Chapter 2.56 : 'Venus dan Piyo'

291 44 6
                                    

Venus : "*Koff! *Koff! A... apa yang telah berlaku?"

Venus dan Piyo kini sudah tercampak di tengah-tengah tanah lapang yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Seraya melilau matanya mengimbau kembali misi seterusnya.

Venus : "Ah.... Aku... kena timbulkan cahaya matahari."

Tegak kepala Venus mendongak ke langit. Hanya mampu ditatapnya langit yang silih berganti bertukar warna hitam dan merah.

Venus : "Bolehkah aku lakukannya?"

Secara spontan, Piyo memegang tangan Venus yang mahu mengalah sebelum memulakan sesuatu. Wajahnya sayu melihat muka kurang senang Venus.

Venus : "Hmm.... Ya. Aku tak patut berkata sedemikian. Aku perlu berusaha keras terlebih dahulu. Aku tak akan mengalah. Terima kasih, Casie."

Piyo : "Vines...."

🌸🌸🌸

Kembali kepada situasi Skull, pertempuran yang dahsyat bakal sahaja meletus antara dua ahli sihir phantom.

"Kau akan tewas!"

Skull : "Aku pernah tewaskan kau yang akan datang sekali dan aku tak ada apa-apa masalah untuk menewaskan kau pada masa lampau!"

"Tch.... Berlagaknya. Rasakan ini!"

Seraya berterbangan gagak hitam di udara menuju ke arah Skull. Akan tetapi Skull dengan mudah menepis salah seekor gagak hitam itu dengan belakang telapak tangannya. Lantas terbakarnya kawanan gagak hitam itu bak kertas yang merebaknya api.

Terkial-kial mata Oggeran memerhatikan Skull. Belum pernah adanya makhluk yang menepis serangannya semudah itu.

"Kau...."

Skull : "Kau ke mari...!"

Dengan sepantas kilat Skull melompat menerjah Oggeran yang dengan senang-lenangnya terapung di udara. Seraya langit bergelombang cahaya merah dan hitam sepertimana aurora di kutub selatan.

Seluruh penduduk bumi tidak terkecuali menyaksikan fenomena yang sebegitu dahsyat itu.

Johnny : "Kuasa dia orang itu memang gilalah."

Zihao : "Tiada pembukaan untuk aku mencelah dan menolong."

Ethan : "Ibarat tempah maut sahaja jikalau kita masuk campur."

Shasha : "Menakutkannya...."

🌸🌸🌸

Fenomena itu juga turut sama disaksikan oleh Venus dan Piyo.

Venus : "Aku kena bertindak segera. Skull mungkin dalam bahaya."

Piyo : "Vines....

Seraya Piyo menghulurkan telapak tangannya untuk menghulurkan semangat kepada Venus.

Venus : "Casie...."

Dengan perlahan Venus mencapai tapak tangan Piyo. Serba sedikit hatinya kembali bersemangat untuk kembali berjuang.

Venus : "Wish me luck."

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now