BAB 47

100 2 0
                                    

'So awak dah tahu pasal kami lah?' soal Nazrin tiba-tiba, namun matanya pada Qisya yang sedang memesan makanan.

'Em, mestilah saya dah tahu kalau tak saya terkejut tengok encik ada dekat sini.' Jujur Leya dia tidak perlu berselindung rasanya.

'Lagi mesti awak tahu pasal cerita saya dan Qisya. Qisya dari dulu kawannya seorang atau dua sahaja dia memang tak suka berkawankan.' Sempat Nazrin kutuk Qisya.

'Mula-mula saya tak tahu, tapi Qisya cepat stress kalau simpan lama-lama so dia ceritalah semuanya. Kes yang encik datang merisik pun saya baru tahu hari tu.' Terang Leya lagi kenapalah dia jadi jujur sangat di hadapan lelaki ini.

'Saya tahu yang dia nak berjalan dengan awak hari ni. Ummi dia ada bagitahu sebab kebetulan bila saya call ummi Qisya borak punya borak itu yang sampai tahu dia berjalan dekat sini. Qisya tu family mesti number one, apa-apa pun cakap ummi dengan abah yang akan dia dahulukan. Ada sebab kenapa saya buat macam ni.' Cerita Nazrin panjang lebar. Dia ada sebab sendiri kenapa dia lakukan macam ni pada Qisya, sebab yang tiada siapa faham.

'Jadi encik memang seriuslah nak dengan Qisya?' Soal Leya dan matanya mencari-cari Qisya. Oh kat tempat air pulak.

'Awak rasa ? Dekat 10 tahun saya tunggu tak membuktikan saya serius ke. Dia datang ingat ni antara kita sahaja.' Ujar Nazrin cepat-cepat dia menamatkan perbualan bila melihat Qisya menghala ke arah mereka. Leya hanya mampu tersenyum dan sedikit sebanyak dia tahu Nazrin ikhlas pada Qisya walaupun lelaki itu suka mengusik sahabatnya itu.

'Syok sembang.' Tegur Qisya sambil meletakkan makanannya.

'Sibuk. Dia yang beli makanan lama sangat.' Selamba nada Nazrin. Qisya mencebik pada Nazrin gemar sungguh mengusik dia.

'So ada apa-apa yang kau nak bincangkan?' Soal Qisya sambil menikmati spaggeti cabonara kegemarannya itu.

'Seriuslah nak bincang sini.' Balas Nazrin dan matanya di halakan pada Leya.

'Biarlah Leya kat sini sekurang-kurangnya dia boleh jadi saksi.' Ada sahaja jawapan Qisya.

'Eh, kalau En. Nazrin dengan Qisya nak bincang saya boleh jalan-jalan dulu.' Pinta Leya rasa serba salah pula.

'No,no,no today is our day. Dia yang datang tiba-tiba' Terus dirangkul lengan sahabatnya itu sebelum Leya bangun.

'Qisya.' Serba salah Leya bila melihat wajah En. Nazrin.

'Tak apa dalam tempoh ni aku serahkan kau dekat En. Nazrin nanti dah habis bincang call aku ye. Alah aku dah biasa kat sini tak apa, tak ada orang nak culik pun.' Pujuk Leya lagi dia tahu kenapa Qisya sungguh-sungguh tidak benarkan dia pergi. Pasti Qisya akan jadi serba salah kalau itu terjadi.

'Tapi Leya aku yang ajak kau hari ni.' Perasaan serba salah sudah hadir di hati Qisya.

'Is okay, aku dah besar. Okay En. Nazrin take your time.' Sambil tersenyum Leya bangun dan melambai pada Qisya sambil mulutnya berkata 'Hwaiting' iaitu semoga berjaya dalam Korea.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now