Byung Hee : "Nggh...."
Dalam keadaan yang lemah, Byung Hee membuka anak matanya. Susuk tubuh seorang wanita bertanduk Kijang sedang berdiri dihadapannya. Disebelahnya pula terdapat susuk tubuh yang sangat dikenali.
Wrath : "Tuanku permaisuri. Inilah dia ahli sihir siber yang tuanku mahukan."
Byung Hee : "Kau.... Kaulah permaisuri yang mencetuskan segala kekacauan ini!"
Wrath : "!أسكت "
Secara tiba-tiba bibir Byung Hee terkunci sendiri setelah mendengar kata-kata jampi Wrath. Dia sangat terkejut dengan tindakan refleks dirinya.
Wrath : "Tak sopan betul bersuara dengan tuanku permaisuri begitu. Show your manners please!"
Byung Hee masih lagi terkaku dengan kaki yang sedikit menggigil dengan tindakan Wrath. Adakah kuasanya sudah menjadi milik Wrath sepenuhnya?
Dengan perlahan Permaisuri Kijang berjalan menghampiri Byung Hee.
"How nice.... Beta tak sabar-sabar nak tunjukkan kepada dunia ini siapa diri beta yang sebenar."
Byung Hee : "T... tuanku, cara tuanku ini salah. Saya tahu tuanku terseksa dengan tindakan orang istana sebelum ini. Tetapi ini bukanlah jalan penyelesaian untuk semua itu. Ada cara yang lebih baik untuk tuanku tuntut bela hak tuanku."
Dengan beraninya Byung Hee bersuara kepada Permaisuri Kijang. Secara spontan, Permaisuri Kijang bertindak dengan mengusap bawah dagu Byung Hee dengan lembut.
"Baiknya kamu ini.... Beta hargai sangat."
Lantas Permaisuri Kijang menghayunkan tangannya pada pipi Byung Hee. Kuku yang begitu tajam telah mengoyakkan kulit pipi Byung Hee. Tamparan tersebut disertai dengan percikan darah hasil daripada torehan pada wajah Byung Hee.
"Aku tak perlukan nasihat daripada kau! Aku tahu apa yang aku cari."
Byung Hee hanya mampu membisu. Dia kini sudah terjerat ketat. Dengan Wrath yang mempunyai kuasa jampi sebutannya, tiada harapan untuk dia ke mana-mana.
"Sekarang ini, bagitahu aku. Apakah rancangan ahli sihir phantom yang sangat susah untuk mati itu?"
Byung Hee terkejut dengan persoalan Permaisuri Kijang.
Byung Hee : "A... apa yang kau mahukan lagi?"
"Aku mahu hapuskan dia di sini. Aku tak nak dia mengganggu rancangan aku pada zaman 1000 tahun akan datang."
Byung Hee : "Aku tak akan bagitahu! Jangan harap."
Permaisuri Kijang tersenyum sinis dengan reaksi Byung Hee. Dia sudah ada jalan penyelesaiannya.
"Wrath?"
Wrath : "Hmmm.... !تكلم "
Byung Hee berusaha keras untuk mengunci bibirnya. Namun dia gagal untuk menghentikan kuasa yang pernah dimiliki dahulu.
Byung Hee : "D... dia orang.... Dia orang sedang mencari The Mirage Key. Itulah satu-satunya harapan untuk Skull musnahkan phantom yang berdamping dengan kau."
Byung Hee menggigil setelah dia membongkarkan rancangan Skull tanpa kerelaannya. Dirinya kini dibebani dengan rasa serba salah yang begitu berat.
Byung Hee : "Tak...."
"Hmm.... The Mirage Key ya? Kalau begitu, Gluttony...."
Seraya susuk makhluk yang menggerunkan menjelmakan diri di hadapan Byung Hee.
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasiGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...