BAB 17

139 3 0
                                    

'Kejam sangat ke cara aku tadi.' Nazrin meraup wajahnya perlahan. Dia sedar ada kesilapan yang dia buat tadi.

Qisya berjalan laju sambil memakai helmet. Dia berjalan sehingga tidak sedar akan orang di sekeliling dia.

'Awak nak pergi mana ?' tegur satu suara membuat dia berhenti. Nazrin. Nazrin betul-betul di hadapan dia.

'Saya...' Belum sempat Qisya nak bercakap.

'Awak tahu ini masih waktu kelas saya kan? Kenapa awak keluar suka hati macam tu?' Marah Nazrin pada Qisya membuat gadis itu tersentak. Kebetulan waktu itu Ketua Program, En.Rahmat lalu di situ.

'Kenapa ni Nazrin saya dengar suara awak dari jauh.' Tegur En. Rahmat.

'Tak ada apa En. Rahmat ni ada student problem sikit.' Jawap Nazrin sambil tersenyum.

'Problem? Awak Qisyakan ada masalah apa ni ?' Soal En. Rahmat dengan wajah aneh.

'Qisya, eh En. Nazrin, En. Rahmat Assalamualaikum. En. Nazrin sorry saya mintak izin nak keluar guna Whatsapp.' Ujar Leya yang datang dari parking motor.

'Oh, awak yang nak bawak kawan pergi Pusat Kesihatan tu ?' Soal Nazrin dan dia sudah bau satu kesalahan yang dia buat.

'Haah, Qisya yang saya nak bawak tu. Maaf En. Nazrin, En. Rahmat kami beredar dulu.' Leya meminta diri secara hormat lalu menarik Qisya perlahan.

Sambil jalan menuju ke parking motor Qisya memandang belakang melihat Nazrin terpingga-pingga di situ. Sebaik Nazrin berpusing mata mereka berpaut Qisya menghantarkan satu pandangan yang sama seperti 10 tahun yang lalu.

Sampai sahaja di pusat kesihantan sambil menunggu nombor giliran Qisya sudah terlentok di bahu Leya.

'Qisya kau okay tak larat nak jalan? Kita balik kolej terus ya.' Ujar Leya mereka berjalan perlahan menuju parking moto. Dari semalam badan Qisya sudah tidak sedap dan hari ini keadaannya makin lemah suhu badan makin naik.

' Qisya.' Satu suara memanggil dari belakang. Qisya dan Leya berpusing serentak.

'En. Nazrin buat apa kat sini ?' soal Leya melihat kehadiran Nazrin.

' Apa dia nak ni.' Qisya memandang dengan pandangan kosong.

'Qisya naik dengan saya, dalam keadaan macam tu nanti kalau naik motor takut terjatuh.' Ajak Nazrin tapi bunyi macam arahan. Leya memandang Qisya dan Qisya mengeleng perlahan.

'Tak apalah En.Nazrin saya boleh bawa perlahan-perlahan confirm Qisya tak jatuh.' Ujar Leya dia tahu Qisya tidak akan dan tidak mahu naik bersama Nazrin.

'Tak, awak balik studio terus saya hantar Qisya balik kolej.' Arah Nazrin lagi. Ini memang sudah satu arahan. Qisya nampak letih dia malas mahu melawan atau berkata apa-apa.

'It's okay Leya aku pergi dengan En. Nazrin.' Lemah sahaja tuturnya.

Qisya hanya membatukan diri di dalam kereta Nazrin. Dia malas dan tidak larat untuk bersuara. Lagipun rasa janggal berdua dengan lelaki di dalam kereta nasib baik PK dan kolej tidak terlalu jauh.

'Aku minta maaf pasal tadi.' Ucap Nazrin tiba-tiba.

'Tak apa.' Lemah sahaja suara Qisya.

Nazrin berasa serba salah niat dia tadi hanya mahu mengusik tapi perkara yang tidak di duga terjadi.

'Sabar Qisya only a few months.' Qisya cuba memujuk hatinya sambil berisgtifar.

Sebaik sampai di perkaragan kolej Qisya segera mahu turun dari kereta Nazrin.

'Qisya kau betul-betul benci aku?' Soal Nazrin tiba-tiba sebelum Qisya sempat membuka pintu kereta.

'En. Nazrin saya raya perkara ni tak sesuai dibincangkan sekarang dan terima kasih.' Perlahan sahaja tutur Qisya dan terus membuka pintu kereta lalu keluar dengan segera.

2 minggu telah berlalu tiada lagi pergaduhan kecil, jeling-menjeling antara Qisya dan Nazrin. Semuanya kelihatan tenang dan Qisya malas ambil tahu tentang Nazrin.

Qisya sedang berbual mesra dengan beberapa juniornya di situ. Pada minggu itu mereka akan adakan orentasi bersama pelajar semester 1 dan semester 3 yang baru masuk. Qisya sebagai salah seorang fasilitor berjumpa dengan junior yang sama kumpulan dengannya.

'So, nanti hari program tu kita dah boleh terus buat and jangan lupa tolong bagitahu yang lain akak nak berkumpul petang ni. Kau orang okay tak?' Soal Qisya dengan lembut.

'Okay boleh. Untuk akak semua okay.' Fahmi, junior sempat bergurau sambil menunjukkan ibu jarinya tanda setuju.

'Haah kita orang okay.' Ujar Ana sambil tersenyum mesra.

'Good,good. Okaylah jumpa petang ni.' Qisya sudah siap-siap mahu beredar. Baru sahaja dia memusingkan badannya kebelakang dia ternampak Nazrin jalan menuju ke arah mereka. Dia terus memusingkan langkagnya semula.

'Kenapa kak?' Soal Fahmi aneh dengan seniornya yang tiba-tiba berpatah balik.

'Salah jalan. Bye.' Cepat sahaja dia berjalan terpaksa guna jalan jauh untuk balik studio. Laju dia memanjat tangan ke tingkat dua.

'Adoi.' Termengah-mengah Qisya di buatnya.

'Okay ke?' Tegur satu suara dari belakang.

'Mak !' Qisya terjerit terkejut dia dengan suara yang menegurnya.

'Kenapa?' Tegur Puan Sofia, pensyarah kelas sejarah seninya yang terkejut dengan tindakan Qisya.

'Sorry, puan saya..okay. Sorry buat puan terkejut.' Berkali-kali dia meminta maaf.

'Tadi saya tengok awak termengah-mengah itu yang tegur takut kalau awak sesak nafas atau apa.' Soal Puan Sofia prihatin.

'Eh, saya okay cukup penat pula naik tangan hari ni.' Tipu Qisya.

'Ni mamat tu punya pasal.'Marah Qisya dalam hati.

'Kalau macam tu saya masuk bilik dulu.' Pinta Puan Sofia dengan lembut dan tersenyum manis.

'Okay puan bye Assalamualaikum.' Dia mengankat tangannya sedikit melambai.

Qisya mengetuk kepalanya perlahan. Macam-macam kejadian berlaku sehingga dia kelihatan seperti orang hilang akal. Dia menggeleng kepala mengenangkan nasibnya yang tidak beberapa baik bukan malang okay.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now