Bab 29

14.8K 446 0
                                        

Tepat pukul 7:30 Zariel tiba di hadapan rumah Araina .

"Ponn ponn"

Zariel membunyikan honnya berkali Kali .

"Arainaaa !!! "Suara puan Alina memanggil Araina dari tingkat bawah.

"Iyaa ibu , iye ?" Araina menjawab panggilan ibunya sambil turun ke bawah tanpa membawa apa apa barang kerja . Rambutnya masih lagi terburai tanpa ikatan yang rapi.

"Haa apa ibu ? Eiyy apa bising bising Kat luar tu ?" Soal Araina sambil mengintai sedikit disebalik Langsir rumahnya yang berwarna pastle .

"Itu lah hal nya . Dekat hadapan rumah kita pulak tu . Kamu kenal ? "

Puan Alina tidak mengenali siapa di dalam kereta tersebut atas sebab kereta yang dipandu oleh Zariel berlainan dengan kereta yang dipandu olehnya semasa Zariel menghantar Araina pulang dari hospital . Biasalah"AOK" a.k.a Anak Orang Kaya ! Kau cakap jelah kau nak pakai kereta apa hump setiap hari pun boleh tukar .

"Ya Allah ibu ! " Mulut Airana terlopong luas . Terkejut barangkali .

Eiyy degil betullah mamat ni . Aku dah cakap tak payah ambil tak payah Lah ! Lepastu nak buat bising pagi pagi Kat kawasan rumah orang !

Omel Araina dalam hati seraya melangkah naik semula ke dalam biliknya .

"Ehh Araina ! Kenapa ? " Soal Puan Alina

Araina tidak menjawab tetapi terus menuju ke biliknya .

"Ya Allah budak ni ! Orang Tanya dia terus naik atas macam tu je ? " Omel Puan Alina pula

Selanglah demi selangkah , Puan Alina pula mengintai di luar rumah .
Tanpa menunggu , Puan Alina terus keluar Dan menyapa pemandu kereta tersebut .

"Tokk tokkk"

Bunyi ketukan dari arah luar . Terkejut Zariel ! Kemudian Zariel terus keluar Dan bersalaman dengan Puan Alina

"Ehh , sorry aunty . Zariel saja nak kenakan Araina . Semalam dia dah janji nak keluar rumah pukul 7:30 tapi sekarang dah 7:45 . Minta maaf sebab Zariel buat bising Kat sini."

Berani betul Zariel ni berkata nak kenakan Araina . Nasib baik lah puan Alina ni seorang yang baik hati Dan senang calm down tau !

"Lahhh ! Zariel ke ? Aunty ingat siapa lah tadi . Kenapa tak masuk je ? Dah jom masuk . Boleh sarapan sekali . Aunty Ada buat nasi lemak . Tunggu Araina ni memang kamu tak sarapan lah nanti . "

"Eh susah susah kan aunty jer . Tak pe lah . " Zariel menolak sopan tapi perut nya pun dah lapar dah tu . Jual mahal konon puih !

"Eh ! Susah apanya ? Semuanya dah siap. Tunggu nak suap ke dalam mulut je . "

Zariel ketawa mendengar kata kata Puan Alina . Pandai pulak buat lawak pagi pagi ni . Ewahh !

Entah Zariel ni ! Orang dah ajak makan tu masuk jelah banyak sangat alasan kenapa ? Dah tahu perut tu lapar , rezeki Ada depan Mata tak payah lah jual mahal !

"Tapi saya memang tak boleh lagipun harini saya Ada meeting pukul 9:30 . Jadi nak kena awal lah aunty , sorry sangat sangat . Lain Kali kalau Ada masa saya datang ye aunty . "

"Lahh , kalau macamtu , aunty naik panggil Araina kejap ye . "

"Haa boleh jugak tu . Memang rasanya aunty kena panggil dia pun " Kata Zariel sambil melihat jam tangannya . Lalu tersenyum apabila melihat muka Puan Alina

Jaga kau Araina ! Orang suruh bangun awal ! 7:30 dah kena terpacak Kat depan ni tapi Kau terhegeh hegeh baru nak bersiap !
Omel Zariel dalam hati .

Puan Alina terus menuju ke dalam rumah , belum sempat Puan Alina ingin memanggil anaknya itu , Araina pun pantas menurun anak tangga satu persatu .

"Haa lain Kali lambat lagi nak ! Lambat lah lagi ! " omel ibunya

Araina mengangkat jari telunjuknya letak di bibir ibunya tanda suruh diam

"Arai dah lambat ni ibu . Arai pergi dulu . Nanti Ibu cakap dengan ayah yang Arai tak jadi nak suruh dia hantar okay ? Arai pergi dulu ibu . Assalamualaikum ibu , bye !" Kelam kabut Araina menyalami ibunya Dan terus berlalu pergi .

"Waalaikummusalam "

Zariel di dalam kereta , memandang ke arah Araina dengan pandangan tajam . Muka serious ! Mulut rapat ! Cermin Mata hitam dikenakan di Mata Zariel ! Fuyoo macho habis !

"Lain Kali siap pukul 12 tengahari pun tak apa !" Perli Zariel Dan terus memandu dengan laju .

Hek eleh ! Siapa suruh amik entah ! Aku tak suruh pun ! Dia yang mengada ngada nak ambil . lain kali fikir sebelum cakap tu . Kalau aku dapat siku muka ketat dia tu tahu lah dia ! Heyh ! Dia ingat macho ke dengan cermin Mata dia tu . Werkk!

Omel Araina dalam hati . Sempat Araina menjeling sedikit ke arah Zariel . Menyampah !

*****

Setelah beberapa minit suasana di dalam kereta semewah itu sunyi , Zariel terus bersuara

"Apahal lambat ?!"

"Encik ...."

Zariel memotong

"Saya dah cakap 7:30 dah Ada depan pintu ! Yang awak terhegeh hegeh baru nak siap tu kenapa ?!"

"Encik ...."

"Awak tahu tak saya tak sarapan lagi ? Saya dah lambat ! Sekejap lagi saya Ada meeting penting ! Awak tahu kan ? "

"Encik Zariel ..."

"Lain Kali kalau dah tahu siap lambat tu tak boleh ke nak bangun awal awal?"

Muka Araina semakin merah apabila dia ingin bercakap dari tadi asyik kena potong dengan Zariel . Selagi dia boleh sabar dia akan sabar !

Aku bangun awal lah ! Azan subuh berkumandang tadi aku dah bangun ! Tak thu apa apa diam jelah ni main tuduh je .

Marah Araina dalam hati .

"ENCIK ZARIEL LUFIAS !" Kini Araina menekan kan suaranya agar dia boleh bercakap

Tetapi Zariel tidak pedulikan Araina ! Dia tetap bercakap tanpa henti . Dalam masa yang sama dia sempat melihat muka Araina yang merah tu lalu mengulum senyum .

"Fine cakap lah puas puas ! " Araina bersuara lalu berdiam diri . Naik fade up lah jugak dia !

"After this please be professional ! Please don't waste my time ! Tolong tepati masa ! Time is gold ! Tahu tak ? Emas ? Masa itu Emas ! Tolong hargai masa ! Tepati janji ! Faham tak ?! "

Araina berdiam diri

"Dengar tak Araina Afisya binti Fakhrul Amar ?!"

Araina tetap berdiam diri Dan cuma bahunya terangkat menanda kan dia tak tahu apa apa . Malas nak layan !

"Wahh ! Balas dendam nampak ?"

"Whatever ! " acuh tak acuh jawapan Araina .

"Okay fine !" Balas Zariel .

Kemudian , Zariel teruskan memandu Dan suasana di dalam kereta itu kembali sunyi !

What ?! I'm Your Babysitter?Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang