Skull : "Apa yang kau nak buat dengan seruling itu?"
Hanya senyuman sinis sahaja di balas Oggeran untuk persoalan itu. Dengan perlahan Oggeran bertindak untuk meniupkan serulingnya itu.
Skull : "Halang dia!"
Serentak Karasu dan Skull melancarkan serangan jarak dekat. Kedua-dua mereka ibarat berada di dalam gelanggang tinju. Tanpa sebarang kuasa, hanya berbekalkan tangan yang kosong sahaja mereka berlawan dengan Oggeran.
Namun dalam tika itu, Oggeran mampu mengelak setiap serangan yang ditujukan ke arahnya. Sambil-sambil itu, dia sempat juga meniupkan serulingnya memainkan alunan lagu yang menggerunkan.
Alunan lagu yang dimainkan oleh Oggeran tidak memberikan apa-apa kesan kepada Skull mahupun Karasu. Jadi apa motif Oggeran meniupkan serulingnya itu?
🌸🌸🌸
Piyo hanya tunduk memerhatikan Venus yang nyenyak tidur dipangkuannya. Namun keadaan dirasakan sedikit dingin secara tiba-tiba.
Jasadnya Piyo secara tiba-tiba tidak dapat di kawal. Dia mencapai serpihan kayu yang tajam dan bertindak untuk menikam Venus.
Akan tetapi Piyo masih berusaha keras untuk mengawal tindak tanduknya sendiri. Malangnya, ianya terlalu sukar buatnya. Malahan tangannya sudah tegak di udara bersedia untuk menikam Venus.
Piyo : "Vines.... *Sob.... Vines...."
Hanya suara yang menahan tangisan sahaja mampu dikeluarkan oleh Piyo. Namun ianya tidak mencukupi untuk dia mengejutkan Venus mahupun mengawal tindakannya.
Adakah alunan lagu yang dimainkan oleh Oggeran bertujuan untuk mengawal Piyo?
Dengan kudrat yang kuat oleh Piyo. Dia menolak kakinya sehingga mengejutkan Venus daripada pangkunya. Mujurlah usahanya membuahkan hasil. Terkedu Venus yang dengan mengejutnya terjaga daripada tidur.
Membutang anak mata Venus melihat Piyo yang sedang menghunuskan serpihan kayu tajam ke arahnya.
Venus : "Casie? Kenapa ini? Kau ada nampak sesuatu ke?"
Piyo : "Vines...."
Piyo tidak mampu berkata perkataan lain selain daripada Vines. Hasratnya untuk menyuruh Venus lari daripadanya. Namun hasratnya tidak kesampaian.
Venus : "Casie? Kenapa ini?"
Venus bertindak untuk mendekati Piyo. Seraya Piyo yang kini tidak terkawal menusuk bucu batang kayu pada tangannya itu terus menembusi dada Venus.
Bertambah terkejut Venus melihat tindakan Piyo. Sukar untuk dia mempercayai apa yang telah berlaku.
Venus : "C... Casie.... K... enapa?"
Lantas, darah mulai keluar daripada mulut Venus. Lebih merisaukan, kayu tersebut betul-betul tertusuk pada jantungnya. Piyo yang tidak tahu apa-apa terus meraung melihatkan keadaan Venus yang kini di ambang kematian.
Piyo : "Vines.... *Hiks.... Vines...!"
Dengan lemah Venus meletakkan kepalanya di atas bahu Piyo. Nafasnya kian tidak terurus.
Venus : "Casie.... Aku... susah nak bernafas."
Semakin kuat tangisan Piyo di samping Venus. Mendengarkan esakan Piyo yang semakin deras, Venus dengan lembut mengusap kepalanya.
Venus : "Tak apa, Casie.... Aku tak ambil hati pun. A... aku sayangkan kau, Casie. Aku faham. Aku cuma mahukan kau... sambung tugas aku. Munculkan semula cahaya matahari.... *Koff! *Koff!"
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...