Chapter 2.13 : 'Darah Di Raja'

377 59 33
                                    

Bandar maju yang sangat sibuk beroperasi hampir 24 jam sehari di tadbir oleh seorang raja yang cukup berwibawa. Tuanku Raja Gerald merupakan satu-satunya raja yang menjadi kesayangan rakyat.

Raja Gerald : "Bendahara, apa laporan isu semasa di pekan sekarang?"

Dengan lemah lembut sang raja bertanyakan kepada bendahara raja. Sungguhpun dia merupakan seorang raja, dia begitu merendah diri orangnya.

"Kita ada bungkusan aneh yang dibiarkan di hadapan pintu istana."

Balas bendahara raja sambil badan melentok tunduk ke hadapan Raja Gerald.

Raja Gerald : "Bungkusan apa itu bendahara? Adakah ianya pesanan orang istana?"

"Patik tidak pasti, tuanku."

Raja Gerald : "Jikalau begitu, biar beta yang periksanya."

Tanpa rasa gentar walaupun sedikit, Raja Gerald mengorak langkah ke stor barang di mana bungkusan yang telah diperkatakan bendahara istana itu berada. Terdapat sebuah kotak kayu yang agak besar terletak elok di tengah-tengah ruang.

Raja Gerald : "Jadi inilah dia bungkusan yang tuan bendahara maklumkan itu?"

"Benar, tuanku."

Raja Gerald : "Berikan beta sebilah pisau."

Sambil tangan Raja Gerald dihulurkan ke arah bendahara raja. Bendahara hanya akur akan titah raja dan menghulurkan sejenis pisau cemeti kepadanya.

Tanpa melengahkan masa, Raja Gerald menetak kotak kayu itu sehingga kepingannya tertanggal sekeping demi sekeping. Hasilnya, kesemua mereka yang berada di situ terkejut akan apa isi yang terkandung di dalam kotak itu.

Terdapat seorang bayi lelaki sedang tidur lena di dalam kotak usang itu. Kulit bayi itu begitu cerah dan rambutnya seakan-akan bercahaya bak mentari.

Raja Gerald : "Gerangan siapakah yang tergamak membiarkan bayi ini tidur di dalam kotak sendirian? Panggil ahli medik istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raja Gerald : "Gerangan siapakah yang tergamak membiarkan bayi ini tidur di dalam kotak sendirian? Panggil ahli medik istana. Arahkan mereka untuk merawat bayi ini."

Satu istana digegarkan dengan kehadiran seorang bayi lelaki secara misteri itu. Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan ke atas bayi itu.

Yang menghairankan, bayi itu hanya menangis di kala waktu malam sahaja. Namun Raja Gerald bersama permaisurinya tidak jemu berjaga memantau bayi itu sepanjang malam.

"Bayi ini dalam keadaan yang sihat, tuanku."

Salah seorang ahli medik istana menyampaikan amanatnya kepada Raja Gerald.

Raja Gerald : "Bagaimana dia boleh sihat jikalau sudah setiap malam dia menangis?"

Raja Gerald kelihatan begitu penat. Ianya sudah hampir sebulan bayi tersebut menangis di kala malam mendatang.

"Apa kata kita buang sahaja bayi ini? Manalah tahu adanya manusia yang lebih mampu menjaganya?"

Bendahara istana menyatakan cadangannya kepada Raja Gerald.

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now