BAB 6

204 5 0
                                    

Qisya yang membasuh tangan di sebelah mereka hanya diam dan tersengih sahaja mendengar nama Nazrin di puji-puji. Sebaik Qisya keluar dari tandas ternampak dua pelajar juniornya tadi berbual mesra dengan Nazrin. Qisya cepat-cepat mahu lari dari situ kenapalah banyak-banyak universiti Nazrin perlu mengajar di sini dan lagi kenapa banyak-banyak fakulti di universiti kenapalah mesti fakulti ini. Qisya berjalan masuk ke Studio Seramik 6 yang dekat dengan tandas. Namun sebelum dia masuk sempat dia mengintai kalau-kalau ada pensyarah.

'Hoi merayap!' Jerit Amirah yang sibuk menghadap komputer ribanya.

'Aku.. aku pergi tandas tadi singgah sini kejap tengok masyarakat tanah liat.' Selamba Qisya berkata dan jalan menuju ke arah Amirah.

'Masyarakat tanah liat kau cakap.' Tambah Raudah pula yang membawa baldi penuh tanah liat.

'Hahahah ini tanah liat sesuailah kan, Haikal yang suka panggil kau orang macam tu salahkan dia.' Suka Qisya mengusik orang.

'Meh sini kau, aku bagi sikit tanah liah.' Raudah sudah siap-siap mahu mengejar Qisya.

'Alamak sorry, sorry aku main-main je.' Qisya berundur laju ke belakang tanpa perasan yang dia terlanggar seseorang.

'Ya Allah sorry, sorry.' Qisya segera meminta maaf dan sebaik dia berpusing air liur yang di telan rasa seperti batu tapi macam pernah telan batu.

'It's okay, lain kali keluar studio tu tengok depan ye.' Ujar Nazrin lembut dan tersenyum manis.

'Maaf En. Nazrin, saya tak perasan. Maaf sangat.' Pinta Qisya lagi. Dia makin keliru betul ke ini Nazrin yang dia kenal.

'Tak apa.' Nazrin masih tersenyum manis dan berlalu pergi.

'Kaulah ni Raudah nasib baik aku tak jatuh.' Qisya menyalahkan Raudah yang tercegat depan pintu studio.

'Nasib baik aku tak baling tadi. Tapi sweetnya En. Nazrin tadi dia tak marah kau pun.' Raudah tersengih sambil melihat Nazrin dari jauh.

'Gatal.' Qisya hanya melihat Raudah yang tersengih-sengih melihat Nazrin.

'Sweet? Dia tak pernah baik dan senyum macam tu.' Qisya masih keliru siapa sebenarnya Nazrin itu.

Qisya tefikir sesuatu yang pelik tentang Nazrin.

'Kejap kenapa dia boleh jadi pensyarah seni, rasa dulu dia hebat sukan. Musykil sungguhlah.' Qisya mengaru dagunya yang tidak gatal.

'Aku tak tahu pula lelaki macam tu ada minat dalam benda macam ni.' Qisya masih sibuk memikirkan bagaimana Nazrin boleh ambill bidang lain.

'Lainlah aku memang ambil seni pun kejap tapi aku bukan tahu pun dia ambil apa masa STPM. Ah biarlah buat apa fikir pasal mamat tu. Tapi aku harap dia betul-betul dah bertaubat dan sebab itu dia buat-buat tak kenal aku.' Qisya malas berfikir walaupun dia yang mula berfikir tentang Nazrin.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now