"Assalammualaikum .. " Sapa Zariel sambil masuk ke dalam rumahnya .
"Waalaikummusalam .. " Jawab Mama dan papa nya serentak .
"Haa Zariel , come have a sit .. I have something to tell you . " Kata Dato Zainal
"Yes , what the important thing that you want to tell me pa? " Kata Zariel
"Ok look . Esok kamu kena ikut papa berjumpa dengan kawan papa Encik Fakhrul . Dia lah orang yang akan mengendalikan projek baru kita . So esok kita akan berbincang dengan dia . " Kata Dato Zainal
' Encik Fakhrul? Is it Araina's father? like seriously ?!! Keciknya dunia . Alhamdulillah aku berurusan dengan orang yang aku rapat , kenal . Jadi senanglah nak berurusan dengan dia , tak payah lah nak straight sangat . Takde lah serious sangat nanti . Otak pun tak stress ." Kata Zariel dalam hati .
"Zariel? Are you okay? " Tanya Dato Zainal
"Yes , I'm officially fine . Ok papa , I will go with you tomorrow . " Kata Zariel
"Ok good . "
************
Pada keesokkan harinya , Araina tidak ke pejabat kerana arahan dari Zariel supaya Araina harus berehat .
"Ibuu !!! Sedapnya bau . Ehh ! nasi lemak . Wahh lama tak makan ni . " Kata Araina setelah mengambil duduk di ruang meja makan .
"Haa , sebab tu lah ibu masak harini . Mana ayah kamu ? Tak turun turun lagi ke?" Tanya Alina
"Sini sayang ." Kata Encik Fakhrul sambil menuruni satu persatu anak tangga.
"Wahhh !!! ayah . Segak , tampan , bergaya haa harini . Ayah nak jumpa orang yang terhormat ke ?" Tanya Araina terpegun
"Ye , nak . Ayah nak pergi jumpa Dato Zainal harini . Ada urusan penting . Katanya anak teruna dia pun ada . Nanti kalau kalau anak dia tu handsome ke bergaya jugak macam ayah , Ayah jodohkan kamu berdua . " Kata Encik Fakhrul .
"Ehh !!! apa ayah ni . Diorang tu orang bertaraf tinggi . Kita ni siapa ayah? Kita hanya orang biasa . Mana lah diorang nak . Lagipun tak sama taraf lah kalau Arai dengan anak Dato Zainal tu . And I don't think so .. Arai tak rasa Arai perlu kahwin dengan usia macam ni . I'm 22 years old ayah . Tak payah lah ! muda lagi ni . Hehehe" Omel Araina .
"Kamu tu macam tu lah nak . Bila ibu dengan ayah suruh cari teman lelaki supaya boleh berdampingi kamu nanti . Benda sama je kamu bagi alasan . Faktor usia tak memberi apa apa yang pelik pun nak . Kamu tengok ibu dengan ayah dulu pun kahwin muda . Masatu ibu pun umur 22 tahun jugak . Tak jadi masalah pun . " Omel Alina pula .
"Zaman ibu lain lah .." Kata Araina sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya .
"Apa yang lainnya?" Tanya Ibunya
"Yelah . Lagipun waktu macam sekarang ni Arai masih nak rasa hidup dengan ibu dengan ayah . So nanti kalau Arai dah kahwin , Arai kena layan suami Arai je . Tak nak lah . " Omel Araina lagi
"Haih , anak bertuah ni .. " Kata Encik Fakhrul
"Haih , dah lah makan lah nasi tu , membebel je . Jawapan cliche je kamu ni Arai . " Kata Puan Alina
"Ibu lah mula dulu . "
*************
Dato Zainal memakirkan keretanya berhadapan dengan restaurant .
"Okay . We are here . Come on let's go . " Kata Dato Zainal kepada anaknya .
Kemudian mereka berdua terus menuju ke restaurant yang berhadapan dengan mereka . .
Setelah beberapa minit Dato Zainal dan anaknya mengambil tempat duduk , Encik Fakhrul pun tiba .
"Eh .. assalammualaikum Dato" Sapa Encik Fakhrul Sambil bersalaman dengan Dato Zainal .
"Waalaikummusalam .. Ushh masih gagah lagi haa Arul .. Ha ni perkenalkan anak saya Zariel Lufias . " Kata Dato Zainal
Kemudian Zariel terus bangun dan bersalaman dengan Encik Fakhrul
"Sihat uncle?" Tanya Zariel
"Sihat , alhamdulillah . Ya Allah Zariel . Ni ke anak kamu Zainal? Astaghfirullahalazim . Keciknya dunia ." Kata Encik Fakhrul
"Laaa , kamu dah kenal ke dengan Encik Fakhrul ni Zariel? " Tanya Dato Zainal
"Dah Papa . Anak Encik Fakhrul ni kerja dekat tempat Zariel . Araina Afisya namanya . " Kata Zariel
"Ouhh . Araina ? Anak kamu Fakhrul?" Tanya Dato Zainal
"Ye . Haishh kecik betul dunia ." Kata Encik Fakhrul
"Ouh . Eh apani berdiri? duduk duduk . Kita order . Dah makan ke?" Tanya Dato Zainal .
"Saya dah makan dah . Takpe lah kalau Dato dengan Zariel nak makan , makan lah." Kata Fakhrul
"Eh , takpe takpe .. itu tadi ni sekarang haa takpe order order , kira saya belanja lah ni tanda persahabatan kita yang lama berpisah . Tanda kasih sayang anak kita berdua .. Tak lama lagi ni rasa nasi minyak lahh . " Gurau Dato Zainal sambil tergelak kecil .. Encik Fakhrul pun turut ketawa juga.
"Eh papa . Apani ... " getus Zariel
"Haa ni Fakhrul , lagi satu tak payah lah nak berdato dato dengan saya . Panggil Nal je .. Dulu kita kawan jugak . Tak payah lah formal sangat . " Kata Dato Zainal .
" Baiklah . " Jawab Encik Fakhrul .
Kemudian mereka mula bincangkan tentang Projek terbaru mereka .
ANDA SEDANG MEMBACA
What ?! I'm Your Babysitter?
RomanceAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...
