Skull : "Hmm.... "
Skull terjaga dari tidurnya. Dia berada di alam mimpi. Terkial-kial anak mata Skull melilau ke kiri dan ke kanan.
Skull : "Shien.... Kenapa kau bawa aku ke sini? Aku betul-betul letih sekarang ini."
Disangkakan makhluk yang akan menyapa Skull adalah Shien. Akan tetapi sebaliknya yang menyapanya adalah manusia yang sangat dirinduinya.
Meena : "Skull? Aku di mana ini?"
Mendengar sahaja suara wanita yang dirinduinya, bingkas Skull bangkit daripada baringnya.
Skull : "M... Meena."
Skull berdiri di hadapan Meena.
Skull : "Betul ke ini kau?"
Meena : "Betullah. Apa yang kau merepekkan ini? Aku di mana ini?"
Skull hendak bertindak memeluk tubuh Meena. Namun apa yang berlaku, tubuhnya hanya berlalu melepasi Meena. Seolah-olah Meena ialah manusia halimunan yang tidak boleh di sentuh.
Skull : "M... Meena.... Kenapa aku tak boleh sentuh kau?"
Meena : "Aku tak tahu. Kau ke mana, Skull? Kau... masih hidup ke?"
Mata kasar Meena mulai berkaca.
Skull : "Aku masih hidup. Cumanya aku di abad lain."
Meena : "Abad lain?"
Skull : "Gelombang biru sebelum ini telah memisahkan zaman kita."
Meena : "Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang?"
Skull : "Aku.... Aku pun tidak pasti. Aku cuba untuk bertemu dengan The Mirage Key. Manalah tahu dia ada solusi untuk masalah ini."
Meena : "Aku harap yang kita boleh bertemu kembali seperti dahulu."
Skull : "Aku janji kita akan berjumpa semula. Aku akan pastikan yang aku akan kotakan kata-kata aku ini. Kau tunggu aku tau?"
Angguk perlahan beriringan dengan senyuman manis terukir pada wajah Meena.
Meena : "Aku akan tunggu kau."
🌸🌸🌸
Skull : "Hmm...."
Anak mata Skull terbuka dari lamunan mimpinya. Langit masih lagi gelap menandakan hari masih lagi lewat.
Skull : "Aku janji yang aku akan balik semula."
Dengan perlahan Skull duduk daripada baringnya. Dia hanya berehat berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah.
Lantaran itu dia berpaling ke arah Venus yang bertindak untuk menyelinap pergi dari situ.
Skull : "That bastard...."
Sekelip mata Skull menjelmakan tembok tulang rusuknya menutup laluan Venus.
Skull : "Woi? Kau nak ke mana itu?"
Venus : "Kau nak buat apa?"
Skull : "Tak ada apa-apa. Hanya perlukan bantuan."
Venus : "Bantuan?"
Skull dan Venus duduk berduaan di sekitar unggun api. Seraya Skull menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya.
Venus : "Kau bukan dari abad ini?"
Skull : "Ya. Aku perlukan bantuan untuk pulang ke zaman aku dan tewaskan Permaisuri Kijang."
Venus : "Jadi kau buat apa ke sini?"
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasyGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...