Chapter 2.17 : 'Menuju Pulau Gredutch'

327 57 17
                                    

Meena : "Kak Deena, di sini!"

Meena memanggil kakaknya yang sudah tiba di perhentian kereta api.

Johnny : "Adakah ianya hanya perasaan aku atau Deena memang nampak semakin cantik sekarang?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Johnny : "Adakah ianya hanya perasaan aku atau Deena memang nampak semakin cantik sekarang?"

Secara spontan Hiro menyiku perut Johnny dengan kuat setelah telinganya mendengar kata-kata Johnny.

Johnny : "Urf!"

Hiro : "Kau jangan nak mengada-ngada. Misi kita untuk lindungi mereka dari sebarang jenis ancaman. Bukannya nak memikat dia orang."

Johnny : "Ish.... Aku tanya sahaja."

Hiro : "Tak boleh. Dari mula-mula kau nak bertanyalah datangnya niat sampingan."

Johnny : "Hmm.... Kenapalah kau ini terlalu serius?"

Sambil-sambil mereka berdua bertengkar, Deena pun menegur mereka dengan sapaan yang penuh ramah.

Deena : "Hai, Johnny! Hello, Hiro! Lama tak berjumpa dengan kau orang berdua. Sihat ke semuanya?"

Johnny : "Eh, Deena.... Y... ya. Kita orang sihat sahaja. Lama juga tak dengar khabar awak."

Hiro pantas menjeling ke arah Johnny. Gaya Johnny bergoyang sambil bercakap dengan Deena menggambarkan sejuta makna.

Meena : "Kau orang berdua tunggu sini sebentar. Aku dengan Kak Deena nak pergi beli tiket."

Johnny : "Yosh.... Hati-hati."

Deena : "Jangan nakal-nakal ya?"

Seraya Deena dan Meena berjalan pergi meninggalkan Johnny dan Hiro di ruang menunggu. Mata Johnny tidak lekang memandang ke arah Deena.

Akan tetapi Hiro sekali lagi tidak memberikan Johnny peluang keemasan itu. Tusukan siku tajam Hiro menusuk dengan lebih dalam pada abdomen Johnny.

Johnny : "Argh!"

Hiro : "Apa kau ini? Menggatal ke?"

Johnny : "H... Hiro.... Sakit kau menghentam perut aku...."

Hiro : "Aku tak akan berbuat sedemikian sekiranya kau tidak sewenang-wenangnya nak buat apa yang kau suka."

Johnny : "Apa sahaja yang aku dah buat?"

Hiro hanya menayangkan wajah geramnya ke arah muka tidak bersalah Johnny. Sungguh dia tidak sedar apa yang telah dia lakukan yang padanya salah di mata Hiro.

Hiro : "Ah, sudahlah kau. Lebih baik aku fokus untuk misi kali ini."

Johnny : "Ahahah.... Janganlah kau risau. Aku tak akan buat apa-apa benda yang peliklah. Tapi betullah yang kau tak perasan kembar Sonoko itu sangat cantik setiap kali mereka membesar? Baik Meena mahupun Deena."

Guardian Academy : The Daze Dungeon©Where stories live. Discover now