Selepas rombong merisik pulang Qisya termenung lama ke luar tingkap. Perlahan-perlahan air matanya mengalir. Dia bingung kenapa Nazrin berbuat begitu pelbagai soalan bermain di fikirannya. Dia tidak faham apa niat Nazrin untuk mainkan hatinya atau maruahnya seperti dahulu.
'Nazrin tu baik budaknya lagipun dia orang dari keluarga yang baik-baik jadi abah harap kamu membuat keputusan yang betul.' Lembut suara En. Ahmad memujuk anak gadisnya itu namun hati Qisya bagai dirobek-robek keluar dan bayangan Nazrin sudah berapa kali dia tikam. Qusayri dan Risya sama-sama berpandangan risau terhadap adik mereka seorang ini.
'Acik macam mana?' Puan Nurin menepuk lembut tangan Qisya yang termenung dari tadi.
Dia tarik nafas dalam-dalam, tiada lagi yang mahu dia bantah kerana dia tahu abahnya menyimpan hasrat untuk berbesan dengan bekas ketua kampung itu. Namun dalam masa yang sama Nazrin sudah berkali dia bunuh di mindanya
'Diaorang bagi masa seminggukan jadi dalam tempoh seminggu ni acik akan putuskan semuanya.' Qisya cuba berlagak tenang dia hanya berserah pada takdir tetapi di dalam hati dia hanya Allah sahaja tahu.
'What Nazrin?! Nooooo not in this century no and never. Apa masalah dia tu ?' Marah yang dia simpan dari petang tadi terletus juga.
'Shhhh, dah pukul 12 Acik slow, slow nanti abah dengan ummi terjaga.' Risya cuba meredakan adiknya. Risya yang sudah tahu semua hal berasa simpati pada adiknya itu.
'Kak Long kalau kita kahwin dengan orang yang kita tak suka is still okay we can learn how to like and love him. But if we married with someone we hate it will take a thousand years try to know him, then like him and love him if that can happen lah.' Panjang lebar penerangan Qisya.
'Acik jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan, kalau Acik rasa ini adalah satu beban, Kak Long percaya ini semua ujian untuk Acik. Sabar ya.' Risya cuba memuju adiknya itu.
Qisya termenung dan mengeluh berat. Risya jadi simpati pada adiknya. Qisya tidak pandai meluahkan perasannya dengan cara yang betul dia banyak menyimpan di dalam hati.
Qisya termenung di branda rumah mengenangkan nasibnya yang seakan nampak suram.
'Termenung jauh.' Tegur Qusayri yang melihat wajah muram Qisya.
'Mana ada termenung, berfikirlah.' Ada sahaja jawap Qisya.
'Balik pukul berapa petang ni?' Soal Qusayri dan mengambil tempat di sebelah Qisya.
'Malam boleh ?' Qisya sengih lalu memandang Abang Ngahanya.
'Ikut sukalah.' Qusayri mengusap lembut kepala adiknya.
'Kalau acik rasa berat nak terima dia jeleskan pada abah. Abang Ngah tak pasti apa masalah kau orang berdua tapi Abang Ngah tahu yang beratnya dekat Acik.' Tiba-tiba Qusayri membangkitkan nama Nazrin.
Qisya menarik nafas berat dia memandang ke langit yang cerah dan biru. Masya-Allah cantik sungguh ciptaan Allah S.W.T.
'Acik tak sure apa niat dia yang sebenar. Kalau Abang Ngah nak tahu kitaorang ada hubungan yang tak baik senang kata musuh.' Qisya cuba menerangkan pada Qusayri agar abangnya lebih memahami situasi dia sekarang.
'Kalau dia anggap acik sebagai musuh kenapa dia merisik Acik? Biasanya orang merisik sebab apa?' Qusayri sengaja bertanya begitu agar Qisya boleh melihat sisi lain pada Nazrin.
'Orang biasa merisik sebab suka tapi kes Nazrin ni lain. Takkan dia suka acik. Abang Ngah tahu tak yang kita orang kalau berjumpa mesti ada saja yang nak di gaduhkan. Biasanya dia mula dulu.' Qisya menerangkan dengan bersungguh-sungguh pada Qusayri.
'Hahaha, sabar Acik. Luar kadang nampak lain kita tak tahu isi hati orang acik.' Ujar Qusayri dan menepuk perlahan bahu Qisya.
Qisya mengeluh perlahan dia tidak dapat hadam apa yang Qusyari katakan.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...