Usai bersarapan , Zariel harini bercadang untuk tidak ke pejabat . Yelah pengantin baru kan ? Buat apa nak ke pejabat . Mereka hanya meluangkan masa di rumah sahaja .
Araina sedang duduk di gazebo sambil melihat suaminya dan anaknya sedang berenang - renang di swimming pool .
" Sayang taknak join sekali ke ? " Tegur Zariel apabila melihat isterinya
" Tak apalah . Awak Mandi lah puas puas ! Lepasni jangan sebok asyik nak minta mandi sekali dengan saya " Kata Araina sambil tersenyum
Zariel kini sudah keluar dari kolam renang dan menuju ke arah Araina . Dia mencapai tuala yang dihulurkan oleh Araina . Setelah itu dia mengambil tempat duduk di sebelah Araina .
" sayang tak bosan ke duduk rumah ? Nak keluar tak ? " Tanya Zariel
" Takde lah . Saya okay je . kenapa ? Awak bosan ke ? " Tanya Araian pula
" Ha ah . Oh yah ! Kita kan baru je kahwin . Pergi honeymoon nak ? "
Araina berfikir sejenak" Taknak lah ! Membazir . " kata Araina
" eh ! Takpe . Duit kalau membazir untuk memberi kebahagiaan untuk sayang takpe . Abang tak kisah . Nak tak ? "
" Let me think about it . Later I'll tell you okay ? " Kata Araina
" Eee ! Sayang ni ! Selalu macamtu . Selalu sangat nak ambil masa yang lama untuk buat keputusan . Jom lah .
I don't care ! Whether you like it or not you must say yes ! " Kata Zariel sambil mencubit hidung Araina" Dah abang nak naik atas pakai baju" Sambung Zariel lagi kemudian dikucupnya pipi si Araina lantas dia berlari ke dalam rumah .
" Awakkkkk !!!!!!!!! " Jerit Araina
Isya yang melihat aksi papa dan mamanya itu hanya ketawa . Araina juga turut perasan anaknya itu , lantas dia memanggil anaknya itu naik untuk masuk ke rumah . Merah padam muka Araina menahan malu. Tak pasal pasal Isya dah nampak ! Ish Zariel lah ni !
Setelah Araina sudah memakaikan baju untuk Isya , Isya terus meminta diri untuk ke bawah untuk menonton cerita cartoon kegemarannya . Araina pula menuju ke biliknya untuk melihat Zariel .
Apabila Araina melangkah masuk ke dalam bilik , lantas tangannya ditarik oleh Zariel dan dibaringkan di katil .
" Eee ! Awak ni . Jangan lah buat macamni . terkejut tahu tak . pergi Sana ! " Protes Araina seraya itu dia menolak bahu Zariel perlahan.
" tahu takut " Kata Zariel
Setelah itu Zariel pun bangun dan menuju ke ruang meja kerjanya dan mengambil satu sampul dan dihulurkan kepada Araina .
" Apani ? " Tanya Araina pelik sambil membuka sampul itu . Terdapat beberapa Wang kertas didalam sampul itu .
" Apani ? " Tanya Araina sekali lagi .
" Itu gaji sayang bulan ni yang terakhir sebab bekerja dengan abang . Lepasni sayang dah tak payah nak bekerja dengan syarikat abang dah sebab sekarang ni dengan rasminya Araina dah jadi babysitter untuk anak abang . Official babysitter ! Merangkap mama untuk anak kita berdua . Sayang boleh terima Isya seperti anak kandung sayang kan ? " Tanya Zariel
" Boleh awak . Boleh ! cuma .. Saya rasa duit ni tak payah lah . Lagipun awak kan boleh tanggung saya . " Kata Araina sambil menghulurkan semula sampul itu kepada Zariel tapi tidak disambut oleh Zariel .
" Takpe anggap je tu duit belanja untuk bulan ni okay ? " Kata Zariel sambil tersenyum .
" okay tapi kiranya awak dah pecat saya lah ni ? " Tanya Araina sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk
" bukan pecat lah sayang ! Cuma saya nak awak jaga anak kita . Awak tak perlu susahkan diri untuk bekerja. Biar saya yang tanggung semuanya . Awak jangan risau okay ? Lagipun awak sendiri yang cakap dulu kalau awak dah berkahwin dan Ada suami , awak akan berhenti kerja serta merta dan awak akan jadi ibu dan isteri sepenuh masa . Ingat kan ? So prove it! Sayang " Kata Zariel sambil memeluk pinggang isterinya dari arah belakang sambil mendagu di bahu Araina .
" Ingat awak . Saya ingat . I'll prove it to you okay ? " Kata Araina pula
" I love you so much sayang ! " Kata Zariel sambil mencium leher isterinya " I love you too ! " Kata Araina dan pula.
Setelah itu mereka pun turun kebawah beriringan menuju ke ruang tamu . Melihat anaknya yang duduk bersebelahan dengan Datin Zurina , Araina pun turut mengambil tempat disebelah anaknya. Manakala Zariel pula duduk dikerusi bersebelahan dengan papanya .
" Ha ! Zariel ! Papa memang Ada perkara nak cakap dengan kamu dan Araina . " Dato Zainal memulakan bicara
" Ada apa papa ? " Tanya Zariel dan Araina serentak .
" Esok kamu berdua akan bertolak ke France . " Kata Dato Zainal
" Buat apa ? " Tanya Zariel dan Araina serentak lagi .
" Lah ! Untuk kamu punya honeymoon lah .Takkan lah pengantin baru tak berbulan madu kan ? " Kata Dato zainal . Zariel sudah mengulum senyum . Araina pula dah berasa serba salah . Mahu pergi atau tidak .
Kemudian Zariel dan Araina memandang sesama sendiri . Zariel sudah mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis , Araina pula sempat memberi jelingan maut kepada Zariel ." Pasal kos , semua kamu tak payah risau . Papa dah settlekan semuanya . Dah siap booking dah pun tinggal kamu berdua je nak berangkat ke Sana . " Kata Dato Zainal lagi
" Lah ! Yeke papa ? Menyusahkan papa je . " Kata Araina pula rasa serba salah .
" Eh takpe . Untuk anak dan menantu papa juga . Kamu jangan risau ye Araina . Dekat Sana nanti kalau Zariel buat apa apa Kat kamu , bagitahu papa" Kata Dato Zainal .
" Eh papa ni . Nama pun honeymoon mesti lah kena buat something yang pengantin baru kena buat kan ? " Kata Zariel mengusik Araina . Araina yang tak tahan malu asyik kena diusik je lantas dia mencubit perut suaminya kuat .
" Aduh ! Sakit " Adu Zariel .
" Padan ! Gatal lagi . Kan dah kena " Kata Araina
Zariel memandang anaknya dan kelihatan muka anaknya begitu muram kemudian dia bertanyakan kenapa .
" Isya nak ikut papa dengan mama pergi France boleh ? " Tanya Isya
Kemudian , Zariel memandang papanya ." bukan tak boleh sayang , tapi anak papa ni kan sekolah ? Isya kena pergi sekolah , kena belajar rajin rajin Isya nak pandai kan ? " Pujuk Zariel
" Memang lah Isya nak pandai tapi Isya nak jugak ikut papa dengan mama . Nanti kalau papa dengan mama pergi sana pastu tinggal Isya sorang sorang . " Kata anaknya itu
" Nanny dengan atok kan Ada ? Boleh jaga Isya . Papa janji nanti papa belikan Isya toys Kat Sana okay ? Isya baik kan ? " Pujuk Zariel lagi
" okay lah okay lah. Tapi papa dengan mama kena janji dengan Isya yang papa dengan mama kena balik cepat "
" Okay sayang " Kata Araina dan Zariel serentak . Kemudian Zariel mencium anaknya itu diikuti dengan Araina .Selesai memujuk anaknya yang comel itu. Lantas dia menelefon Irsyad pula dan memaklumkan kepada Irsyad bahawa dia tidak akan ke pejabat selama seminggu untuk pergi berbulan madu bersama Araina .
YOU ARE READING
What ?! I'm Your Babysitter?
RomanceAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...