Chapter 2.27 : 'Hiro, Semangat Bertempur'

320 52 32
                                    

Ethan : "Hmm...."

Ethan masih sibuk mengemaskini data di dalam komputer ribanya.

Shasha : "Dah lima hari tiada sebarang berita daripada dia orang. Adakah dia orang akan okey?"

Ethan : "Tempatnya sangat jauh dari sini. Saya pun risau juga sebenarnya. Mengharapkan yang terbaik sahaja."

Tiba-tiba kedengaran bunyi gagak di dalam bilik pejabat mereka. Sejurus itu, mereka memandang ke arah tingkap yang terbuka luas di situ. Pada kaki gagak itu terdapatnya gulungan kertas kecil.

Shasha : "Eh? Apa ini?"

Dengan berhati-hati Shasha membuka ikatan yang mengikat gulungan kertas pada kaki gagak itu. Penuh debaran Shasha membuka surat tersebut.

Shasha : "Haa?"

Ethan : "Apa bendanya itu, Shasha?"

Shasha : "Ianya surat daripada Johnny."

Ethan meluru ke arah Shasha.

Ethan : "Dia bagitahu apa?"

Shasha : "Dia bagi amaran kepada kita. Jangan benarkan sesiapa pun menghampiri penjara bawah tanah itu."

Lantaran itu, kedua-dua mereka memandang antara satu sama lain. Tanpa membuang masa, Ethan membuat surat amaran dan disebarkan ke seluruh bandar dan kakitangan Pertahanan Guardian.

🌸🌸🌸

Meena : "Lapar betul kau ini."

Meena dan Zihao duduk di dalam hutan sambil menikmati juadah yang telah di panggang elok di atas api.

Zihao : "Haa.... Maaf. Nampak gelojoh sangat sahaja aku ini."

Meena : "Ahahah.... Tak apalah. Makan sahajalah. Tetapi jangan laju sangat. Nanti tersedak pula."

Zihao : "Hmm.... Jadi boleh kau cerita hubungan kau dengan phantom kau?"

Meena : "Maksud kau, Skull?"

Zihao : "Ya. Adakah dia satu-satunya phantom yang masih tinggal?"

Meena : "Ya. Dia sudah tewaskan kesemua phantom termasuk Arzaz."

Zihao : "Begitu.... Jadi memang dialah phantom yang ayah maksudkan."

Meena : "Sekejap? Apa maksud kau phantom yang ayah kau maksudkan?"

Zihao : "Permaisuri sihir hitam itu berkuasa kerana adanya bantuan phantom."

Meena hanya mampu membisu mendengarkan penjelasan daripada Zihao.

Zihao : "Dia sekarang sedang memburu phantom yang masih lagi tinggal."

Meena : "Tak mungkin. Siapa? Adakah ianya Oggeran ataupun Arzaz?"

Zihao : "Aku tak tahu. Aku tak kenal nama-namanya."

Meena : "Sebab itu kita orang yang menjadi sasarannya."

Zihao : "Jadi bagitahu aku. Apa sahaja yang akan membuatkan phantom kau itu terus hidup?"

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now