Skull : "Urgh.... Aku di mana ini?"
Skull terjaga daripada pengsannya. Kepalanya terasa berpusing ibarat baru sahaja turun daripada buaian pusing di karnival.
Skull : "Apa yang sedang berlaku?"
Skull membuka matanya dan dia kini sudah berada di suatu tempat yang agak sesak.
Skull : "Dekat mana ini?"
Skull melihat keadaan disekelilingnya. Ianya sebuah pekan ala-ala 60-an. Sungguh antik dan tradisional. Tiada kenderaan berenjin. Kesemuanya hanya menggunakan tenaga haiwan.
Suasana itu telah mengejutkan Skull.
Skull : "Biar betul ini? Meena? Meena dekat mana?"
Skull tercari-cari bayang Meena. Namun dia kini telah berpindah ke zaman silam.
Skull : "No way.... It can't be."
Secara tiba-tiba kedengaran bunyi siren yang sangat membingitkan telinga di tengah-tengah pekan yang begitu aman itu.
Sebaik sahaja siren itu dibunyikan, kesemua penduduk yang kelihatan aman damai menjadi huru-hara. Mereka berlari masuk ke dalam rumah dan tempat untuk berlindung.
Skull : "Sekarang ini apa?"
Tanah tempat Skull berpijak sekarang kini terasa gegaran yang agak rancak. Sekali lagi Skull tiada idea apa yang bakal melanda pekan itu.
'Rawr!'
Secara mengejut terdapat seekor makhluk berkaki empat di belakang Skull. Makhluk itu kelihatan sangat menakutkan.
Jadi makhluk inilah yang telah mendesak penduduk di situ untuk melarikan diri.
Skull terus menggunakan kuasanya tanpa berlengah walaupun sesaat.
'Zupp!'
Batang tulang rusuk yang tajam menusuk dari bawah tanah terus menembusi badan makhluk itu. Sekelip mata sahaja makhluk itu mati di hadapan Skull.
Skull : "Makhluk apa ini?"
'Rawr!'
Kedengaran lebih banyak lagi suara ngauman yang menuju ke arah pekan itu.
Skull : "Tak guna. Dia tidak bersendirian."
Skull terus ke tempat yang lebih lapang untuk persediaan bertempur. Tidak lama kemudian, terdapat sekawan makhluk tadi berpusu-pusu ke arahnya.
Skull : "Aku akan menghantar kau orang semua balik ke lubang neraka!"
Skull menghanyunkan tangannya secara menegak ke atas dan timbulnya begitu banyak bilah tulang rusuk secara berbaris dan menembusi segala benda yang berada pada laluannya.
Skull kemudiannya bersedia untuk pertempuran jarak dekat. Ianya perlawanan satu menentang sekawan.
Tumbukan demi tumbukan dilepaskan oleh Skull. Setiap satu tumbukannya mampu mematahkan tulang yang begitu keras. Adakalanya dia mengeluarkan sepasang tulang pada buku limanya yang membentuk kuku Wolverin untuk membunuh.
Pertempuran berdarah itu diperhatikan oleh keseluruhan penduduk pekan menerusi celahan tingkap. Percikan demi percikan darah makhluk berkaki empat itu memercik apabila terkena serangan Skull.
Lebih kurang beberapa puluh minit kemudian, pertempuran masih lagi diteruskan. Skull kian kehabisan tenaganya menentang makhluk-makhluk yang tidak henti-henti berpusu ke arahnya. Bagai tidak berpenghujung pertarungan itu.
Fokus Skull perlahan berkurang. Disebabkan itu dia di serang oleh salah seekor makhluk itu. Lengan kanannya di gigit dan dihayunkan sehingga jasad Skull menghempas ke lantai.
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...