Chapter 2.54 : 'Perit'

279 44 5
                                    

Brienda sedang mendodoikan anak angkatnya yang masih berusia setahun jagung. Siapa sangka wanita yang begitu lembut ini pada akhirnya bertukar menjadi Permaisuri Kijang yang begitu menggerunkan?

Raja Gerald : "Sayang.... Tengah buat apa itu?"

Raja Gerald mara mendekati isterinya yang tidak lokek berkongsi kasih sayang kepada anak angkatnya. Walaupun Venus hanyalah anak angkatnya, namun pasangan Raja Gerald dan Permaisuri Brienda menjaganya lebih daripada anak.

Brienda : "Shh.... Anak nak tidur ini."

Seraya Brienda menyambung agendanya untuk mendodoikan Venus yang berada di dalam dakapannya.

Raja Gerald : "Maaf...."

Gerak kaki Raja Gerald di atur memeluk sisi Permaisuri Brienda.

Raja Gerald : "Kanda bersyukur adanya permaisuri seindah dinda di dalam hidup ini. Dindalah perhiasan istana yang paling cantik dan istimewa buat kanda."

Brienda : "Kanda ini.... Ada sahaja dia mahu mengendeng sama dinda ya?"

Raja Gerald : "Apa?"

Wajah tidak bersalah Raja Gerald mengukir senyuman pada bibir Permaisuri Brienda.

Brienda : "Tidak apa-apa, kanda yang busuk. Bagaimana dengan urusan istana hari ini?"

Permaisuri Brienda berkata serentak dengan jarinya mengusik lembut rerambut pada wajah Raja Gerald.

Raja Gerald : "Semuanya dalam keadaan terkawal."

Brienda : "Kanda kan? Sudah semestinya semua dalam keadaan baik-baik sahaja."

Raja Gerald : "Pandai pun dinda...."

Perbualan mesra antara dua orang pasangan suami isteri bertukar menjadi serius apabila Raja Gerald menyentuh tentang Venus yang setia berada di dalam dakapan Permaisuri Brienda.

Raja Gerald : "Hmm.... Dinda. Kanda mahu bertanyakan soalan boleh?"

Brienda : "Ya, kanda. Mengenai apa itu?"

Raja Gerald : "Mengenai Venus."

Brienda : "Kenapa dengan dia?"

Raja Gerald : "Ramai isi istana tidak merestui keberadaannya sebagai ahli kerabat di raja."

Brienda : "Kenapa pula begitu?"

Raja Gerald : "Ramai yang menyatakan Venus sama sahaja dengan rakyat biasa. Maka akan berlakunya perbezaan tidak sama darjat dalam kalangan seisi istana sekiranya Venus kekal berada di sini."

Brienda : "Jadi kanda percaya apa yang telah mereka katakan?"

Persoalan daripada Permaisuri Brienda mengunci bibir Raja Gerald daripada berkata dengan lebih lanjut. Seraya Permaisuri Brienda menyambung hujahnya bagi menolak pendapat yang salah dalam kalangan ahli istana.

Brienda : "Untuk menjadi raja yang baik, darjat bukanlah segalanya. Dinda menjaga bayi ini bukanlah atas dasar arahan daripada kanda. Akan tetapi atas dasar ihsan dalam diri. Hak kebajikan kanak-kanak mestilah di jaga tidak kira bagaimana sekalipun. Jikalau bukan kita yang ditakdirkan untuk menjaga bayi ini, maka siapa lagi yang akan menjaganya?"

Serba sedikit pandangan Raja Gerald semakin meluas setelah mendengar penjelasan daripada Permaisuri Brienda. Ada banyak yang betulnya dalam hujah Permaisuri Brienda itu.

Raja Gerald : "Betul kata dinda itu. Maaf.... Kanda tak sengaja terlepas kata. Kita tak sepatutnya membiarkan bayi ini tidak berpenjaga."

Brienda : "Hmm.... Baguslah jikalau kanda sudah mengerti."

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now