Sedang-sedang Skull nyenyak tidur di atas katil empuknya, kedengaran satu suara yang mengganggu mimpinya.
"Skull...."
Semakin lama semakin dikenali suara itu. Ketika itulah Skull terjaga daripada tidurnya yang lena.
Skull : "Haa?"
"Skull.... Kau dekat mana?"
Skull : "Ini seperti suara... Meena."
Sekali lagi suara itu bergema di dalam bilik Skull. Skull hanya membisu dan fokus mendengar untuk memastikan adakah benar itu suara Meena.
Sehinggalah suara itu menjerit dengan begitu nyaring.
Skull : "Meena!"
Tanpa berlengah masa, Skull terus bangun daripada katilnya dan berlari ke luar bilik untuk mencari Meena.
Sesaat Skull keluar daripada biliknya, alangkah terkejutnya Skull dia sudah berada di kawasan penjara bawah tanah yang seringkali menghantuinya. Skull terus terduduk dek kerana terlampau terkejut dengan apa yang telah dilihatnya.
Apakah yang sedang berlaku? Kepala Skull dipalingkan ke belakang untuk melihat jalannya masuk sebentar tadi. Malangnya, jalan tersebut sudah bertukar sepenuhnya menjadi lokasi penjara bawah tanah.
Skull : "A... apa yang sedang berlaku? Aku sedang bermimpi lagi ke? Tak mungkin.... Bangun! Bangunlah cepat! Aku tak nak masuk dalam mimpi ini...!"
Skull menggenggam erat kedua-dua belah kepalanya. Sudah seperti orang kerasukan gayanya. Begitu fobianya Skull dengan mimpi itu.
Namun sekuat mana pun Skull usaha, jasadnya di dunia realiti masih tidak bernyawa di buai mimpi ngeri itu. Nafas Skull semakin deras mencari idea untuk membangunkan dirinya.
Tidak lama kemudian, suara Meena memanggil Skull sekali lagi bergema di udara.
"Skull.... Aku dekat mana ini?"
Skull : "Meena...."
Skull menggagahkan kakinya untuk berdiri demi mencari Meena.
Skull : "Apa pun yang kau buat, jangan sesekali kau nak mengapa-apakan Meena!"
Dengan keberanian yang masih terbuku di dalam diri Skull, dia terus berjalan ke arah suara Meena. Suhu penjara yang begitu rendah melemahkan lagi tindak tanduk Skull.
Asap kini keluar daripada hembusan nafas Skull menandakan dirinya kini dalam kesejukan. Semakin kakinya berjalan, semakin sejuk rohnya terasa.
Skull : "Huu.... Meena! Kau dekat mana?"
Namun tiada balasan daripada Meena kali ini. Hanya bergemakan suara Skull seorang sahaja di situ. Skull mulai ragu-ragu adakah benar suara tadi itu milik Meena?
Skull : "Woi! Kau jangan main-mainlah dengan aku! Kau pergi balik ke tempat asal kau! Kau nak buat apa dekat sini? Apa motif kau mengganggu aku?"
Dengan nyaring beriringan dengan serak basah suara Skull melafazkan kata-kata itu.
Tidak lama kemudian, Skull ternampak susuk seorang perempuan di dalam bilik salah satu penjara tersebut.
Skull : "S... siapa?"
Daripada belakang, Skull menghampiri wanita misteri itu.
Tiba-tiba terdapat gelombang berwarna biru muncul di hadapan wanita itu. Sejurus wanita itu berpaling untuk melarikan diri.
Ianya sememangnya Meena yang sedang berdiri di hadapan Skull itu.
Meena : "Skull!"
Gelombang biru itu mulai menyedut segala benda yang berada berhampirannya.
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...