BAB 54

111 5 0
                                    

            Hari jumaat merupakan hari terakhir pameran mereka di jalankan. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang ada yang sudah siap-siap mengemask barang untuk di hantar ke pembeli masing-masing. Qisya juga sibuk mengemas barang-barangnya, tiba-tiba salam di beri dari arah belakang.

'Waalaikumsalam.' Jawab Qisya lalu berpusing menghadap gerangan pemberi salam tersebut. Dia terkesima seketika rupanya dia lupa sesuatu.

'Leya where are you, time macam ni dia hilang pula.' Di dalam hati dia berdoa semoga Leya muncul tiba-tiba.

'Boleh tak aku lari.' Qisya terbayang yang dia berlari terus meninggalkan lelaki di hadapanya itu,

'Ada benda saya boleh tolong?' Soal Asyraf yang tersenyum manis.

'Eh, dah tak ada apa semua dah nak siap. Thanks.' Qisya cuba berpura-pura senyum. Apa reaksi yang perlu dia buat di hadapan manusia yang bergelar secret admire.

'Hebatlah awak suka saya tengok artwork awak. Boleh jadi artist terus lepas ni.' Asyraf cuba beramah mersa dengan Qisya.

'Hahaha tak adalah biasa saja.' Qisya masih cuba tersenyum berpura-pura.

'Kenap awak risau pasal Aini ke?' Soal Asyraf tiba-tiba.

'Apa maksud awak?' Qisya pula menyoal Asyraf tanpa menjawab pertanyaan Asyraf.

'Sebab kes hari itu...' Belum sempat Asyraf menyambung salam di beri oleh seseorang.

'Assalamualaikum.' Tiba-tiba satu suara memberi salam.

'Waalaikumsalam.' Qisya dan Asyraf menjawab salam hampir serentak.

'Dugaan apakah ini perlu ke aku bersyukur sekarang.' Qisya sudah hilang arah di buatnya.

'Encik Nazrin lama tak nampak.' Asyraf menghulurkan tangan untuk bersalam. Asyraf rasa terpaksa pula beramah mesra dengan Nazrin.

'Haah, sayakan pergi sambung belajar. Sorry Asyrafkan nama awak saya ada hal dengan Qisya.' Dengan penuh lagak Nazrin meminta Asyraf untuk beredar.

'Okay, bye Qisya Insha Allah malam ni saya DM. Assalamualaikum En. Nazrin.' Sempat Asyraf berkata dan berlalu. Asyraf terus pergi dengan rasa tidak puas hati.

'Banyak dia punya DM nasib baik budak kecik ja.' Tidak puas hati pula Nazrin mendengar kata-kata Asyraf tadi.

'Lama tak jumpa. Tak rindu aku ?' Soal Nazrin dan Qisya senyap dan terus mengemas barang-barang dia tadi. Waktu-waktu macam ni manalah kawan-kawan kelas Qisya yang ada 2 3 orang itu pun sibuk dengan kerja dan membalut karya masing-masing.

'Amboi tadi bukan main panjang borak dengan budak tu, ketawa-ketawa, senyum-senyum.' Perli Nazrin pula setelah melihat tiada tanda-tanda Qisya mahu bercakap dengannya.

'Kau hilang entah ke mana tiba-tiba ada depan mata. Cerita apa pula?' Qisya agak terkejut tadi dengan kedatangan Nazrin yang tiba-tiba. Namun dia cuba mengawal emosi dan eskperasi wajahnya agar tidak dapat di baca oleh Nazrin.

'Kedengaran marah dan kecewa good news at leats kau tak adalah lupa aku.' Usik Nazrin lagi.

'Whatever malas nak layan kau.' Qisya masih sibuk dengan barang-barangnya. Belum sempat Nazrin membalas Haikal datang menegur dia dan lalu mereka berdua berjalan keluar meninggalkan Qisya yang masih sibuk mengemas. Qisya mengeluh berat dan hampir di dengar Alisa yang jauh sedikit dari tempat dia.

'Eh, mengeluh nampak penat sangat ke?' Soal Alisa terkejut mendengar Qisya mengeluh.

'Hahaha, tak lah terkuat pula bernafas.' Qisya ketawa untuk menutup rasa penatnya bukan penat kerana dengan kerja-kerjanya namun penat mindanya berfikir.

Qisya membawa barang-barangnya menuju ke studio dan kelihat Leya berlari anak kearahnya.

'Qisya,Qisya tadi aku nampak En. Nazrin kau ada terserempak dengan dia tak ?' Soal Leya yang turut terkejut dengan kehadiran Nazrin.

'Ada. Awak ni Cik Leya pergi mana dari tadi seorang-seorang manusia perangai pelik datang jumpa aku tadi dah lah dalam dewan tadi tak ada orang ada tu Alisa dengan Lut ja yang lain mana tah.' Qisya kelihatan seakan marah namun dia tidaklah marah betul-betul pun.

'Sorry,sorry Miss Qisya tadi aku tolong Puan Noor dalam bilik dia, eh aku Whatsapp kau tau.' Ujar Leya dan sempat membela dirinya.

'Yelah.' Qisya menarik muka dan menuju laju ke studionya.

'Jom solat asat dah lambat ni.' Leya menarik Qisya dan mereka berjalan beriringan menuju ke surau.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now