Meena : "Piyo?"
Meena sedang duduk bersama dengan Piyo di taman belakang rumahnya. Dia langsung tidak ingat akan janjinya kepada Kapten Aruv.
Secara tiba-tiba, sebuah kenderaaan polis berhenti di hadapan rumahnya. Hairan Meena melihat sebuah kenderaaan polis itu betul-betul parkir dihadapannya.
Meena : "Eh? Ada apa ini?"
Lantas susuk tubuh seorang lelaki sasa keluar daripada perut kereta tersebut. Itulah dia Kapten Aruv, ketua jabatan pertahanan Guardian.
Meena : "Kapten? Ada apa ini?"
Kap. Aruv : "Saya datang nak tuntut janji kamu."
Terpingar-pingar Meena memahamkan apa yang cuba disampaikan oleh Kapten Aruv.
Meena : "Janji apa ini?"
Wajah Kapten Aruv kian mengeruh. Nampak gayanya Kapten Aruv tidak akan berlembut lagi dengan Meena pada kali ini.
Kap. Aruv : "Pegawai Meena.... Nampaknya awak sudah terlupa yang awak bawa balik tahanan saya."
Meena masih lagi dengan wajah tertanya-tanyannya.
Meena : "Tahanan?"
Kap. Aruv : "Budak kecil itu. Kau sudah lupa ke? Enam bulan untuk kau mengajar dia bercakap. Jikalau tidak, aku akan masukkanya kembali ke dalam lokap!"
Barulah Meena terkaku dengan tujuan Kapten Aruv ke situ.
Meena : "Eh?"
Kap. Aruv : "Kamu tak perlu nak eh, eh sangat. Ianya sudah dipersetujui oleh kamu sendiri. Serahkan budak itu!"
Meena : "Nanti, kapten. Kapten tak bergurau kan? Budak ini hanya insan yang tertuduh. Dia tak bersalah."
Kap. Aruv : "Banyaklah, kamu! Perjanjian tetap perjanjian. Saya perlukan jawapan. Saya tak mahukan alasan."
Lantas Meena mendapat buah fikiran.
Meena : "Kapten nak jawapan untuk apa?"
Kap. Aruv : "Apa lagi akal fikiran kamu haa?"
Kapten Aruv menjeling ke arah Meena seolah-olah dia tahu Meena hendak berdalih daripadanya.
Meena : "Tak. Kali ini betul. Kalau kapten perlukan sangat jawapan apa yang sudah berlaku, saya akan hubungi Skull. Dia tahu apa yang sudah berlaku."
Tidak fasal-fasal nama Skull dipetiknya.
Kap. Aruv : "Skull sudah dijumpai ke?"
Meena : "Belum. Profesor Choi reka sebuah teknologi yang menghubungkan saya dengan Skull. Saya boleh bagi Kapten Aruv bercakap terus dengan Skull."
Setelah bertalu-talu di pujuk Meena, akhirnya Kapten Aruv mengalah.
Kap. Aruv : "Hubungi dia sekarang."
Meena : "Baiklah."
Tanpa membuang masa, Meena menghubungi Skull menggunakan komputer ribanya. Hampir beberapa minit, Skull menjawab panggilannya.
Skull : "Meena. Ada apa ini?"
Meena : "Skull.... Tolong aku."
Skull : "Tolong? Kenapa? Apa yang sudah berlaku?"
Lantas ibarat kilat berdentum Kapten Aruv menerjah Skull.
Kap. Aruv : "Betul ke ini Skull?"
Disebabkan terlalu terperanjat, Skull tersedak sebaik sahaja wajah Kapten Aruv memenuhi skrin. Tidak fasal-fasal dia di tarik bersama dalam masalah Meena.
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasiGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...