Chapter 2.45 : 'Jampi Wrath'

255 43 8
                                    

Mirae : "Jadi awak semua datang hendak mencari The Mirage Key?"

Casie : "Ya."

Skull : "Haih.... Kalaulah aku ada kunci Heal Guardian untuk merawat semua?"

Mirae : "Eh, tak mengapa. Saya boleh uruskan."

Skull : "Ada harapan ke untuk dia orang kembali pulih?"

Oda : "Apa yang kau cuba katakan ini? Kau jangan mendoakan benda yang bukan-bukanlah!"

Mirae : "Apa yang saya belajar, setiap penyakit sudah semestinya ada penawar. Saya berpegang teguh dengan apa yang saya belajar. Saya yakin adanya penawar untuk pulihkan mereka."

Skull terkesima dengan semangat Mirae untuk membantu mereka semua.

Skull : "T... terima kasih."

Mirae : "Sama-sama. Sementara menunggu, bermalam sahajalah di sini. Tak akan awak semua nak teruskan perjalanan dengan orang sakit kan?"

Casie : "Terima kasih banyak, Mirae. Awak dah banyak tolong kita orang."

Mirae : "Tiada masalah. Saya sedia membantu. Lagipun awak semua kawan kepada Ash. Jikalau awak mahu berjalan-jalan di kebun saya, silakan. Nak lihat pemandangan ke?"

Casie : "Dengan berbesar hati."

Lantas Casie dan Evelyn berjalan keluar dari rumah Mirae untuk menghirup udara segar. Seorang demi seorang antara mereka keluar daripada rumah tersebut.

Sehinggalah tinggal Skull seorang sahaja yang masih tidak beralih dari tempat duduknya.

Mirae : "Awak tak nak keluar ke?"

Skull : "Tak ada mood nak keluar."

Mirae hanya melepaskan nafas hela setelah mendengar kata-kata Skull.

Mirae : "Ada apa awak mahu berjumpa dengan The Mirage Key?"

Skull : "Aku nak balik ke abad aku."

Mirae : "Maksudnya?"

Skull : "Aku sebenarnya dari seribu tahun akan datang."

Terbuka luas anak mata Mirae mendengar kata-kata Skull.

Mirae : "Macam mana boleh jadi begitu?"

Skull : "Semua ini antara dendam Permaisuri Raja Gerald."

Mirae : "Begitu...."

Skull : "Aku perlu berjumpa dengan The Mirage Key kerana dia ada kuasa yang seakan sama dengan Meena."

Mirae : "Meena?"

Skull : "Pada masa akan datang, Guardian yakni ahli sihir tidak mampu berdiri sendiri. Mereka memerlukan manusia biasa untuk seimbangkan kuasanya."

Mirae : "Jadi Meena itu pasangan yang menyeimbangkan kuasa awak?"

Skull : "Hmm.... She's more than that. She's my fiance."

Mirae : "Aah.... Maaf."

Skull : "Tak mengapa. Sudah hampir setahun aku terkandas pada abad ini."

Mirae : "Tentu ianya sukar buat awak kan?"

Skull : "Ya. Tapi aku tak perlu susah hati. Aku yakin, mimpi ngeri ini akan berakhir tidak lama lagi."

Mirae : "Hmm. Saya yakin awak akan pulang ke abad awak juga nanti. Jangan susah hati ya?"

Tiba-tiba sahaja resah di dada Skull terbang pergi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Mirae.

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now