Bab 36

15.7K 438 7
                                        

Araina duduk di sofa sambil membaca novel yang belum habis dibacanya . Encik Fakhrul yang baru turun kebawah untuk melihat isterinya ternampak Araina terlebih dahulu yang duduk seorang diri . Encik Fakhrul terus menuju ke ruang tamu untuk duduk bersama anaknya itu .

" Araina " Sapa Encik Fakhrul seraya mengambil Surat khabar Dan terus duduk di sofa yang bersebelahan dengan anaknya

" Eh , ayah ! " Jawab Araina mengangkat muka sedikit memandang ayahnya Dan terus membaca novelnya semua

" Ibu mana ? " Tanya Encik Fakhrul apabila melihat isterinya tiada disitu

" Dapur " Jawab Araina sepatah

Encik Fakhrul hanya mengangguk sahaja

" Araina , ayah nak tanya ni " Sambung Encik Fakhrul seraya menutup Surat khabar Dan meletakkan akhbat tersebut di meja dihadapan mereka

Melihat muka ayahnya yang begitu serius , Araina kini menutup novelnya juga Dan diletakkan diatas meja dihadapannya .

" Ya ayah Tanya lah "

" Actually this is a good news for me and your mom . We're so excited when hear this and we decide to accept it but however it is we must ask your opinion first . "

" Okay . What do you mean for my opinion ? Dan apa yang membuatkan ayah dengan ibu nak terima ni ? Arai tak faham lah terima apa ni ? "

" Masa sarapan tadi " Kata Puan Alina. Muncul sambil membawa seteko air Teh Dan biskut ke hadapan . Sejurus itu , Encik Fakhrul Dan Araina menoleh kebelakang untuk melihat Puan Alina yang baru sahaja datang.

" Huh ? Masa sarapan ? Kenapa masa sarapan tadi ? "

" Ibu dengan ayah sebenarnya tak percaya dalam diam Araina berahsia ya ! " Sengaja Encik Fakhrul membuat muka serius manakala Puan Alina sudah mengambil tempat duduk disebelah suaminya

" Rah .. rahsia ? Rahsia apa ? "

Tidak tahan melihat muka anak mereka yang menahan rasa takut atau gementar ataupun cuak , ketawa yang disimpan tadi telah pecah membuatkan Araina lagi keliru .

" Kamu dah lama bercinta dengan Zariel rupanya ya " Kata Puan Alina sambil mengulum senyum

Lagi lah keliru Araina sekarang . Bila masa pulak dia bercinta dengan Zariel ni . Kalau boleh Zariel lah yang dia ingin elakkan daripada bercinta . Kalau tak mahu hari hari naik gila dia melayan karenah si Zariel .

" Apani ? Araina langsung tak faham lah ibu , ayah . " Getus Araina

" Sudah lah nak ! Jangan nak berselindung lagi dari kami . Tadi masa sarapan , sebelum kamu turun kebawah . Zariel Ada cakap soal nak masuk meminang kamu . Katanya kamu dengan dia dah lama bercinta "

Ya Allah ! Apa mamat sewel ni dah cakap ??!! Bila masa aku bercinta dengan dia !!!

Ketika ini rasa marah sudah berkumpul dibenak hati Araina . Yang dia nak tahu sekarang cuma atas alasan apa Zariel melakukan kerja gila dia ni ! huh ! Dia ni memang dah gila ! Marah Araina tapi dihadapan ibu bapanya dia harus menunjukkan yang dia tenang.

" Haa .. Ibu .. Ayah .. sebenarnya Araina tak pernah pun .. " Tidak sempat Araina ingin habiskan kata katanya Encik Fakhrul sudah memotong

" Takpe nak . Take your time . We give you a space alright ? Takpe ayah tahu Araina malu kan ? Takpe lah fikirkan ye nak . Ayah nak naik atas dulu berehat . Jom sayang , tolong urutkan belakang abang ni . " Encik Fakhrul mengajak Isterinya turut serta naik ke atas .

What ?! I'm Your Babysitter?Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang