Kini hujung minggu pun tiba . Memandangkan cuti persekolahan sudah bermula. Isya berasa sangat gembira . Dia tidak sabar lagi untuk pergi bercuti ! Tambahan pula bercuti bersama Araina lagi lah seronok dibuatnya . Dia lah yang paling bersemangat bersiap pagi pagi. Dari semalam pakaian nya sudah dipacking awal awal .
***
Zariel kini tiba dirumah Araina untuk mengambil Araina .
" Araina !! Ini Zariel dah sampai " Panggil Puan Alina
" Comelnya !! " Kata Puan Alina sambil mencuit hidung si Isya . Puan Alina tidak terkejut dengan kehadiran Isya , memandangkan Araina sudah bercerita tentang hubungan Isya dan Zariel dari awal . Dari A sampai Z .
Sementara menunggu Araina turun kebawah , sempat Puan Alina berbual dengan Isya . Walaupun berusia 6 tahun , percakapan Isya seperti orang dewasa . Sungguh latah percakapannya . Bijak pun bijak .
Setelah beberapa minit , Araina pun turun ke bawah .
" Okay let's go ! " Kata Araina
" Aunty Araina !!! " Isya memanggil Araina setelah nampak Araina turun ke bawah . Terus Isya menuju ke Araina dan memeluk tubuh Araina .
" Isyaa sayang !! " Araina juga turut memeluk tubuh si kecil molek itu
Zariel yang melihat hanya mampu tersenyum . Seperti anak dan ibu sudah bila dilihat Araina dengan Isya ni . Tidak salah dan sangat tepat Zariel membuat pilihan untuk menggantikan Araina ditempat arwah isterinya . Bahagia sungguh Zariel melihat Isya yang seronok dan tak lekang senyum dibibir .
" Okay jom girls ! Aunty , Zariel pergi dulu ye . Saya pinjam anak aunty . Nanti apa apa hal saya telefon aunty ye . " Kata Zariel
" Baiklah . Jaga anak aunty elok elok " Kata puan Alina pula sambil tertawa
" okay , Araina pergi dulu ibu . Assalammualaikum " Araina meminta diri dan menyalam tangan ibunya .
Zariel juga turut menyalam tangan Puan Alina . Begitu juga dengan Isya .***
Setelah 6 jam dalam perjalanan , kini mereka tiba di destinasi iaitu di Pulau Redang , Terengganu !
Kelihatan Araina dan Isya masih nyenyak dibuai mimpi . Lantas Zariel membuka seatbelt dan terus beralih pandangan pada Araina . Dilihatnya mata Araina turun ke hidung kemudian bibir merah jambu milik Araina , tenang rasanya hati Zariel . Cinta untuk kali kedua ? Sungguh Indah rasanya.
Zariel kini ingin membukakan seatbelt milik Araina pula , tetapi tidak sempat Ingin membuka , Araina tersedar .Membuntang Mata Araina melihat sesusuk tubuh di hadapannya . Araina terjerit kecil . Zariel terus mengambil posisi semula di tempat duduk memandunya .
" Ehhh !!! Shhh ! Nanti Isya bangun . Kita dah sampai . Jangan lah risau , saya tak akan apa apa kan awak . Saya cuma nak kejutkan awak . Saya nak bukakan seatbelt awak tu je . " Kata Zariel ingin menenangkan Araina .
" Lain Kali jangan lah buat macamtu . Terkejut tahu tak . Ingatkan awak nak buat apa apa . After this kejutkan saya
Je , biar saya yang buka sendiri seatbelt saya . huh " Kata Araina lantas membuka pintu kereta dan terus melangkah keluar .Tergamam Araina melihat keindahan di hadapannya sekarang . Pulau yang sangat indah ! Cantik , bersih dan nyaman ! Tak menyesal dia ikut Zariel . Ehhh wait ! Kejap kejap .
" Encik Zariel .... " Panggil Araina menoleh kebelakang melihat Zariel yang sedang mengeluarkan beg dari keretanya .
" Iye saya ? "Jawab Zariel

YOU ARE READING
What ?! I'm Your Babysitter?
Roman d'amourAraina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih lagi terhadap kanak-kanak. Beliau seorang yang dedikasi dengan kerjayanya - tetapi dalam diam , dia...