Kini tibalah saat persandingan mereka pula . Selepas maghrib tadi , Araina memang sudah siap mengenakan busana pengantinnya yang cantik itu . Zariel pula Sudah berada di dewan untuk bersiap di Sana .
Tetamu tetamu yang hadir juga sudah memenuhi dewan yang besar itu . Memang terdapat bermacam macam juadah yang disediakan . Tepat pukul 8 malam sebentar lagi akan berlangsungnya persandingan Zariel dan Araina .
Setelah tepat jam 8 malam , Araina pun tiba di dewan tersebut . Ramai Mata yang memandangnya . Cantik barangkali . Ada yang tergamam melihatnya seperti majlis pernikahan pagi tadi . Pengacara majlis pun sudah bersiap sedia untuk memulakan majlis .
Kedua mempelai pun menuju ke pelamin yang tampak mewah dan cantik sambil diiringi oleh sekumpulan kompang .
Apabila kedua mempelai sudah mengambil tempat di atas pelamin , kompang yang dipalu pun berhenti . Majlis diteruskan dengan keluarga kedua belah pihak untuk merenjiskan beras kunyit dan bersalaman dengan kedua mempelai . Begitu juga dengan rakan rakan kedua mempelai . Ada yang memberi semangat dan mengucapkan tahniah kepada Zariel dan Araina .
Dalam kesibukan orang yang datang ke majlis persandingan Zariel dan Araina , terlihat satu susuk tubuh dibahagian pintu masuk . Ye Tiara ! Dia juga turut hadir bagi melihat majlis persandingan Zariel dan Araina.
" Nampak sangat nak larikan diri ! Haritu kata dah kahwin , tapi sekarang ni baru nak kahwin ? Kau tipu aku Zariel ! Sanggup kau tipu aku! " Gumam Tiara dalam hati sambil melihat Zariel dari arah jauh .
" Korang tengok lah ! Langit tu tinggi ke rendah ! Hidup korang akan sengsara ! Dan kau Araina ! Hidup kau tak akan aman . Aku tak akan kasi kau hidup bahagia bersama Zariel ! Kau tengok jelah nanti ! " gumam Tiara lagi dalam hari sambil mengenggam tangannya tanda geram . Panas hati dia melihat kebahagiaan yang terpancar dari wajah Zariel dan Araina terus dia melangkah keluar dari dewan tersebut .
Usai majlis bersanding , kini tibalah majlis makan beradab . Selepas itu , diteruskan lagi dengan sesi pengambaran bersama keluarga , saudara Mara dan rakan rakan .
Setelah majlis selesai , tetamu pula sudah ramai yang pulang ke rumah masing masing . Begitu juga dengan Araina dan Zariel . Malam ini Araina akan pulang ke rumah ibu mertuanya.
Asya dan Irsyad juga sempat mengucapkan tahniah terlebih dahulu sebelum pulang .
***
Zariel masih menunggu Araina untuk masuk ke dalam bilik . Diambil telefonnya untuk membaca whatssap sambil bersandar di kepala katil , kemudian dibuka aplikasi Instagram dilihat komen komen pada gambar perkahwinannya yang baru dipost beberapa minit yang lalu . Selang beberapa minit , Araina pun membuka pintu bilik dan melangkah masuk ke dalam .
" lamanya sayang .. Awak pergi mana lama lama tinggal saya sorang sorang dalam bilik ni ? " Kata Zariel seraya meletakkan telefonnya di tepi katil dan Lantas itu dia bangun duduk bersila di atas katil .
" saya tidurkan Isya lah tadi . " Kata Araina pula sambil duduk di birai katil .
" lah yeke ? Hmm .. Memang tak salah saya pilih awak sayang . That's why I really love you honey boney ! So Isya dah tidur ke tu ? " Tanya Zariel sambil mendekati Araina
" Sudah ! " Jawab Araina pantas
" lepasni ... Tidurkan saya pulak boleh ? " Kata Zariel manja sambil meniup lembut ditepi leher Araina . dibelainya rambut Araina dan diciumnya lembut . Araina berasa geli terus ketawa bagi menghilangkan rasa gementarnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
What ?! I'm Your Babysitter?
Любовные романыAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...
