Dua hari sebelum hari kejadian, suasana di dalam bilik mesyuarat sangat dingin bak kuburan. Anak mata Kapten Aruv melilau mencari kelibat anak-anak buahnya yang masih belum tiba.
Kap. Aruv : "Ke mana perginya pegawai Johnny, Meena dan Hiro?"
Lantas mengalihkan pandangan ke arah Ethan dan Shasha memandangkan mereka berdua merupakan teman rapatnya. Dengan profesionalnya Ethan berdiri dengan penuh rasa hormat dan menghulurkan beberapa helai kertas.
Ethan : "Mereka bertiga ada urusan penting yang tidak dapat dielakkan, kapten. Ini surat kebenaran daripada pihak mereka."
Kap. Aruv : "Ketiga-tiga mereka sekaligus ada urusan?"
Ethan : "Ya. Ketiga-tiga mereka atas urusan yang sama, kapten."
Terkenyit-kenyit mata Kapten Aruv mendengarkan kenyataan Ethan. Seraya dia membaca sebutir-butir maklumat yang terdapat di dalam helaian kertas itu. Mahu berpeluh sampai ke tulang Ethan merasakan debaran sepanjang Kapten Aruv melirik ke arah surat tersebut.
Hampir beberapa minit kemudian, Kapten Aruv menyerahkan kembali surat kebenaran tersebut dengan wajah yang bersahaja.
Kap. Aruv : "Jikalau begitu, ayuh kita teruskan mesyuarat ini. Terima kasih atas makluman, pegawai Ethan. Sila duduk."
Dada Ethan mulai terasa lapang apabila rancangannya berjalan dengan lancar. Mujurlah Kapten Aruv tidak mengesyak sesuatu mengenainya. Dia pun melabuhkan punggungnya kembali di atas kerusi.
Shasha : "Surat apa itu, Ethan?"
Shasha berbisik pada telinga Ethan.
Ethan : "Nah. Awak bacalah sendiri."
Lantaran itu, Ethan menghulurkan helaian kertas tersebut kepada Shasha. Dengan perlahan Shasha membuka helaian kertas itu. Ianya surat kebenaran palsu yang telah di buat oleh Ethan. Tidak sangka rancangannya berjalan dengan lancar.
Kap. Aruv : "Baiklah. Kali ini, saya himpunkan kamu semua untuk membincangkan tentang isu terkini. Pekan kita kini seringkali di serang oleh tenaga yang tidak dikenalpasti apa jenisnya."
Kesemua ahli mesyuarat sangat khusyuk mendengarkan hujah Kapten Aruv. Barangkali ianya serangan angkara Permaisuri Kijang.
Kap. Aruv : "Tambahan pula, pegawai terkuat kita sudah hampir tiga bulan hilang tidak ditemui. Ada sesiapa dapat makluman tentang Skull?"
Secara serentak kesemua ahli mesyuarat menggelengkan kepala. Perbincangan itu tidak menemukan jalan penyelesaiannya sejak awal peristiwa itu bermula. Walhal solusi bagi masalah itu juga tiada sesiapa yang temuinya.
Kap. Aruv : "Sejak Skull dan Meena temui kanak-kanak misteri itu, sejak itulah kita semua di ganggu. Malangnya, Meena tiada di sini untuk saya menanyakan tentang budak misteri itu."
Ethan : "Hei, Shasha...."
Ethan berbisik pada telinga Shasha tanpa di kesan oleh Kapten Aruv. Sejurus itu Shasha berpaling ke arahnya.
Shasha : "Ya?"
Ethan : "Ini Meena pergi ke pulau itu, siapa yang menjaga Piyo?"
Shasha : "Ah, tidak pastilah pula. Dengar katanya, dia minta tolong Juena jagakannya."
Terkejut besar Ethan mendengarkan kata-kata Shasha. Langsung tidak terbayang dek akal bagaimana Juena ditugaskan untuk menjadi pengasuh budak.
Ethan : "Saya tak tahu apa yang akan terjadi kepada budak itu."
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasíaGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...