Chapter 2.21 : 'Kebenaran Bakal Terungkai'

338 53 71
                                    

Deena sedang merawat lelaki misteri yang telah mereka selamatkan. Hampir keseluruhan tubuhnya berbalut dengan kain pembalut. Mujurlah Deena sudah bersiap membawa kesemua alatan kesihatan dari rumahnya.

Hanya tinggal beberapa sentuhan kecil dan lelaki misteri itu sudah terjaga. Deena bertindak untuk berlari dari situ kerana dikhuatiri lelaki itu akan bertindak untuk menyerangnya sekali lagi.

Akan tetapi lelaki tersebut segera menghambat pergelangan tangan Deena tanpa mencederakannya. Perwatakan lelaki itu jauh berbeza dari kali pertama mereka bersua muka.

"N... nanti. S... saya dekat mana ini?"

Ujar lelaki itu dengan nada yang lembut. Tindakan lelaki itu yang begitu hangat membuatkan rasa gerun Deena hilang serta-merta.

Deena : "Awak hampir lemas dalam lautan Gakushi."

Mendengar sahaja nama lautan Gakushi, kelam kabut lelaki itu hendak bangun. Namun Deena sempat menghalang tindakan lelaki itu.

Deena : "Eh? Awak nak pergi mana ini? Awak cedera parah sekarang ini."

"Saya kena pergi. Saya kena pergi sekarang!"

Deena : "Awak nak pergi ke mana?"

"Pulau Gredutch!"

Terbuka luas anak mata Deena mendengar kata-kata lelaki itu.

Deena : "Kita orang pun nak ke sana juga."

Suasana di dalam bilik rehat itu kian menyepi.

"Apa? Kenapa awak nak ke sana?"

Deena : "Kita orang nak...."

Belum sempat untuk Deena meneruskan percakapannya, Meena dan yang lain-lain sudah masuk ke dalam bilik rehat tersebut.

Johnny : "Deena!"

Dengan pantas Meena menarik kakaknya, Deena menjauhi lelaki itu. Hiro meniup serulingnya dan menghunuskan pedang yang di bentuk daripada serulingnya itu ke arah lelaki dihadapannya.

Hiro : "Berundur."

Deena : "Eh, nanti!"

Meena : "Dia ada buat apa-apa dekat kakak ke?"

Deena : "Tak. Dia tak buat apa-apa pun dekat kakak. Betul apa yang kakak rasakan. Dia tak sedar apa yang telah dia lakukan sebelum ini."

Johnny : "Mana mungkin. Dia mesti tahu punya."

Zihao : "Aku minta maaf sangat-sangat. Apa-apa pun, nama aku Long Zihao. Aku dihanyutkan dari Pulau Gredutch."

Sejurus itu, Zihao memperkenalkan diri dan menjelaskan dari mana dia datang. Lantaran itu, kesemua mereka terkaku tidak bersuara.

Zihao : "Aku ahli sihir perisai."

Meena : "Eh? Kau ahli sihir? Tak!"

Deena : "Ahli sihir?"

Johnny : "Dia akan sumpah kita ke?"

Hiro : "Sekejap.... Kau nak maksudkan ahli sihir itu sebagai Guardian ke?"

Zihao : "Apa? Tak, tak, tak.... Dekat sini kau orang panggil ahli sihir itu sebagai Guardian ke? Oh, sekejap. Ciel. Aku kena berjumpa kembali dengan Ciel."

Meena : "Siapa Ciel? Alfa kau ke?"

Zihao : "Tak. Apa yang kau orang semua katakan ini? Aku langsung tidak faham satu habuk pun."

Kesemua mereka memandang antara satu sama lain. Zihao tidak memahami mereka dan mereka tidak memahami Zihao.

Zihao : "Nanti dulu. Aku di abad apa ini?"

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now