Nazrin hanya mampu memerhatikan dari jauh sahaja. Buat masa sekarang Qisya di keliling rakan-rakannya kerana kaki Qisya yang terseliuh. Nazrin takut jadi gossip pula bila dia nampak sangat terlalu ambil berat pada Qisya. Tapi ada terselit sedikit rasa di hatinya bila lama tidak melihat reaksi Qisya jika di usik. Buat masa sekarang perkara yang di hajati di hati perlulah di tangguh dulu itu syarat Qisya sendiri.
'Nazrin, ummi Qisya dah call yang Qisya dah bagi kata putus tapi dengan syarat.' Puan Mariam diam seketika.
'Syarat apa ibu? Dia main syarat-syarat pula.' Nazrin mengeluh perlahan.
'Dia terima tapi hal tunang apa semua tu nanti keluarga mereka putuskan dan yang paling penting biar dia habis belajar dulu dan Nazrin tak boleh cakap hal ini langsung.' Ujar Puan Mariam tenang.
Nazrin teringat syarat-syarat yang Qisya tetapkan. Sebenarnya Nazrin merasa Qisya bijak berbuat keputusan. Tapi dia masih ingin tahu bagaimana Qisya boleh terima pinangan dia.
Qisya mengeliat sedikit membetulkan pinggangnya yang duduk lama sangat. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.
'Nak apa orang tua ni.' Qisya teragak-agak mahu mengangkat panggilan itu.
'Yang tenung lama sangat tu buat apa ?' Perli Nazrin di hujung talian.
'Macam mana dia tahu.' Qisya memandang ke pintu. Lalu menghantarkan pandangan yang tajam.
'Memanglahkan zaman sekarang cakap guna handphone sahaja.' Ujar Qisya dengan nada sinis.
'Kau nak aku masuk cakap ke ? Aku okay saja tapi nanti kaulah yang tak senang duduk.' Usik Nazrin. Lega dia melihat keadaan Qisya semakin baik.
'Tak apa duduk ja dekat luar tu. Nak apa call ni ? Makin di layan nanti makin menjadi pula Nazrin.
'Kaki kau dah okay ke?' Soal Nazrin yang sudah berjalan ke tempat lain. Tadi dia sengaja singgah sekejap di studio.
'Ingat nak tanya apalah. Alhamdulilah sekarang makin baik.' Qisya melihat kakinya yang masih berbalut tetapi tidak setebal hari pertama.
'Yelah, aku bukan kawan-kawan kau boleh pergi terus dekat kau. Tengok keadaan kau ambil berat.' Ada yang pelik dalam nada Nazrin. Seperti merajuk.
'Hahaha peliklah kau cakap macam tu. Okay, tapi kira baguslah kau call aku terus.' Sempat pula Qisya ketawakan Nazrin.
'Apa yang pelik? Kejap. Apa? Kau? Amboi memanglah dalam phone tapi kita masih di fakulti.' Sejak jadi pensyarah ini Nazrin pantang sungguh bila Qisya memanggil 'kau' jika mereka dalam kawasan universiti.
'Habis tu takkan aku nak panggil nama terus.' Qisya sudah mengetam giginya.
'Kantoi nanti.' Ujarnya lagi
'Kantoi? So kira kau macam setujulah kita ada hubungan macam ni.' Usik Nazrin, senyum sampai ke telinga. Kalaulah Qisya nampak mahu di kutuk lelaki itu di depan-depan
'Sudahlah aku banyak kerja, kalau tak benda nak cakap aku off.' Qisya rasa berdebar pula tiba-tiba. Malu.
'Yelah, yelah Nur Qisya Ahmad. Aku tahu kau busy. Bye. Assalamualaikum.' Nazrin menamatkan panggilannya.
'Waalaikumsalam, kenapa jantung aku ni. Hish, astagfirullahalazim.' Qisya menampar perlahan pipinya supaya kembali sedar.
Hari ahad dapatlah mereka berehat untuk satu hari. Melepaskan tekanan yang pelbagai itu.
'So, kira kau setujulah dengan dia?' Soal Leya dia betulkan kedudukan badannya yang bersandar pada palang katil.
'Haah, entahlah aku pun tak tahu kenapa susah sangat aku nak 'say no' maybe sebab ummi dengan abah terjebak sama agaknya.'Tenang sahaja tuturnya namun matanya menatap komputer riba yang menayangkan drama korea.
'So, kira korang akan tunanglah. Qisya cepatnya cakap nak pergi Korea dengan aku sebelum kahwin.' Tambah Leya lagi dipeluk erat patung kucing pemberian Atirah hari jadi tahun lepas.
'Aku just terima, tapi aku tak cakap nak tunang ke apa, lagi-lagi kahwin dalam jangka tahun yang dekat ni. Don't worry my beloved friend aku akan tunaikan janji kita iaitu pergi Korea before kita kahwin.' Yakin sungguh Qisya. Tetapi hakikatnya dia tidak pasti adakah pertunangan akan di jalankan dalam jangka yang terdekat atau tidak terjadi langsung.
'Eleh, tiba-tiba habis ja belajar ni mahu bulan 12 aku dapat kad kahwin.' Perli Leya
'Jangan risau kata putus semua dekat aku.' Angkuh pula gaya Qisya.
'Kau tak takut ke En. Nazrin cari lain?' Selamba Leya menyoal begitu. Qisya diam agak lama.
'Hahaha kalau macam tu lagi bagus. Boleh aku cari orang lain.' Perkara itu seperti tidak menjadi masalah pada dia.
'Amboi senangnya dia cakap.' Ujar Leya menolak bahu rakannya itu.
'Dah lah aku tak focus nak tengok cerita ni.' Qisya malas mahu berpanjanh-panjang dan mengubah tajuk cerita dia.
Qisya berfikir semula ikhlas ke dia, redha ke atau ini semata-mata kerana Ummi dan Abah. Dia mengeluh perlahan, walaupun matanya masih setia pada skrin laptop namun otaknya sedang ligat memikirkan masalah yang dia hadapi ini.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...