Mao di bawa ke bilik rawatan untuk pemeriksaan lanjut.
Mao : "Sudah hampir tiga tahun aku terperuk pada abad ini."
Shasha : "Tiga tahun? Lamanya."
Ciel : "Tidak selama aku. Aku terkandas dalam abad ini hampir lapan tahun."
Zihao : "Aku belum sampai setahun pun lagi."
Ethan : "Maknanya kau orang berdua dipindahkan pada abad yang berbeza."
Natalie : "Kenapa baru sekarang kita berjumpa dengan mereka?"
Prof. Choi : "Sebab tiadanya aduan. Zaman ini agak huru-hara kerana adanya aduan manusia hilang."
Ethan : "Masuk akal. Sebab itu tiadanya usaha untuk mencari dan menyelesaikan masalah ini pada masa silam."
Zihao : "Sekarang ini, aku tak percaya yang kau ini abang aku."
Mao : "Kita terpisah begitu lama. Kau pun masih lagi bayi ketika mana aku keluar dari rumah itu."
Zihao : "Aku masih lagi tak percaya. Kenapa begitu lama baru aku tahu yang aku ada seorang abang?"
Prof. Choi : "Jangan risau. Skull dahulu pun tidak mengaku yang saya ini abangnya. Sehinggalah ujian DNA yang mengesahkan. Barulah dia hendak terima. Itu pun dia memakan masa yang agak lama untuk menerimanya lagi."
Meena : "Hmm.... Aku tak bolehlah dengan nama Skull. Sampai bila benda ini akan berterusan?"
Melihatkan wajah murung sahabat baiknya, Shasha dengan perlahan menepuk belakang Meena cuba untuk memujuknya.
Shasha : "Awak bawa bersabar ya? Sekejap sahaja lagi. Kita orang semua janji akan bawa semula Skull ke zaman ini."
Natalie : "Ya. Kau janganlah bersedih sangat. Ethan kan ada?"
Ethan : "Hei, what?"
Terkesima Ethan apabila Natalie menyeru namanya tanpa sebarang motif selain daripada hendak mengusiknya. Tanpa mempedulikan Ethan, Natalie sekali lagi mengusiknya.
Natalie : "Kita orang mengharapkan kau, Ethan."
Shasha : "Ahahah...."
Ethan : "Tch.... Awak jangan nak perlekehkan sayalah. Tak nampak ke yang saya sedang bekerja keras sekarang ini?"
Tergaru-garu kepala Ethan memikirkan perihal itu. Selagi kes belum selesai, selagi itulah dia terus dibebani dengan masalah tahap empat itu.
Ethan : "Apa pun, Meena.... Saya akan cuba yang terbaik untuk bawa balik Skull ke dimensi ini. Awak boleh terus mengharap kepada saya. Lagipun, saya tak akan rehat selagi kes ini belum selesai. Saya tak akan mengalah."
Natalie : "Hahahahh.... Macam itulah, Ethan."
Meena terkaku dengan kata-kata Ethan yang cukup meyakinkan.
Meena : "E... Ethan.... Terima kasih."
Ethan : "Tak perlu nak berterima kasih. Skull jugalah yang telah bagi saya peluang kedua untuk kekal berada dalam kalangan awak semua. Jikalau tidak, sudah lama saya di humban sekali ke dalam penjara bawah tanah bersama Karasu."
Zihao : "Urm.... Hello? Isu sekarang ini, fasal lelaki yang sibuk anggap diri dia sebagai abang aku. Back to the topic please?"
Prof. Choi : "Jangan risau. Mengenai itu, saya akan buat benda yang sama seperti dengan Skull dahulu. Saya akan ambil sampel DNA kau orang berdua dan membuat penyelidikan sama ada ianya padan ataupun tidak. Jikalau DNA padan, maka ternyata kamu berdua adik beradik."
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...