Chapter 2.12 : 'Venus vs Oda'

359 58 51
                                    

Seminggu selepas kejadian tersebut, Meena sudah kembali sihat seperti sedia kala. Dia bergegas ke ibu pejabat Pertahanan Guardian.

'Bam!'

Berdesing bunyi hentakan meja di dalam bilik Kapten Aruv. Apa yang sudah berlaku sehingga Kapten Aruv kedengaran begitu marah?

Kap. Aruv : "Kamu nak ikat jamin budak itu? Atas alasan apa kamu nak mengikat jamin dia?"

Kapten Aruv memandang tajam ke arah Meena yang membuat permohonan untuk membebaskan Piyo. Namun ianya bukanlah semudah ABC apabila dia terpaksa berurusan dengan Kapten Aruv.

Meena : "Saya nak ikat jamin dia atas alasan yang dia tidak bersalah. Dia sudah menyelamatkan saya dalam tragedi sebelum ini."

Kap. Aruv : "Kamu tahu yang saya tidak akan terima alasan begitu. Kamu ingat benda ini boleh di buat main ke? Ini perkara serius. Dia itu makhluk yang berbahaya."

Meena : "Memang benar, Kapten. Piyo tidak bersalah. Saya yang nampak sendiri dia bertukar menjadi makhluk yang sangat kuat. Dia membantu menyelamatkan saya daripada Permaisuri Kijang."

Kap. Aruv : "Kamu kata dia bertukar menjadi makhluk lain?"

Meena : "Ya, Kapten."

Kap. Aruv : "Jikalau begitu, saya kena kuatkan lagi kawalan kepadanya."

Meena : "Tak. Kapten sepatutnya membebaskannya."

Kap. Aruv : "Dia bukan seperti yang kamu jangkakan, Meena. Saya tahu kamu rindukan Skull. Akan tetapi, membebaskan budak itu bukanlah satu tindakan yang selamat."

Meena : "Jikalau begitu, apa kurangnya dengan kapten menahannya? Bukannya kapten boleh menyoal siasat dia pun. Setiap kali dia bercakap, hanya bunyi 'piyo' sahaja yang kedengaran."

Kapten Aruv hanya membisu dan tidak membalas apa-apa tentang bantahan Meena. Barangkali dia sudah malas hendak mendengar penjelasan Meena. Baginya, menahan Piyo merupakan satu-satunya cara untuk memastikan bandar guardian kekal selamat.

Akan tetapi Meena enggan mengalah dengan keteguhan pegangan Kapten Aruv. Dia sedia melakukan apa sahaja agar Piyo terlepas daripada tahanan Kapten Aruv.

Meena : "Tolong.... Saya merayu kepada kapten. Saya sanggup berbuat apa sahaja. Asalkan kapten membebaskan Piyo. Dia hanyalah seorang kanak-kanak. Jikalau ikut undang-undang, kita tidak boleh menahan kanak-kanak di bawah umur. Betul tak apa yang saya katakan ini, kapten?"

Nafas dalam dilepaskan oleh Kapten Aruv.

Kap. Aruv : "Baiklah. Saya akan membebaskan dia."

Kedua-dua anak mata Meena mula bersinar bak mutiara. Akhirnya usahanya telah membuahkan hasil. Namun Kapten Aruv tidak akan membiarkannya pergi begitu sahaja. Lantaran itu, dia menyambung bicaranya.

Kap. Aruv : "Tetapi dengan satu syarat."

Keterujaan Meena terus tertelan bersama air liurnya. Dengan mudah Kapten Aruv memadamkan perasaan gembiranya.

Meena : "A... apa dia syaratnya, kapten?"

Kap. Aruv : "Saya bagi kamu masa enam bulan untuk kamu mengajar budak itu bercakap. Setelah enam bulan, saya akan panggil semula budak itu untuk di soal siasat. Sekiranya dia masih lagi berbunyi 'piyo', saya tidak akan berbelah bahagi untuk menahannya kembali."

Wajah Meena pucat tidak berdarah dengan syarat yang telah Kapten Aruv tetapkan. Sedangkan kanak-kanak biasa pun memakan masa beberapa tahun untuk mahir bercakap. Ini apatah lagi Piyo yang entah dia manusia ataupun bukan.

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now