Oda : "Bagaimana keadaan Skull?"
"Dia masih lagi belum sedar. Kecederaan dia agar kritikal."
Oda, Skull, Casie dan Venus berada di bilik hotel mereka. Seorang perawat tradisional dihubungi untuk merawat Skull.
"Tulang rusuk dia patah. Manakala tangan kanannya bengkok dan patah teruk. Tidak lupa juga pendarahan pada belakang kepalanya."
Oda : "Kuatnya makhluk itu. Skull dikerjakan dengan sangat teruk."
Casie : "Tetapi apa yang phantom Skull sudah lakukan kepada makhluk Gluttony itu?"
Venus : "Aku pun tidak pasti. Seolah-olah dia menjampi sesuatu kepadanya. Terus sahaja lintang pukang Gluttony itu berlari pergi."
Oda : "Aku tidak faham apa-apa."
Casie : "Aku akan ceritakan semula."
🌸Imbas kembali🌸
"Tiada seorang pun antara makhluk durjana seperti kau semua terlepas daripada aku setelah kau semua cederakan Skull."
Sebaik sahaja Shien berkata sedemikian, makhluk Gluttony berpusu-pusu berlari ke arahnya.
"Dark web nightmare."
Sejurus itu, terpancarnya lingkaran di setiap satu makhluk Gluttony. Itulah pertama kali Shien menggunakan kuasa magis berbanding dengan kekuatan fizikalnya.
"Selamat malam. Bagitahu dengan permaisuri bertanduk kau, selamat malam. Jangan lupa untuk bermimpi ngeri."
Serta merta lingkaran yang berada disekeliling Gluttony bersinar dengan cahaya yang memedihkan mata. Malap sahaja cahaya itu, makhluk Gluttony bingkas berlari pergi dari situ ibarat di kejar oleh hantu.
🌸🌸🌸
Casie : "Aku peliklah. Makhluk aneh itu terus sahaja berlari selepas terkena serangan phantom Skull."
Oda : "Barangkali ianya jampi sumpahan yang begitu kuat."
Venus : "Aku setuju itu. Maksudnya makhluk phantom itu ada cara untuk menewaskan Permaisuri Kijang."
Casie : "Ya."
Secara tiba-tiba kedengaran suara desahan yang datang daripada Skull. Justeru kesemua mereka berfokus ke arah Skull.
Casie : "Skull. Kau dah sedar? Kenapa ini? Kau masih terasa sakit?"
Skull : "S... sakit.... Tapi aku ada rasa benda lain juga. Sesuatu yang kecemasan."
Memucat wajah mereka sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Skull.
Venus : "Kau ada rasa nak mati ke?"
Skull : "Bukan itulah, tak guna!"
Venus : "Habis itu? Dalam keadaan kau yang begini, mati sahajalah yang dekat dengan kecemasan."
Oda : "Pfft...."
Dahi Skull terukir aluran kerut tanda geram dengan kenyataan Venus. Pulanya Oda kelihatan seronok menertawakannya.
Skull : "Kau memang nak aku mati ke?"
Casie : "Hahahh.... Aku pun terfikir seperti Venus juga pada awalnya."
Semakin berasap telinga Skull di situ.
Skull : "Kau orang semua ini memang tidak membantu langsung."
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
FantasiaGENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jad...