh buat laporan polis ? Ini kes penculikan ! " Kata Zariel terus bangun dan mengatur langkah ke luar rumah . Kereta Audi nya dihidupkan . Tanpa menunggu , Zariel terus memandu keretanya menuju ke balai polis .
" Zariel ! Kamu nak kemana tu? " Laung Dato Zainal tapi sayangnya , kereta Zariel Sudah meluncur pergi
****
Terdapat satu rumah usang yang berada di tengah tengah hutan . Ada seorang wanita kehulur kehilir . Wanita itu terus menerjah satu pintu didalam rumah itu . Pintu bilik barangkali .
" Kau suka duduk sini ? " Tanya wanita itu .
Budak perempuan yang tak mampu bergerak oleh sebab kaki dan tangannya diikat dengan tali itu hanya menangis teresak esak . Mulutnya pula disumbat dengan Kain.
Wanita itu terus menuju ke budak perempuan itu dan mencabut Kain yang berada didalam mulutnya .
" Itulah ! Lain Kali cakap dengan papa kau . Jangan main main dengan aku ! Inilah padahnya ! " Kata Wanita itu diselangi ketawa yang cukup puas .
" Dah dah lah tu menangis . Kau tak reti penat ke ? Buat apa membazirkan airmata kau ? Tak Ada siapa pun yang nak tolong kau . " Kata wanita itu lagi sambil tersenyum sinis . Kain tadi disumbat kembali kedalam mulut budak yang tidak berdosa itu .
****
Zariel memandu keretanya dengan laju tanpa memikirkan risikonya . Laju punya laju , handphone nya berbunyi . Tangan zariel Cuba mengambil telefonnya didalam kocek seluarnya tapi malangnya pemanduannya turut tidak terkawal dan menyebabkan dunia Zariel gelap serta merta .
****
Dato Zainal Cuba membuat panggilan lagi . Tapi Zariel masih tidak Jawab . Baru sahaja tangan lelaki tua itu mahu Cuba menelefon anaknya lagi tiba tiba Ada satu panggilan yang masuk . Nombor yang tak dikenali .
" Hello ? " Jawab Dato Zainal pantas
" Hello ! Haa maaf menganggu . Encik ini bapa kepada Zariel Lufias ke ? " Tanya seseorang yang tidak dikenali melalui corong telefon itu
" Iya saya . Kenapa ye ? "
" Maafkan saya lagi sekali . Berharap agar Encik bawa bersabar ye . Anak Encik baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan tadi . Sekarang pihak hospital berusaha sedaya upaya untuk merawat anak Encik . " Kata seorang wanita atau dikenali sebagai doktor .
" Allahu Akbar ! " Itu sahaja yang terungkap oleh Dato Zainal .
Tanpa membuang masa , Mereka sekeluarga terus menuju ke hospital .
****
Dato Zainal dan yang lain menunggu Zariel diluar bilik rawatan . Kalau tadi Datin Zurina yang menangis , kini giliran Araina pula yang meraung . Datin Zurina sedaya upaya menenangkan menantunya . Walaupun perasaan sedih Datin Zurina semakin membuak buak dengan perkhabaran anaknya pula yang terlibat dalam kemalangan , tetapi dia harus kuat menerima dugaan ini . Dia tahu perasaan menantunya juga perlu diredakan terlebih dahulu . Tidak lama kemudian , Seorang doktor perempuan keluar dari bilik rawatan .
" Macam mana dengan suami saya doktor ? " Tanya Araina terlebih dahulu apabila melihat doktor perempuan itu keluar dari bilik rawatan tersebut .
" Alhamdulillah . Syukur kepada Allah. semuanya baik sahaja . Tidak apa yang teruk pun . Cuma pesakit masih lagi tidak sedarkan diri . " Jawab doktor itu sambil tersenyum manis.
Araina , Dato zainal dan Datin Zurina menghembus nafas lega . Alhamdulillah . Ucap mereka !
" Rasanya boleh lah tengok pesakit didalam . Tapi pastikan jangan biarkan pesakit terlalu banyak bergerak . Dia perlukan rehat secukupnya " Kata Doktor itu lagi
" Terima kasih doktor " Kata Dato Zainal . Selepas itu , mereka pun masuk ke dalam untuk melihat keadaan Zariel .
ANDA SEDANG MEMBACA
What ?! I'm Your Babysitter?
RomansaAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...
