Bab 42

15K 437 0
                                    

Setelah puas bercuti di Terengganu dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mungkin akan menjadi kenangan manis buat Araina dan juga Zariel , kini tiba masanya untuk mereka berangkat pulang .

Semasa di dalam kereta , hanya suara radio yang menemani sepanjang perjalanan mereka ke Kuala Lumpur . Isya memang dari awal awal sudah terlena dibuai mimpi.

Setelah beberapa jam dalam perjalanan , mereka berhenti sebentar di perhentian rehat untuk mengisi perut yang sudah lama berbunyi . Usai makan mereka pun teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah . Dan akhirnya ! Mereka tiba juga dirumah . Zariel memakirkan kereta di hadapan rumah Araina , melihat Araina yang masih lena tidur disebelah terus dikejutnya .

Araina yang merasakan kereta milik Zariel seakan terhenti , dia lantas membuka matanya dan menggosok perlahan kelopak matanya .

" Haa dah bangun . Saya ingatkan tadi baru nak .... " Kata Zariel manja sambil mendekatkan mukanya

" Nak apa hah ?! " Kata Araina pula sambil memeluk tubuh dan mengalihkan muka ke tingkap dek kerana muka Zariel yang terlalu rapat dengannya .

" Saya nakk ... Nakkk ... " kata Zariel sambil menurunkan tempat sandar kerusi ke belakang perlahan lahan .

" kiss awak " Sambung Zariel lagi sambil memuncungkan mulutnya seperti ingin mencium Araina

Araina yang bertindak kasar terus menepis Zariel dan menolak Zariel sehingga terbaring ke belakang . Lantas itu Araina terus mencubit lengan Zariel sambil membulatkan matanya .

" Kalau Isya nampak macam mana ?! Ish ! " Kata Araina terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari kereta milik Zariel .

" heyh ! Tunggu lah ! " Panggil Zariel terus melangkah keluar juga dari keretanya dan terus berlari anak memegang tangan Araina .

" Ish ! Apa lagi ? Lepaskan tangan saya" protes Araina sambil merentap tangannya .

" okay okay I'm sorry , tapi tak akan awak nak pergi macam tu je ? Beg awak ? Taknak ke ? Apa lah awak ni nak larikan diri pun ambil lah barang dulu "

Araina tidak pula membalas tetapi terus kebelakang kereta untuk mengambil barangnya . huh ! Dah lah tengah malu ni tambah malu lagi apa lah kau ni Araina lain kali calm down and don't be too clumsy . Tetapi bonet kereta Zariel masih tidak terbuka .

" Cepatlah bukak ! Saya nak ambil barang saya ni " Nak taknak terpaksa lah dia bersuara . Ingatkan nak cakap satu saat dengan Zariel pun tak hingin tahu tak ?

Zariel terus kembali ke bahagian pemandu dan menarik satu padlock untuk membuka bonet kereta . Apabila bonet kereta terbuka , lantas Araina mengambil barangnya dan terus beredar . Sempat dia menoleh dan berterima kasih kepada Zariel . Yelah walau bagaimanapun Zariel telah meluangkan masa dengannya dan sah sah zariel melayan dia dengan baik dan memberikan segala keperluan yang secukupnya . Jadi kalau ucap terima kasih tu tak terbalas sangat pun dengan apa yang Zariel telah lakukan . Ye sekarang memang rasa nak marah sebab kejadian tadi tapi hati Araina tak mampu nak marah sebab apa pun dia sendiri bingung .

Setelah Araina masuk ke rumah , Zariel pun terus masuk ke dalam perut kereta dan terus beredar dari situ .

***

Sejak kebelakangan ini , Zariel selalu mengambil berat tentang Araina , menjaga dan sentiasa melindungi Araina . Kadang kadang nak berpisah 1 minit pun Zariel tidak mampu . Agaknya dirinya juga sudah meroyan asyik memikirkan tentang Araina . Yes ! Araina Araina Araina . Dia terlalu sayangkan Araina . Sehinggakan hari hari seperti orang angau .

Araina juga makin lama makin selesa bersama Zariel . Apabila Zariel mengajaknya keluar , dia selalu terima dan tidak pernah menolak . Araina juga seperti sudah boleh membuka hatinya untuk Zariel dan gayanya seperti sudah boleh mencintai dan menyayangi Zariel . Setiap Kali hujung minggu , Araina sering Kali meluangkan masanya bersama Zariel dan Isya . Lagak gaya seperti happy family dah . Kalau tak luangkan masa di mall , mereka akan ke tasik atau ke taman permainan .

What ?! I'm Your Babysitter?Where stories live. Discover now