BAB 8

182 3 0
                                    

Qisya berjalan di dalam kedai serbenaka untuk mencari barang. Hari cuti, jadi inilah masa bagi pelajar-pelajar untuk membeli-belah.

'Qisya kejap ye aku cari barang.' Ujar Atirah lalu meninggalkan Qisya yang masih sibuk di tempat DIY (Do It Yourself).

'Never changes.' Kedengaran satu suara yang membuatkan Qisya serta merta terkaku. Dengan perlahan dia memandang ke arah suara lelaki tersebut. Wajah selamba Nazrin mengangkat tangan tanda 'Hai'. Wajah Qisya sudah pucat mahu sahaja dia lari pecut meninggalkan Atirah namun di matikan niat tersebut.

'Er, En.Nazrin. Hai.' Ujar Qisya sedikit tergetar.

Nazrin diam seketika dan tiba-tiba ketawa.

'Hahaha, kenapalah dari dulu aku tak jadi cikgu dekat sekolah kalau tak mesti kau hormat and boleh cakap lembut-lembut, cakap baik-baik dengan aku.' Nazrin semakin mendekatkan jaraknya dengan Qisya. Jarak mereka yang hampir satu meter menjadi setengah depa sahaja.

'Em.' Qisya yang menudukkan wajah dari tadi terus mengangkat wajahnya dan melihat Nazrin. That's enough! Kata hati Qisya sudah penat dengan permainan Nazrin dan dia mahu berterus terang sahaja.

'So, kau memang ada motif nak mengajar dekat sini. Apa masalah kau sebenarnya?' Qisya masih cuba mengawal kemarahan dan suaranya agar tidak terlalu tinggi.

'Wow, you back. Now this real Qisya that I know.' Nazrin tersengih selamba dan tidak menjawab soalan Qisya.

'Nazrin tak bosan ke kau ganggu hidup aku dulu. Aku tak faham apa salah aku dekat kau?' Tegas sahaja suara Qisya. Wajah Nazrin nampak berubah.

'Aku salah cakap ke.' Terdetik di hati Qisya.

'Hahaha bosan kenapa pulak aku nak bosan buat perkara yang aku suka.' Tergelak Nazrin dibuatnya.

Qisya ingatkan wajah Nazrin berubah sebab terasa dengannya. Memang tidaklah lelaki ini akan terasa dengan kata-katanya.

'Apa ma...' Qisya tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila Nazrin membuka langakah lalu berdiri disebelah Qisya. Suka betul Nazrin ni potong ayat Qisya

'Kau masih ada hutang dengan aku. By the way, that bracelets still looks nice.' Puas mengusik Nazrin berlalu pergi meninggalakan Qisya terpingga-pingga.

'Barcelet?' Qisya membelek gelang tangan pemberian Balqis semasa hari jadinya. Dia segera mematikan lamunannya bila Atirah menghampirinya.

'Kenapa Atirah macam cari something je?' Soal Qisya bila dia lihat wajah Atirah yang seakan mencari sesuatu.

'Tadi macam nampak En. Nazrin. Tapi bukan agaknya, jomlah.' Ujar Atirah sambil menarik troli barang mereka.

'Pelanduk dua serupa agaknya.' Qisya cuba untuk hilangkan gugupnya.

'Maybe.' Atirah mengiyakan sahaja.

Qisya memusingkan tubuhnya sedikit dan terkejut dia melihat Nazrin masih ada di situ sambil memandangnya dan cepat-cepat dia menolak troli agar Atirah tidak perasan akan kehadiran lelaki itu.

'Psycho.' Geram gadis itu di buatnya. 

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now