Meena : "Ethan? Ada apa-apa perkembangan ke?"
Meena meluru ke arah Ethan yang tidak jemu-jemu terperuk di dalam bilik pejabatnya. Wajah yang kusam jelas kelihatan pada wajah Ethan. Sementara Zihao dan Ciel hanya duduk bermenung disampingnya.
Ethan : "Saya minta maaf, Meena. Buat masa sekarang ini, tiada apa-apa perkembangan lagi yang saya dapat maklumkan."
Meena : "Tiada apa-apa panggilan daripada Skull ke?"
Ciel : "Jangan kata panggilan, aku nak hubunginya pun tidak kesampaian."
Meena : "Apa yang sudah berlaku? Apa yang kau cuba maksudkan dengan tidak kesampaian itu?"
Ethan : "Panggilan tidak dapat disalurkan kepada Skull tanpa sebab."
Meena : "Macam mana boleh jadi begitu?"
Ciel : "Apa yang aku pernah cakap sebelum ini, Meena?"
Meena : "Kau hanya boleh menghubungi orang yang aku perlukan sekiranya adanya teknologi."
Ciel : "Benar. Sekarang ini, setiap kali saya cuba menghubunginya dengan menggunakan peranti yang sama, apa yang kami dapat ialah bunyi desiran yang membingitkan telinga."
Meena hanya mampu membisu di sebelah mereka. Seraya, Zihao melepaskan nafas hela di hadapan mereka.
Zihao : "Aku risau ini. Ada apa-apa yang terjadi ke kepada Aiez?"
Ethan : "Kalau keadaan ini berterusan, kita mungkin akan kehilangan jejak Skull."
Meena : "Kita tak boleh biarkan perkara ini berlaku."
Ciel : "Bagi aku, hanya boleh jadi dua sahaja. Sama ada budak yang menjadi perantaraan kita sengaja memutuskan siaran ataupun dia sudah mati."
Sejurus itu, berpuluh-puluh bilah pedang muncul di sekeliling Ciel. Berpeluh Ciel yang berada di situ.
Zihao : "Kau jangan cakap sebaranganlah! Kau nak mati ke?"
Ethan : "Hei? Apa yang kau orang cuba lakukan ini? Jangan buka kes pembunuhan dalam bilik pejabat aku."
Ciel : "Aku cakap benda yang betul ini. Tak mustahil dia sudah mati."
Zihao : "Kau ini memang tidak sayang nyawa betullah."
Meena : "Tapi... kalau dia bersama Skull, tidak mungkin dia mati."
Kata-kata ringkas daripada Meena telah menghentikan tindak tanduk Zihao dan Ciel.
Ethan : "Aku setuju dengan kata-kata Meena."
Ciel : "K... kenapa kau orarng berdua terlalu yakin?"
Ethan : "Ketika perang langit merah berulang, tiada seorang pun antara kami yang maut. Skull menjaga setiap dari kami semua bahkan keseluruhan penghuni pekan ini daripada diapa-apakan oleh Arzaz dan Oggeran."
Hujah daripada Ethan cukup kuat untuk menyokong kenyataannya.
Zihao : "Adakah dia cukup kuat?"
Meena : "Satu-satunya phantom yang terus hidup dalam pertempuran antara tiga phantom. Apa lagi yang perlu dibuktikan?"
Terdiam kaku Zihao mendengar kata-kata Meena.
Ciel : "Hairan. Kalau begitu, dia sengaja memutuskan panggilan aku ke kalau dia tak mati?"
Zihao : "Aiez tak mungkin akan berbuat begitu."
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...