Chapter 2.59 : 'Ending'

351 46 18
                                    

Setelah keadaan kembali reda, mereka yang daripada masa lepas bersiap untuk pulang ke abad asal mereka.

Skull : "Apa perancangan kau selepas ini?"

Skull dan Venus duduk berduaan di ruang legar akademi Guardian.

Venus : "Aku pun tak tahu. Mungkin aku akan ambil alih semula pentadbiran ayahanda aku. Gubal semula undang-undang dan mulakan pentadbiran yang baru."

Skull : "Hmm. Aku yakin negara kau akan kembali aman di bawah pimpinan kau."

Venus : "Terima kasih. Bagaimana dengan kau? Apa rancangan kau selepas ini?"

Skull : "Aku mungkin akan teruskan dengan majlis perkahwinan aku dan Meena tak lama lagi. Lepas itu, aku hidup dengan keluarga aku."

Venus : "Hahahh.... Aku sepatutnya tahu itu. Semoga kau kekal bahagia di samping orang yang kau sayang."

Skull : "Kau juga. Aku cuma tak sangka segalanya sudah berakhir. Aku sangkakan semua ini tiada pengakhiran."

Venus : "Hmm.... Setiap yang mula pasti akan adanya akhir."

Skull : "Ye. Betul cakap kau itu. Aku hampir sukar untuk mempercayai apa yang telah aku tempuh selama ini. Terima kasih sebab sudi berjuang di samping aku."

Venus : "Tiada masalah. Aku pun nak ucapkan terima kasih kerana susah-susah untuk hidupkan aku balik."

Skull : "Hmm."

Byung Hee : "Kita hendak bergerak pulang ini. Semua sudah bersedia ke?"

Byung Hee menyeru kesemua mereka yang daripada abad lepas untuk bersedia pulang ke abad asal mereka.

Venus : "Kita orang kena gerak dulu."

Shasha : "Selamat tinggal, semua."

Evelyn : "Ya. Selamat tinggal juga."

Kesemua mereka daripada zaman lepas sudah berkumpul beramai-ramai. Seraya Byung Hee dan Ciel bekerjasama membuka pintu portal ke zamannya.

Venus : "Kita orang minta diri dahulu. Terima kasih atas segalanya."

Ashton : "Kita orang tak akan lupakan kau orang semua."

Johnny : "Jaga diri kau orang semua."

Skull : "Hmm. Selamat jalan."

Maka mereka yang daripada 1000 tahun lampau masuk ke dalam portal tersebut. Terpisahlah mereka semua pada tika itu.

🌸🌸🌸

Zihao : "Aku akan rindukan dia orang semua."

Byung Hee : "Aku pun sama."

Selangkah demi selangkah kaki mereka melangkah sehinggalah ke penghujung portal. Betapa terkejutnya mereka melihat seluruh rakyat jelata sedang berkumpul di hadapan pintu portal untuk meraikan kepulangan mereka.

"Selamat pulang, tuan muda dan rakan seperjuangannya!"

Ternampak jelas susuk tubuh Lucas si pemain seruling sedang mengetuai penduduk di situ.

L

ucas : "Haa.... Aku dah buat apa yang kau suruh, Skull."

Ashton : "Wau...."

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now