Chapter 2.37 : 'Dendam'

277 47 3
                                    

Skull : "Gragh...! Aku tak boleh nak faham apa-apa walaupun maklumat ada di depan mata."

Skull mengusutkan rambutnya tanda serabut dengan situasi yang perlu dihadamkannya.

Skull : "Aiez? Kau faham ke maklumat ini?"

Skull memandang ke arah Byung Hee yang berada disebelahnya. Kelihatannya, Byung Hee juga mengalami kesukaran untuk memahami dokumen yang terbentang luas di hadapan mereka. Satu demi satu Byung Hee menyelak helaian muka surat laporan lepas sejarah istana.

Byung Hee : "Sejujurnya, agak sukar untuk aku memahami setiap perincian ini tanpa kuasa aku."

Casie : "Kau tak boleh nak menggunakan kuasa kau langsung ke Byung Hee?"

Byung Hee : "Setiap kali aku hendak menggunakannya, kepala aku serta merta berpusing."

Skull : "Sama seperti alat peranti pada masa akan datang. Secanggih mana pun teknologi, datangnya cuaca hujan automatik jadi useless."

Byung Hee : "K... kau nak kata aku ini useless ke?"

Skull : "Eh, tak?"

Byung Hee meringkuk di bucu bilik perpustakaan dengan aura yang penuh hampa.

Byung Hee : "Maaf kalau aku ini tidak cukup berguna untuk tolong kita semua."

Skull : "Eh? Woi! Aku cakap sahaja itu. Aku tak ada nak maksudkannya pun."

Oda : "Hmm.... Agaknya betul ke gegaran itu daripada tuan muda?"

Serta merta suasana yang begitu kecoh dek Skull dan Byung Hee punya hal menyepi.

Evelyn : "Ya. Boleh jadi juga yang ianya Ashton bertukar jadi haiwan Hydra itu."

Casie : "Kita kena serang dengan seven deadliest sins lagi ke? Teruklah kalau begitu."

Skull : "Tak. Ianya memang daripada Venus. Dia yang hasilkan gegaran sebelum ini."

Casie : "Wau.... Jujur yang ianya betul-betul gegaran yang sangat kuat. Aku ingatkan bangunan ini akan roboh sahaja."

Oda : "Tapi bagaimana kau boleh tahu yang ianya tuan muda? Kita tertanam di bawah tanah."

Seraya Oda memandang tajam ke arah Skull.

Skull : "Aku hantar Shien untuk memerhatikan dia."

Casie : "Apa? Maksud kau, phantom kau itu ke?"

Skull : "Ya. Apa yang Shien nampak, dia akan maklumkan kepada aku serta merta."

Oda : "K... kalau begitu, apa yang sudah berlaku kepada tuan muda?"

Sejurus itu, Skull menghembuskan nafas hela sebaik sahaja mendengar persoalan Oda.

Skull : "Dia koma."

Membutang anak mata kesemua mereka mendengar kata-kata Skull. Oda sudah hilang kesabaran untuk bergerak ke arah Venus.

Skull : "Kau pergi dan mereka tidak akan lepaskan kau hidup-hidup."

Lantas Oda dengan barannya menarik kolar baju Skull. Satu pergaduhan bakal tercetus antara Skull dan Oda.

Oda : "Kau memang tak ada kesungguhan untuk tolong rakan sepasukan kau kan? Kau tahu tak dia sungguh-sungguh tak nak ke sini tetapi dia ke sini hanya sebab kau!"

Casie : "Hei? Jangan bergaduhlah, kau orang berdua!"

Oda : "Aku kena ajar dia ini sedikit! Aku sudah lama tahan geram dengan dia ini."

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now