Bab 3

32.2K 866 7
                                        

Setiba nya Araina di rumah , dia terus ke dapur untuk melihat apa yang ibunya masak untuk makan malam

"Ibuuuu !!!" Panggil Araina

"Iyeee" jawab Puan Alina

"Ibu masak apa tu? nak Arai tolong?" Tanya Araina . Apabila dia di rumah dia akan bahasakan dirinya 'Arai'

"Ehh , tayah tayah , kamu pergi naik atas mandi pastu rest  . Lepastu pulak kamu cuma tunggu ibu panggil untuk makan . Faham?" Suruh Puan Alina

"Betul ni?" Tanya Araina

"Iyee , Aiyshh budak ni dah pergi sana"

Kemudian Araina naik ke atas untuk mandi . Selepas usai mandi dia terus menuju ke katilnya dan merebahkan badan nya di atas katil  .

"Fuhh , penat aku cenggini . Shila ni pun satu lah dah kenapa cakap camtu , prince charming bagai lahh .. eeerrr !! " protes Araina apabila dia teringat akan kata kata Shila di pejabat tadi .

Kemudian dia terlelap..

Tepat jam menunjukkan pukul 6:45 , Puan Alina menuju ke bilik Araina . Dia membuka pintu pelahan lahan .

'Crekkkk' bunyi pintu membuatkan Araina tersedar

"Araiii , Dah bangun nak dekat maghrib ni . Solat ye nakk " Suruh Puan Alina

"Eh , dah pukul bape? " Tanya Araina

"6:45" Ringkas jawapan Puan Alina

"Ohh , okay . Nanti Arai solat ye , "

"Baiklah" Jawab Puan Alina

Usai Solat Maghrib Araina pun turun ke bawah untuk menjamu selera , perutnya dah bernyanyi dah dari tadi .

"Haaa , Anak Ayah , sini turun makan sekali" Pelawa Encik Fakhrul

"Nak makan lah ni ayah , tak dengar ni perut dah bernyanyi macam macam lagu dah ni . " Kata Araina

"Hahaha , sini sini " Ketawa Ayahnya

"Macam mana dengan first day kerja?" Tanya Encik Fakhrul kepada anaknya

"Erm , it's good , better and happening" Jawab Araina , kemudian dia berkata lagi

'Happening sangat ! ' Kata Araina dalam hati pula

"Ohh , yaa? Bagus lah kalau macam tu . Bos kamu okay ke?" Tanya Ayahnya lagi

'Alahai ayah niiii !! Soalan eee sakit telinga , takde soalan yang lebih interesting ke nak tanya ..' Bebel Araina dalam hati

"Ohh , bos Arai? Okay je senang nak komunikasi dengan dia . Semua pakat pakat tolong Arai kalau Arai tak tahu semua lah kerja then Bos Arai pun baik , pemurah walhal dia juga seorang yang penyanyang ayahh " Jawab Araina seperfi memerli bos dia , Zariel Lufias

"Ohh , bagu bagus , tenang sikit ayah dengar , tapi betul ke kamu taknak bekerja dengan ayah? Syarikat ayah? nanti senang kalau ayah dah pencen kamu boleh alih syarikat tu . tak nak?" Tanya Encik Fakhrul

" Ohh , thanks ayah tapi bukan sekarang , Arai rasa lebih selesa kalau bermula daripada A hingga Z , dari merangkak sampai boleh berjalan , so setakat ni jadi kuli untuk Syarikat orang dah lah . " Jawab Araina

" Ermm , ikut kamu lah . Yang penting kamu dapat jalankan tanggungjawab kamu dengan baik dan dapat laksanakan tugas kamu dengan cemerlang . " Kata Ayahnya dan memeberi sedikit nasihat kepada anaknya itu .

"Okay ."

Kemudian ibunya pula bertanya kepada Araina , soalan yang lagi rumit untuk Araina menjawab .

"Arai , Ibu nak tanya ni"

"Tanyalah ibu ."

"Kamu dah 22 tahun , so? bila lagi?" Tanya Puan Alina

" Huh? apa yang bilanya? bila apa?" Tanya Araina pula kebingungan

"Yelah usia kita ni semakin meningkat , jadi, ibu nak jugak tengok kamu ada peneman hidup , ibu nak jugak cucu . Haa . Kamu tengok anak anak kawan ibu tu semua dah berkahwin , dah ada 2 , 3 anak dah pun , kamu ni haa bila lagi?" Tanya Puan Alina

"Lahhh, ibuuuu !! I'm 22 years old jauh lagi perjalanan , taknak lah kahwin terlalu muda " Jawab Araina

"Yee , ibu tahu tapi kamu seorang je anak ibu , jadi cuma kamu je harapan ibu "

" Okay okay , in sha allah one day ibu " Jawab Araina

Usai Mereka selesai makan , Araina terus mengambil pinggan ibu dan ayahnya untuk basuh di sinki .

Setelah itu , Araina terus naik ke atas untuk masuk ke bilik .

What ?! I'm Your Babysitter?Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang