Bab 44

16.7K 469 0
                                    

Selepas dari lamaran Zariel seminggu yang lepas , kini mereka bertekad untuk melancarkan perkahwinan mereka secepat mungkin .

Kini mereka masing masing kesibukan kerana harus menguruskan segala alatan yang perlu mereka beli . Perlu ulang alik ke butik untuk mencuba busana perkahwinan mereka dan pelbagai perkara lagi yang mereka harus lakukan .

***

Sebulan sudah pun berlalu , kini tibalah hari yang dinantikan oleh kedua mempelai . Ya ! Hari ini adalah hari pernikahan bagi Zariel dan Araina .

Araina kini dihias rapi oleh mak andam . Terserlah keserian dimuka Araina yang begitu licin dan putih . Seri pengantin lah katakan ! Araina berasa sangat gembira dengan kurniaan yang diberikan oleh tuhan untuknya . Dia percaya dia mendapat suami yang terlalu baik untuk dirinya . Sebentar lagi dia harus memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri . Dia yakin dia sudah bersedia !

Asya yang baru tiba dirumah Araina terus menyapa ibu Araina dan bersalaman dengan Puan Alina terlebih dahulu . Setelah Puan Alina menyuruh Asya naik ke atas , lantas Asya terus berlari anak menaiki tangga dan menuju ke bilik Araina .
Asya membuka pintu bilik Araina perlahan dan terus melangkah masuk ke dalam . Selesai mendandan dan menyiapkan Araina , mak andam itu terus beredar dan membiarkan Asya menemani Araina .

" Oh my god ! You look so gorgeous , beautiful , flawless and everything Araina ! Cantiknya kau ! " Puji Asya

" Ish kau ni ! Ada Ada je . thank you " Kata Araina .

" Aku tak sangka akhirnya kau dah berjumpa dengan jodoh kau . Alhamdulillah . Aku dah agak dah kau akan pilih Zariel tu . Aku yakin dan jamin Zariel adalah lelaki yang terbaik untuk kau ! " Kata Asya sambil memberikan semangat untuk Araina

" ye amin ! Thank you so much . Aku bersyukur sangat ." Kata Araina pula

" Kahwin jugak akhirnya kawan aku ni . " Kata Asya lagi .

Tetiba pintu bilik dibuka oleh Puan Alina seraya memanggil Araina untuk turun kebawah kerana rombongan dari pihak lelaki sudah tiba . Hati Araina sungguh berdebar . Setelah itu dia terus bangun dan diiringi oleh Asya . Dia membaca Alfatihah terlebih dahulu bagi menenangkan hatinya .

Zariel yang melihat Araina menuruni anak tangga sungguh tergamam dengan kecantikkan Araina pada hari ini . Matanya langsung tidak berkedip. Bukan sahaja Zariel , malah tetamu yang hadir juga turut terkejut melihat kecantikkan Araina .

Araina kini mengambil tempat disebelah ibunya dan Datin Zurina . Sempat dia melihat Zariel dan menghadiahkan Zariel sebuah senyuman . Zariel juga turut membalas senyuman kepada Araina .

Zariel sudah menghulurkan tangannya ke arah tok kadi dan disambut baik oleh tok kadi itu . Digenggamnya kerana gementar , sempat tok kadi memerli Zariel .

" Haih pengantin , tak akan gementar kot . Menggigil lain macam " Kata Tok kadi itu dan tetamu yang hadir turut ketawa .

" boleh kita mulakan ? " Tanya tok kadi itu . Zariel hanya mengangguk sahaja .

" Baiklah , Zariel Lufias bin Zainal "

" Ye saya " Jawab Zariel

" Aku nikahkan dikau dengan Araina Afisya binti Fakhrul Amar dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai. "

" Aku terima nikahnya Araina Afisya binti Fakhrul Amar dengan ma's kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai. " Dengan Sekali lafaz , kini Araina sah bergelar isteri kepada Zariel Lufias.

What ?! I'm Your Babysitter?Where stories live. Discover now