" استيقظ"
Skull : "Urgh...."
Anak mata Skull terkebil-kebil hendak buka sebaik sahaja terdengar suara tersebut. Entah dimanalah dia berada kali ini.
Skull : "A... apa?"
"Aku rasa, aku dah suruh kau bangun?"
Kelibat seorang lelaki sedang terpacak di hadapan Skull.
Skull : "Argh!"
Skull hendak bertindak pergi dari situ. Akan tetapi dia baru sedar dirinya sedang terikat ketat dengan rantai besi. Dia kini berada di dalam sebuah bilik kebal. Hanya berduaan dengan lelaki misteri itu.
Skull : "Apa yang kau mahukan? Mana dia orang semua?"
"Dia orang semua selamat. Kesemuanya dibenarkan masuk ke Pekan Shigami kecuali kau."
Skull : "A... apa? Kenapa? Aku Guardian juga. Maksud aku, ahli sihir."
"Kau ada phantom. Maksudnya, kau ini perumah phantom dan itu berisiko kepada kita orang."
Skull : "Nanti! Dengar dulu, phantom aku di jamin selamat. Aku yang mengawalnya."
"Aku tak akan percayakannya."
Skull terkesima mendengar lelaki itu dengan tegasnya membidas.
"Phantom ini bukan sebahagian daripada ahli sihir. Mereka hanyalah makhluk perosak. Haiwan liar!"
Secara tiba-tiba Shien yang entah dari mana hendak menyerang lelaki yang bermulut lantang itu. Akan tetapi apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu dengan tenangnya mengelak serangan pantas Shien. Itulah pertama kali adanya Guardian yang berjaya mengelak serangan Shien.
"T... tak mungkin."
Shien sendiri tidak mempercayai apa yang telah dilihatnya. Apatah lagi Skull yang banyak bergantung harap kepadanya.
" قف!"
Alangkah terkejutnya Shien, dirinya hanya mampu terdiri kaku di mana tempat dia berada.
Skull : "Shien! Buat sesuatu. Serang dia lagi."
"Urgh...! Aku tak boleh nak bergerak. Apa yang kau telah buat kepada aku?"
Shien memandang tajam ke arah lelaki berambut gelap itu.
Skull : "K... kau tak boleh bergerak, Shien?"
"T... tak! Badan aku mengeras."
Skull : "Tak mungkin. Kuasa jenis apakah ini?"
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...